“Tourist” Minister: “RM3 million given to make Malaysia a hub for world fashion!

JAWAPAN BERTULIS

(PENGGULUNGAN BAJET 2011)

DARIPADA         :        TUAN WEE CHOO KEONG

[ WANGSA MAJU ]

TARIKH               :        2 NOVEMBER 2010 (Baru diterima petang ini 10-11-2010)

SOALAN:

TUAN WEE CHOO KEONG meminta MENTERI PERLANCONGAN menyatakan :

Mengapakah Kementerian Pelancongan perlu memberikan RM3 juta kepada sebuah persatuan kasut untuk menganjurkan Shoe Festival.

JAWAPAN:

Yang Berhormat,

Untuk makluman, acara Malaysia International Shoe Festival (MISF) merupakan produk pelancongan niche Kementerian Pelancongan Malaysia yang mempunyai kaitan yang rapat di antara industri pelancongan dengan industri sokongan seprti fesyen dan fabric. Selain itu, acara ini dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub bagi industri fesyen dan kasut dunia.

Acara ini juga turut disokong oleh Y.Bhg. Professor Datuk Jimmy Choo yang merupakan seorang pereka kasut terkenal dunia juga merupakan ikon Malaysia di dalam industri ini. Kejayaan beliau ini dilihat sebagai platform terbaik untuj menarik peminat fesyen terutamanya fesyen kasut untuk datang ke Malaysia bagi melihat inspirasi dan formula kejayaan beliau di pentas fesyen kasut dunia.

Yang Berhormat,

Dengan menjadikan MISF sebagai niche product dan Y.Bhg. Professor Datuk Jimmy Choo sebagai ikon tarikan, MISF telah berjaya menjana keuntungan berjumlah RM5 juta dari hasil jualan pameran. Dengan peruntukan sejumlah RM3 juta yang telah disalurkan oleh Kementerian bagi menampung kos MISF, ini merupakan pulangan yang baik iaitu sebanyak 66 peratus telah kita perolehi daripada acara ini yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 2 hingga 4 April 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Pameran ini juga telah disertai oleh 100 syarikat pengeluar kasut tempatan dan telah menarik seramai 45,000 pengunjung dari dalam dan luar negara seperti China, Indonesia, India, Afrika Selatan, Perancis, Iran, Jerman, Australia, United Kingdom, Korea Selatan, Taiwan Mauritius, Filipina, Vietnam dan Negara Timur Tengah.

Persatuan Pengilang-Pengilang Kasut Malaysia atau Malaysian Footwear Manufacturer Association (MFMA) dilantik sebagai pengendali MISF adalah berdasarkan konsep payung di mana acara ini telah dapat memberi faedah secara langsung kepada semua 468 ahli persatuan ini, melalui aktiviti seminar, pameran kasut dan sebagainya. Ahli-ahli persatuan ini adalah terdiri daripada pengeluar kasut, pengusaha perniagaan kasut dan aksesori berkaitan kasut.

Persatuan ini mempunyai kepakaran dalam mengendalikan pelbagai acara berkaitan industri kasut seperti “Malaysia Footwear Design Competition” dan “Footwear Trade Fair” yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi penghasilan saiz kasut terbesar di Malaysia. Diperingkat antarabangsa, persatuan ini juga telah menyertai International Footwear Conference dan International Shoe Fair di negara Jerman, Itali, Thailand dan Hong Kong.

Note:

Why the RM3 million was given to the Malaysia Footwear Manufacturer Association Shoe Makers Assoication?  The reasons given thus far were not convincingly at all.

The RM5 million sales during the Festival was of no benefits to the Minsitry at all but only the shoe makers.  There was jno firect beenfits for the Minsitry.  RM3 million was far too much for the Minsitry tot to sponsore one Festival of an association!

Why no other association was given any subsidy or donation for their function?

I shall bring up this issue during the Committee Stage for the Budget 2011 Debate.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top