Three new stockbroking licences to be issued to eligible local, foreign or joint venture companies

Tek ucapan perbahasan Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong, peringkat Jawatankuasa (Committee Stage) terhadap Belanjawan 2011 Maksud Beklan Maksud B10, Kementerian Kewangan, di bawah Kod 10000, Butiran 010100 dan 010300 pada 11 November, 2010.

3 LESEN BROKER SAHAM BARU UNTUK SYARIKAT-SYARIKAT TEMPATAN, ASING DAN USAHASAMA YANG LAYAK BAGI MENINGKATKAN PENYERTAAN DALAM PASARAN RUNCI

Datuk Pengurusi,

Pengumuman di atas yang telah diumumkan oleh YAB PM pada Jumaat, 15 Oktober yang lalu adalah bersesuaian dan tepat pada masanya untuk merancakkan lagi pembangunan dan menambah daya tarikan kepada Bursa Malaysia. Saya menyokong cadang YAB PM ini dengan syarat (conditional).

Walaubagaimanapun, saya percaya bahawa industri broker saham dikejutkan dengan polisi baru setelah ia melalui proses penggabungan yang melibatkan kos yang tinggi sepanjang 10 tahun yang lepas di bawah polisi Bursa Malaysia (SC) yang lalu, di mana polisi tersebut secara aktifnya telah mengurangkan bilangan syarikat-syarikat broker saham untuk menguatkan lagi industri tersebut. Di bawah polisi tersebut, 67 syarikat broker saham telah dikurangkan kepada separuh.

Sehingga kini, syarikat-syarikat broker saham di Malaysia telah membelanjakan lebih daripada RM2 billion untuk memenuhi polisi SC untuk proses penggabungan tersebut.

Pemilik syarikat asing keluar dari Malaysia dengan keuntungan yang banyak

Datuk Pengurusi,

Antara pemilik syarikat asing yang telah menjual kepentingan mereka dalam syarikat-syarikat broker saham kepada rakyat Malaysia dengan keuntungan yang berganda di bawah polisi SC tersebut adalah 3 syarikat broker saham dari Singapura; adalah seperti di bawah:

  1. OCBC Securities, telah menjual 30% kepentingannya di dalam OCBC Securities Sdn. Bhd. di Melaka pada tahun 2000. Syarikat ini telah dijual dengan harga RM350 juta. OCBC Securities telah menerima RM105 juta.
  1. Kim Eng Securities, telah menjual 47% kepentingannya di dalam KE-Zan Securities Sdn. Bhd. di Pulau Pinang pada tahun 2000. Syarikat ini telah dijual dengan harga RM200 juta. Kim Eng Securities telah menerima RM94 juta.

2.  UOB Kay Hian Securities, telah menjual 30% kepentingannya di dalam Thong & Kay Hian Securities Sdn. Bhd. di                      Pulau Pinang pada tahun 2003 pada harga yang tidak diketahui. UOB Kay Hian dipercayai telah menerima antara                         RM60 juta – RM120 juta.

Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang berpotensi dalam risiko

Datuk Pengurusi,

Baru-baru ini, akhbar melaporkan bahawa ada di antara syarikat-syarikat broker saham kita sedang berunding dengan syarikat-syarikat broker saham dari Singapura untuk pengkongsian stategik.

Sekiranya berjaya, akan terdapat kemasukan modal yang menguntungkan, kemungkinan beberapa juta Ringgit. FDI Malaysia akan bertambah baik.

Namun begitu, Belanjawan 2011 telah mengumumkan 3 lesen baru yang akan dikeluarkan oleh SC secara percuma. Sebenarnya SC telah mengeluarkan 7 lesen baru kepada 100% syarikat broker saham asing secara percuma untuk tempoh 5 tahun yang lepas. Syarikat-syarikat tersebut adalah CLSA Securities, Credit Suisse Securities, JP Morgan Securities, UBS Securities, Macquarie Securities, Nomura Securities dan Citibank.

Terima Kasih

Soalan-soalan Tambahan

Tuan Pengurusi,

Polisi baru SC yang mengeluarkan lesen secara percuma ini telah menyebabkan syarikat-syarikat broker saham tempatan tampak diperbodohkan kerana perlu membayar sejumlah RM100 juta untuk mendapatkan lesen bagi memenuhi polisi SC yang terdahulu itu. Lebih malang lagi, syarikat-syarikat broker saham asing tidak memenuhi janji-jani mereka untuk membawa pelabur-pelabur baru ke Bursa Malaysia dari tanah air mereka, sebaliknya telah mencuri peluang-peluang perniagaan daripada syarikat-syarikat tempatan. Seharusnya, lesen bagi syarikat-syarikat broker saham asing ini perlu dibatalkan kerana tidak memenuhi janji-janji mereka.

Saya memohon pihak SC untuk menimbang semula secara cermat untuk mengeluarkan 3 lesen baru seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2011. Jangan mengulangi kesilapan yang sama.

Kerajaan Malaysia akan dilihat tidak bijak sekiranya lesen-lesen tersebut diberikan kepada syarikat-syarikat broker saham dari Singapura yang telah keluar dari Malaysia yang lalu dengan keuntungan beratus juta Ringgit, tetapi kini boleh kembali ke Malaysia untuk berniaga secara percuma.

Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan syarikat-syarikat dari Singapura, malah saya mengalu-alukan kedatangan mereka semula, tetapi tidak secara percuma.  Jika syarikat-syarikat yang telah menjual kepentingan mereka mahu masuk balik ke pasaran kita, Kementerian tidak boleh membenarkan kerana kita tidak mahu mereka menjual kepentigan untuk keuntungan dan membawa keluar berjuta-juta Ringgit daripada negara kita.

Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Awang Adek, berseuju dengan cadangan saya.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top