Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan bahawa sama ada Kementerian sedar walaupun wujud peraturan tetap DBKL yang membenarkan masa bekerja antara pukul 8 pagi hingga 6 petang dari hari Isnin hingga Sabtu kontraktor pembinaan tetapi DBKL masih membenarkan tempoh lanjutan untuk kerja pembinaan sehingga lewat malam seperti perkara biasa. Untuk mengelakkan gangguan awam (public nuisance), adakah Kementerian bercadang untuk mewajibkan semua pekerja pembinaan mematuhi peraturan tersebut.
Continue reading “Jawapan Bertulis 24 April 2011: Pembinaan Luar Masa di Wilayah”