Questions Time: Sessi November 2010: Kos konsultan dibayar oleh Khazanah Bhd

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG

( WANGSA MAJU )

PERTANYAAN : BERTULIS

TARIKH : 11.10.2010 – 15.12.2010 (This question should have been answered in November 2010. After I have raised it in Parliament last week and it was only given yesterday. This is what the government called “Pencapaian DiUtamakan”!)

Tuan Wee Choo Keong ( Wangsa Maju ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kos konsultansi yang dibayar oleh Khazanah Nasional Berhad untuk semua projek sejak tahun 2003 memberikan butiran dengan nama firma perunding terhadap projek, jumlah dan tarikh.

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, sejak tahun 2003, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah menggunakan khidmat pelbagai perunding luar bagi tujuan runding cara berkaitan pelaburan seperti nasihat perundangan, khidmat juru audit dan perunding kewangan serta runding cara am seperti penambahbaikan sistem operasi dan teknologi maklumat. Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai nama-nama firma perunding dan juga jumlah yang dibayar ini tidak dapat dinyatakan kerana ia tertakluk kepada, antara lainnya pertimbangan komersial dan kerahsiaan (confidentiality) yang lazimnya dimeterai antara dua pihak. (The emphais is mine.)

2. Bagi runding cara am, peningkatan sistem perakaunan dan proses membentuk sebahagian besar daripada kos penggunaan perunding. Bagi tujuan pelaburan, jumlah perbelanjaan bagi perunding mewakili kira-kira 0.7% jumlah nilai transaksi pelaburan dan penjualan yang dilaksanakan oleh Khazanah di antara tahun 2003 sehingga tahun 2009. Ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran iaitu antara 1% dan 1.5% yang lazimnya dikenakan oleh perunding luar.

3. Pengguna khidmat runding cara pelaburan adalah penting bagi membantu Khazanah membuat keputusan pelaburan yang tepat. Adalah menjadi amalan terbaik (best practice) bagi melaksanakan penilaian berhemah (due diligence) daripada segi kewangan dan perundangan sebelum sebarang pelaburan atau pembelian dilaksanakan oleh Khazanah. Adalah amat tidak bertanggungjawab sekiranya sebarang pelaburan atau pembelian dilaksana tanpa penilaian berhemah yang sewajarnnya.

4. Perunding yang telah dilantik oleh Khazanah pula terdiri daripada pihak tempatan dan juga asing, yang dipilih berdasarkan kepakaran dan mutu perkhidmatan masing-masing. Khazanah juga mempunyai sistem yang mantap bagi menilai prestasi para perunding serta memberikan maklum balas.

5. Kajian mengenai sektor-sektor ekonomi adalah merupakan bahagian utama dalam mandat pelaburan Khazanah dan sebahagian besar daripada cadangan penyusunan semula industri memerlukan penggunaan perunding ini, xxxxxxxx xxxxxxxx (nota: fak copy tak jelas) boleh membuat sebarang cadangan kepada pihak berkuasa dan Kerajaan.

6. Peranan yang dimainkan oleh Khazanah sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) juga memerlukan syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan menanggung kos-kos berkaitan, termasuk penggunaan para perunding luar dalam menyediakan sistem dan panduan amalan terbaik bagi meningkatkan prestasi GLC. Sumbangan para perunding ini telah menjadi antara salah satu input untuk membolehkan GLC-GLC di bawah Program Transformasi GLC meningkatkan prestasi masing-masing. Hasilnya, kumpulan 20 GLC tersenarai terbesar di bawah program tersebut (G-20) telah menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan mencatat peningkatan keuntungan bersih agregat sebanyak RM19.3 bilion pada tahun 2007, berbanding RM9.6 bilion yang dicatat ketika Program Transformasi GLC dilancarkan tiga tahun sebelumnya pada tahun 2004.

7. Bagi Khazanah, sumbangan penambahbaikan proses dan penilaian pelaburan yang matang telah menyaksikan nilai bersih diselaraskan (Net Worth Adjusted) portfolio Khazanah meningkat daripada RM33.3 bilion pada Mei 2004 kepada kira-kira RM53.8 bilion pada Disember 2009. Prestasi perlaburan terkini menunjukkan Khazanah berjaya mencatatkan pertumbuhan nilai bersih pada kadar kira-kira 13% setahun dalam tempoh enam tahun yang lepas.

Note:

“Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai nama-nama firma perunding dan juga jumlah yang dibayar ini tidak dapat dinyatakan kerana ia tertakluk kepada, antara lainnya pertimbangan komersial dan kerahsiaan (confidentiality) yang lazimnya dimeterai antara dua pihak.”

I have never hard in my life that name of the consultants are confidential and consultancy fees paid are also confidential. Typical reasons for covering up. I shall pursue this matter and press for answers. I know for a fact that huge sum of money has been paid for the consultancy fees during the 4th Floor Administration.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top