Jabatan Laut mengunakan RM253.06 juta untuk membina 9 Marina untuk karpal rekrasi

Salah satu Laporan Ketua Audit Negara 2009 terhadap Kementerian Pengangkutan:

“Bagi tempoh tahun 2002 hingga 2009, Jabatan Laut Semennanjung Malaysia (JabatanLaut) telah diluluskan peruntukan berjumlah RM309.41 juta untuk projek pembinaan marina dan pembangunan infrastruktur yang dijangka dapat menggalak serta meningkatkan pertumbuhan aktiviti rekrasi di kalangan pemilik kapal rekrasi tempatan dan luar negara. Sehingga tahun 2009, Jaabatan Laut telah mebina 9 marina melibatkan kos berjumlahRM253.06 juta (81.8%).

Pengauditan yang dijalankan antara Jun hingga Oktober 2009 mendapati beberapa kelemahan dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap projek pembinaan dan pengurusan marina awam. Antara kelemahan yang diperhatikan adalah marina yang telah lama disiapkan masih tidak beropersasi dan dimanfaatkan mengikut objektif pembinaannya; kemudahan yang dibangunkan memlebihi keperluan serta bangunan dan peralatan tidak disenggarakan dengan baik.

Adalah didapati Jabatan tidak memulakan operasi marina sebaik sahaja projek disiapkan di Marina Muar, Pulau Toman dan Tanjung Gemok hanya beroperasi antara tempoh 1 hingga 4 bulan selepas ia disiapkan. Marina di Kuala Kedah, Pulau Mentagor dan Pulau Indah pula masih belum beroperasi semasa lawatan Audit dijalankan pada bulan Ogos dan Oktober 2009.”

Dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Bajet 2011 Kementerian Pengangkutan saya telah membangkitkan isu-isu yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara tersebut mengenai pembinaan marina oleh Jabatan Laut.  Dibawah adalah jawapan yang baru dibekalkan oleh Kementerian:

PENGGULUNGAN DAN JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI-MENTERI KE ATAS PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PEMBEKALAN 2011 (DEWAN RAKYAT) PERINGKAT DASAR KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG

[ WANGSA MAJU ]

TARIKH : 3 November 2010 (baru diterima minggu lepas)

SOALAN:

Apakah langkah-langkah pihak Kementerian Pengangkutan bagi mengatasi masalah marina yang tidak mendapat sambutan?

JAWAPAN:

Untuk makluman, pembinaan kemudahan-kemudahan marina awam di seluruh negara yang diputuskan oleh Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-8 adalah bertujuan bagi menyediakan satu rangkaian persingahan untuk mengalakkan pertumbuhan aktiviti kapal-kapal rekreasi di Malaysia. Selain daripada itu, objektif pembinaan marina ini juga adalah bagi mengalakkan aktiviti kapal-kapal rekreasi atau kapal layer di kalangan rakyat tempatan. Dalam hubungan ini, Jabatan Laut Malaysia telah melaksanakan pembinaan 9 buah marian awam di seluruh Malaysia dengan kos berjumlah        RM 220.3 juta.

Adalah dimaklumkan bahawa kesemua marina ini telah beroperasi sepenuhnya dan hal ini telahpun dihebahkan kepada seluruh masyrakat perkapalan menerusi Pekeliling-Pekeliling Pelabuhan yang telah disiarkan melalui laman web Jabaan Laut Malaysia. Walaubagaimanapun, sambutan yang diterima kurang mengalakkan memandangkan kepada industri perkapalan rekreasi di Malaysia yang masi berada di tahap yang rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju. Ini juga adalah berdasarkan kepada faktor ekonomi, taraf hidup dan budaya masyarakat Malaysia.

Pada masa ini, kesemua marina tersebut diuruskan oleh Jabatan Laut Malaysia sendiri dengan peruntukan tahunan yang terhad. Pengurusan marina perlu diurus berdasarkan prinsip-prinsip komersial bagi memastikan ianya berdaya maju. Dalam hal ini, ia juga mermerlukan satu bentuk promosi yang berterusan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa yang sudah tentu melibatkan pelaburan yang tinggi. Di atas kriteria ini, marina awam yang diselia oleh Jabatan Laut Malaysia kurang dikenali dan tidak mendapat sambutan daripada pemilik kapal-kapal rekreasi.

Jesteru itu, Kementerian telah mengambil langkah-langkah untuk mengankat kedudukan marina ini ke peringkat yang sewajarnya dengan melaksanakan kaedah pengurusannya secara penswastaan. Dalam pada itu, bagi memastikan kemudahan marina ini akan turut dibuka dan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat dan bukan terhad kepada golongan mewah dan eksklusif sahaja sebagaimana objektif awal pembinaannya, Kementerian telah menetapkan sebagai syarat utama iaitu konsepnya adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat dalam spesifikasi tender apabila bidaan dibuka kepada syarikat-syarikat tempatan yang berminat kelak. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak UKAS untuk diberi perhatian sewajarnya selain daripada member keutamaan kepada syarikat-syarikat tempatan.

Memandangkan proses penswastaan ini berkemungkinan akan mengambil masa yang agak panjang untuk dimuktamadkan, maka Kementerian telah membuka kesemua marina-marina ini untuk diurus secara sewaan dalam jangka masa pendek oleh pihak-pihak yang berminat.

Sebagai makluman, kesemua marina ini telah menarik perhatian beberapa buah syarikat tempatan yang mengemukakan cadangan sama ada untuk permohonan sewaan atau penswastaan.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top