05 April 2011 Sumbangan kepada warga emas oleh Poling Keong di Wangasa Maju

Warga emas

Hari ini saya telah dijemput oleh pihak Tokong  Poling Kong di Danau Kota Wangsa Maju untuk bersama-sama dalam majlis sumbangan kepada warga emas dan masyarakat kurang upaya (OKU).

Walaupun terpaksa datang dari Parlimen tetapi saya amat berbesar hati kerana dijemput memandangkan majlis tersebut diadakan khas kepada warga tua dan mereka-mereka yang kurang upaya. Jarang sekali majlis  yang sedemikian rupa diadakan apatah lagi dianjurkan oleh pihak Tokong.

Saya dimaklumkan  bahawa pihak Tokong telah berjaya mengumpulkan hampir 1,000 orang warga emas dan kurang upaya di kawasan wangsa maju dan lain-lain kawasan seperti Kg Pandan, Cheras, Kepong dan lain-lain kawasan. Mereka akan menerima sumbangan “Ang Pow” dan makanan seperti beras, minyak, susu, biskut, makana dalam tin serta mee segera yang telah disediakan pihak Tokong.

Apa yng lebih membanggakan saya ialah majlis ini telah dijadikan sebagai acara tahunan dimana sumbangan tersebut bukan sahaja kepada kepada warga emas dari mayarakat Tionghua sahaja tetapi juga dari lain-lain warga emas dan kurang upaya dari masyarakat Melayu dan India.

Penghargaan dan tahniah juga saya ucapkan kepada pihak Tokong yang telah memainkan peranan yang amat besar ertinya terutamanya kepada golongan wagra emas, walaupun Tokong ini agak kecil jika dibandingkan dengan lain-lain Tokong tetapi mereka amat prehatin dengan nasib warga emas yang sentiasa memerlukan sokongan dan perhatian semua anggota masyarakat.

Kepada pihak Kementerian Wanita, terutamanya Jabatan kebajikan Masyarakat usaha-usaha yang sebegini haruslah diberikan agar penglibatan semua pihak dalam usaha membantu golongan warga emas dan kurang upaya dapat dipertingkatkan lagi. Justeru itu saya merasakan sudah sampai masanya pihak Kementerian mengkaji semula jumlah bantuan warga emas serendah RM 80.00 dikaji semula memandangkan kos barangan keperluan yang terus meningkat dan juga bagi menepati slogan “Warga Emas Di Dahulukan”. Jumlah RM 80.00 itu mungkin sesuai untuk jangka masa 20 tahun yang lepas.

Melihat kepada suasana sambutan yang diterima dari warga emas yang sebegitu ramai maka amat jelas kepada saya bahawa warga emas tiada batasan sempadan kaum dan agama. Yang jelas kita semua akan merasai apabila sampai masanya apa yang penting ialah gambaran “kasih sayang yang sebenar”.

Terima kasih sekali lagi kepada pihak Tokong yang telah berjaya mengadakan majlis pada hari ini dan tidak lupa juga kepada semua pihak samada mereka-mereka yang sudi memberikan sumbangan mahupun kepada petugas-petugas yang tidak jemu-jemu melayan mesra semua warga emas tersebut.

warga kurang upaya
Memberi sumbangan kepada warga kurang upaya

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top