27-11-2012 Questions Time: Tindakan ke atas pemilik kedai letak kerusi meja di kaki lima

Meja kerusi di atas kaki lima

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah tindakan telah diambil bagi memastikan pemilik-pemilik kedai yang meletakkan kerusi dan meja di tepi-tepi jalan dan di kaki lima/siar kaki bagi mengelakkan berlakunya kesesakan dan halangan lalu lintas terutamanya di Seksyen 2, Wangsa Maju dan di Plaza Prima di Wangsa Maju dan apakah tindakan yang telah diambil bagi memastikan pemilik kedai tidak membuat bising dan ganggu kacau terhadap penduduk-penduduk yang sedang berehat dengan memasang pembesar suara dari penggunaan peti-peti televison.

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju, perbuatan meletakkan kerusi dan meja di tepi-tepi jalan serta di kaki lima/siar kaki telah menjadi satu budaya oleh pengusaha-pengusaha restoran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sejak  pertengahan  tahun  1990an. Perbuatan ini

merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 46 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari masa ke semasa sememangnya telah mengambil tindakan ke atas kesalahan yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha restoran tersebut. Statistik tindakan penguatkuasaan bagi kesalahan ini dari Januari 2012 hingga Ogos 2012 adalah seperti berikut:-

1.       Pengeluaran Notis Kompaun                         –                  229 notis

2.       Tindakan Pindah Halangan (Sita)

a.       Jumlah Tindakan                                –                272 tindakan

b.       Jumlah Meja                                       –               1,669 buah

c.       Jumlah Kerusi                                    –               4,863 buah

d.       Lain-Lain Peralatan                             –               668 buah

Bagi kawasan di sekitar Seksyen 2, Wangsa Maju jumlah tindakan adalah seperti berikut:-

1.       Pengeluaran Notis Kompaun              –                  12 notis

2.       Tindakan Pindah Halangan (Sita)

a.       Jumlah Tindakan                                –                10 tindakan

b.       Jumlah Meja                                       –                  49 buah

c.       Jumlah Kerusi                                    –                246 buah

d.       Lain-Lain Peralatan                             –             12 buah

Bagi kawasan di sekitar Plaza Prima, Wangsa Maju pula, jumlah tindakan adalah seperti berikut:-

1.       Pegeluaran Notis Kompaun               –                  25 notis

2.       Tindakan Pindah Halangan (Sita)

a.       Jumlah Tindakan                                –                    7 tindakan

b.       Jumlah Meja                                       –                  31 buah

c.       Jumlah Kerusi                                    –                116 buah

d.       Lain-Lain Peralatan                             –               2 buah

DBKL akan terus mempertingkatkan tindakan dari masa ke semasa di lokasi-lokasi yang didapati pengusaha restoran meletakkan kerusi dan meja di tepi-tepi jalan serta di kaki lima/siar kaki.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top