Questions Time: 05 April 2011 BNM: kerosakan wang kertas – kurang jelas dan luntur

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Kewangan menyatakan kerugian terperinci yang mana Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa menanggung kerugian besar akibat kesalahan dalam pencetakan wang kertas Malaysia, yang menimbulkan masalah kekurangan wang kertas baru untuk Perayaan Tahun Baru Cina, serta memberi nama agensi atau syarikat yang dilantik untuk menguruskan kerja pencetakan wang oleh Thomas de la Rue di UK dan mengapakah BNM tidak menuntut pampasan dari syarikat yang dilantik.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, kejadian dalam percetakan wang kertas adalah berpunca daripada percetakan yang kelihatan kurang jelas atau luntur sekiranya dibasuh menggunakan bahan cucian/peluntur yang berat. Namun, Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memamklumkan bahawa ia tidak mengalami sebarang kerugian atau beban kewangan ekoran daripada masalah percetakan wang kertas tersebut. Ini kerana di bawah perjanjian pesanan yang ditanda tangani di antara BNM dan syarikat pencetak wang kertas berkenaan, syarikat tersebut bertanggungjawab ke atas segala kos, bayaran atau apa-apa tanggungan lain sekiranya berlaku sebarang masalah yang berpunca daripada kegagalan pihak syarikat tersebut dalam melaksanakan kontrak percetakan yang diberikan.

 

2. Berkaitan dengan kontrak pembekalan dan percetakan wang kertas, BNM hanya berurusan secara terus dengan syarikat-syarikat pencetak mata wang yang mempunyai reputasi yang tinggi serta memenuhi syarat-syarat ketat yang telah diluluskan oleh ahli lembaga pengarah BNM.  Antara syarat-syarat tersebut termasuklah mempunyai status kewangan yang kukuh, kepakarn, pengalaman, kualiti perkhidmatan, kapasiti dan keupayaan teknologi mencetak. Segala urusan seperti sebut harga, pembayaran dan urusan penghantaran adalah dibincangkan secara terus dengan syarikat-syarikat tersebut tanpa melalui broker atau agen.

 

3. BNM juga sentiasa memantau kedudukan bekalan wang kertas di dalam pasaran bagi memastikan bekalan wang kertas adalah memcukupi untuk keperluan orang ramai.  BNM juga turut mengambil maklum tentang permintaan yang tinggi ke atas wang kertas baru bagi kegunaan semasa musim-musim perayaan dan memastikan permintaatn tinggi ini dipenuhi dengan membekalkan stok wang kertas yang mencukupi.

Note:

It was strange that this case was never announced by BNM or reported in the press!

I have specifically asked for the name of company that was appointed by Bank Negara Malaysia to manage the printing of the paper currency. But the name of the company was purposely omitted except using the words “syarikat tersebut” with no reference to it in the any part of its reply.

Why BNM was so secretive about the name of the appointed company?  Is the appointed company indirectly or directly related to any of the BNM officers?

 

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top