21-11-2012 Questions Time: EXCO MAS berseteju menaja pasukan QPR

Group picture after the signing the infamous MAS-AirAsia share swap on 9-8-2011. Datuk Kamarudin Meranun of AirAsia (1st from left), Tan Sri Tony Fernandes of AirAsia (4th from left) and En Mohamed Rashdan Yusuf aka Danny, the then Khazanah’s nominee/deputy Group CEO of MAS (5th from left) were the members of the EXCO Committee of MAS.

Updates @ 7 pm on 22-11-2012:  (Dari Hansard yang belum disemak)

Dato’ Seri Kong Cho Ha: [Ketawa] Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju berkenaan dengan mengapa seorang penjawat DCA menerbangkan A380 yang dimiliki oleh MAS terus ke Kuala Lumpur. Untuk menjawab Yang Berhormat, ini sebenarnya dibenarkan kerana Kapten Sumali ini, beliau adalah seorang yang mahir dengan semua jenis pesawat yang beliau akan menentukan kelayakan juruterbang dan sebagainya. So ini adalah within the permission untuk beliau membawa balik dan menerbangkan A380 untuk meletakkan tafsiran kepada lesen pilot beliau.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit. Kapten Sumali ini adalah seorang pegawai DCA. Tugasnya adalah untuk safety audit kapal terbang dan keselamatan yang lain. So itu bukan tugas dia. Persoalannya adalah itu bukan tugas dia. Dia bukan pilot. Saya tidak menyoal kelayakan dia.

Dato’ Seri Kong Cho Ha: Beliau juga seorang pilot dan juga perlu mematuhi untuk upgrade dan update tentang pesawat-pesawat yang baru dalam kerja beliau. Jadi beliau boleh lebih faham tentang perkara-perkara yang tertentu dan untuk mengiktiraf pilots yang lain.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya. Beliau bukan pilot MAS. Jadinya beliau tidak ada hak.

Dato’ Seri Kong Cho Ha: Ya, beliau memang bukan pilot MAS.

DR 21.11.2012 44

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Beliau bekerja untuk DCA.
Dato’ Seri Kong Cho Ha: Beliau tidak dibayar oleh MAS juga.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, bukan dibayar. Masalahnya conflict of interest. Beliau untuk menjaga keselamatan kapal terbang, flight dan sebagainya. Beliau dari situ boleh ambil masa, time off kerja beliau dan pergi bawa kapal terbang. Ini sudah salah daripada segi abuse of posisi.

Dato’ Seri Kong Cho Ha: No, no. Tidak, tidak. Jadi, untuk itu…
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Itulah masalah Yang Berhormat Menteri. 

Updates @ 6 pm 21-11-2012:  When yours truly asked YB Datuk Kong, the Minister of Transport, why the additional KL/Sydney/KL routes that were granted exclusively to MAS were awarded to AirAsia X in 2011, he told Parliament that on 10-12-2011 MAS wrote a letter to MOT to state that it has no objection for the said routes to be given to AirAsia X.

Y.B. TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci dari masa keputusan dibuat untuk penukaran saham antara MAS dan AirAsia (share swap) pada 9-8-2011 sehingga pembatalan (reverse) transaksi tersebut pada 2-5-2012 apakah keputusan-keputusan yang bersifat dasar yang telah dibuat oleh Penurusan Tertinggi yang membelakangkan Lembaga Pengarah yang kemudiannya terpaksa di’rubber’ setemkan oleh Lembaga Pengarah kemudiannya, contoh penajaan, “re-branding” dan penukaran warna korporat MAS.

JAWAPAN

 Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, semasa pertukaran saham MAS dan AirAsia dilaksanakan pada 9 Ogos 2011, MAS telah menubuhkan Executives Committee (EXCO) yang dianggotai oleh Ahli Lembaga Pengarah MAS bertujuan untuk memantau dan menyelia pengurusan syarikat. Di antara keputusan dasar yang dilakukan oleh EXCO adalah penajaan pasukan Queens Park Ranger (QPR) dan pengumuman mengenai transaksi berkenaan kepada BursaMalaysia dibuat setelah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah. Pasukan EXCO MAS telah dibubarkan apabila Encik Ahmad Jauhari Yahya dilantik sebagai Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan pada 26 September 2012.

Setelah pembatalan pertukaran saham di antara MAS dan AirAsia diumumkan pada 2 Mei 2012, MAS telah melakukan beberapa perubahan ke atas pengurusan kanan syarikat seperti pelantikan Dr Hugh Dunleavy sebagai pemangku Pengarah Komersial berkuat kuasa 1 Jun 2012 dan pelantikan Encik Azhari Dahlan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS Aerospace Engineering (MAE) pada 1 Februari 2012. Segala keputusan yang dibuat adalah mengikut prosedur dan polisi syarikat.

 Tuan Yang di-Pertua,

Penjenamaan semula produk/perkhidmatan merupakan salah satu strategi dalam Pelan Pemulihan MAS bagi memastikan MAS terus kekal bersaing dalam pasaran yang kompetitif. Oleh itu, Lembaga Pengarah MAS pada 22 Mei 2012 telah bersetuju supaya MAS memperkenalkan logo baru eksklusif untuk pesawat Airbus A380 yang merupakan New Flagship Aircraft. Warna logo MAS bagi pesawat berkenaan ditukar kepada biru untuk memberi kelainan serta kelihatan moden dan kontemporari sebagai inisiatif untuk menarik semula penumpang-penumpangnya. Logo eksklusif ini juga bertujuan bagi memperingati pelancaran pesawat super jumbo milik MAS yang mula beroperasi pada 1 Julai 2012. Pesawat-pesawat lain masih mengekalkan logo korporat dengan warna merah dan biru.

Nota:

Pada masa yang material anggota-anggota EXCO MAS adalah Tan Sri Tony Fernandes (AirAsia), Datuk Kamarudin Meranun (AirAsia) dan En Mohamed Rashdan Yusuf aka Danny (mantan Deputy Group CEO MAS).

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top