Usul oleh YAB PM Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengutuk serangan ketenteraan Israel ke atas Palestin

Kemusnahan bangunan oleh Israel di Palestin
Warga Malaysia pernah protes terhadap keganasan Israel di bumi Palestin

Perbahasan Usul dijadualkan pada hari Selasa 20 November 2012 selepas sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan.

Perdana Menteri akan mencandankan:

BAHAWA, Israel telah melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi ‘Pillar of Defence ‘ pada 14 November 2012 ke atas Wilayah Palestin di gaza meliputi pengeboman dan serangan udara, laut dan darat;

BAHAWA, serangan Israel ke atas Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusian antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Dalam Masa Perang;

BAHAWA, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunanaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas Wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza; dan

BAHAWA, rakyat Malaysia berasa sangat kukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarkat antarabangsa, terutamanya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas Wilayah Palestin di Gaza;

DENGAN INI Dewan ini mengambil ketetapan seperti berikut:

 1.             Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan infrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat;

 2.             Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta-merta serangan kententeraanya ke atas Wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut;

 3.             Menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mengadakan Sesi Trgempar Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – “UNITING FOR PEACE” – di bawah Resolusi 377A (V) sekiranya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu gagal menjalankan tanggungjawabnya;

 4.             Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakandan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel;

 5.             Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pengerakan Negara-Negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani konflit yang berlaku di Timur Tengah sekarang;

 6.             Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;

 7.             Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu-padu dengan tujuan memertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;

 8.             Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta;

 9.             Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas penjeyah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin; dan

 10.          Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Ameriak Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top