


Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk menabah baik skim perkhidmatan Polis, Jabatn Imigresen dan Jabatan Penjara.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah tindakan telah diambil bagi memastikan pemilik-pemilik kedai yang meletakkan kerusi dan meja di tepi-tepi jalan dan di kaki lima/siar kaki bagi mengelakkan berlakunya kesesakan dan halangan lalu lintas terutamanya di Seksyen 2, Wangsa Maju dan di Plaza Prima di Wangsa Maju dan apakah tindakan yang telah diambil bagi memastikan pemilik kedai tidak membuat bising dan ganggu kacau terhadap penduduk-penduduk yang sedang berehat dengan memasang pembesar suara dari penggunaan peti-peti televison. Continue reading “27-11-2012 Questions Time: Tindakan ke atas pemilik kedai letak kerusi meja di kaki lima”
Updates @ 7 pm on 22-11-2012: (Dari Hansard yang belum disemak)
Dato’ Seri Kong Cho Ha: [Ketawa] Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju berkenaan dengan mengapa seorang penjawat DCA menerbangkan A380 yang dimiliki oleh MAS terus ke Kuala Lumpur. Untuk menjawab Yang Berhormat, ini sebenarnya dibenarkan kerana Kapten Sumali ini, beliau adalah seorang yang mahir dengan semua jenis pesawat yang beliau akan menentukan kelayakan juruterbang dan sebagainya. So ini adalah within the permission untuk beliau membawa balik dan menerbangkan A380 untuk meletakkan tafsiran kepada lesen pilot beliau.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit. Kapten Sumali ini adalah seorang pegawai DCA. Tugasnya adalah untuk safety audit kapal terbang dan keselamatan yang lain. So itu bukan tugas dia. Persoalannya adalah itu bukan tugas dia. Dia bukan pilot. Saya tidak menyoal kelayakan dia.
Dato’ Seri Kong Cho Ha: Beliau juga seorang pilot dan juga perlu mematuhi untuk upgrade dan update tentang pesawat-pesawat yang baru dalam kerja beliau. Jadi beliau boleh lebih faham tentang perkara-perkara yang tertentu dan untuk mengiktiraf pilots yang lain.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya. Beliau bukan pilot MAS. Jadinya beliau tidak ada hak.
Dato’ Seri Kong Cho Ha: Ya, beliau memang bukan pilot MAS.
DR 21.11.2012 44
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Beliau bekerja untuk DCA.
Dato’ Seri Kong Cho Ha: Beliau tidak dibayar oleh MAS juga.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, bukan dibayar. Masalahnya conflict of interest. Beliau untuk menjaga keselamatan kapal terbang, flight dan sebagainya. Beliau dari situ boleh ambil masa, time off kerja beliau dan pergi bawa kapal terbang. Ini sudah salah daripada segi abuse of posisi.
Dato’ Seri Kong Cho Ha: No, no. Tidak, tidak. Jadi, untuk itu…
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Itulah masalah Yang Berhormat Menteri. Continue reading “21-11-2012 Questions Time: EXCO MAS berseteju menaja pasukan QPR”
Perbahasan Usul dijadualkan pada hari Selasa 20 November 2012 selepas sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan. Continue reading “Usul oleh YAB PM Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengutuk serangan ketenteraan Israel ke atas Palestin”