YB Menteri “Melancong” mengelakan untuk menjawab soalan-soalan tertentu

Perbahasan Bajet 2011 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelancongan pada 01 Disember 2010

Tan Sri Pengurusi

Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam  perbahasan mengenai  Maksud Bekalan B 31 – Kementerian Pelancongan.

Saya merujuk kepada Kod 10000 Emolumen, 20000 Perkhidmatan & Bekalan dan

Butiran:

040800  Promosi

008000 Kajian-kajian Pelancongan

028000 Homestay Program

Tan Sri Pengurusi

KEMENTERIAN PELANCONGAN – PAVILION MALAYSIA DI EKSPO SHANGHAI

YB Menteri Melancong,  Selamat Datang Ke Malaysia. “Welcome to Malaysia.”  – Malaysia Truly Asia!

Penganugerahan Projek Malaysian Pavilion pada mula-mulanya telah terjadi satu skandal terhadap Menteri Melancong. Kerana YB Menteri telah menaugrahkan projek kepada seorang sahabat karibnya, iaitu Grace Au Yong, seoroang asalnya dari Taiwan.

Ahli-ahli YB sedia dimaklum bahawa tender untuk projek Malaysian Pavilion ini telap ditutup semasa YB Menteri mengabilalih Kementerian ini pada 9hb April, 2008.  Lebih kurang pada 15hb April 2008 YB Menteri membatalkan tender yang pertama dan membukakan tender kedua untuk projek Malaysia Pavilion ini semula kerana Venturepharm Aisa Sdn Bhd tidak masuk dalam tender pertama.

Dalam tender kedua, Venturepharm Asia Sdn Bhd telah diaugerahkan projek tersebut. Bukankah ini adalah satu scandal kewangan terhadap Menteri Melancong.

Walaubagaimanpun, Kementerian Pelancongan telah memberikan jaminan kepada Parlimen bahawa jumlah kos Pavilion Malaysia di Ekspo Shanghai ialah RM20 juta, dan tidak akan membenarkan sebarang variation order dilayan.

Pavilion Malaysia telah dianugerahkan kepada Venturepharm Asia Sdn Bhd yang tidak mempunyai sebarang rekod prestasi dalam pembinaan. Individu yang bertanggungjawab dalam Venturepharm ialah Cik Grace Chen, iaitu kawan rapat Menteri. Malah, bekas pembantu peribadi Menteri, Cik Ivy See juga merupakan salah-seorang pegawai dalam syarikat Grace Au Yong.

Ahli-Ahli YB sedia maklum bahawa sebelum YB Menteri menanugrahkan projek Malaysian Pavilion ini, saya telah membangkit di dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa Venturepharm Asia Sdn Bhd telah terlibat dalam satu scandal di mana ia telah diberi TechnoFund berjumlah RM5.6 juta dari Kementerian Sain Tenologi dan Inovasi (MOSTI) dan MOSTI telah membekukan baki Technofund berjumlah RM3.6 juta.  Dengan maklumat ini, YB Menteri tidak boleh memberikan projek Malaysia Pvilion ini kepada Venturepharm Asia Sdn Bhd.

Pavilion Malaysia adalah satu projek yang gagal dan tidak dapat memperlihatkan kehidupan biasa rakyat Malaysia. Senibinanya adalah diasaskan dari Minang Kabau iaitu binaan Indonesia.

Kos pembinaan Pavilion Malaysia telah melebihi RM20 juta walaupun telah diberikan jaminan oleh YB Menteri di Parlimen tidak melebihi jumlah tersebut. YB Menteri perlu menjelaskan kepada Parlimen apakah jumlah sebenar Pavilion Malaysia sekarang.

Tan Sri Pengurusi,

International Shoes Festival di PWTC pada April 2010

Kemeterian Pelancong telah memberi RM3 juta kepada Persatuan Shoe Makers Malaysia untuk satu program, iaitu International Shoe Festival, adalah “unreasonable” dengan izin.  Saya meminta YB Menteri memberikan belanjaan untuk festival tersebut secara detail.

Tan Sri Pengurusi

Sponsorship kepada Datuk John Todt dan Ddatuk Jimmy Choo

Saya difahamkan bahawa Kementerian melantik Datuk John Todt dan Datuk Jimmy Choo sebaga “Duta Tourism” untuk Malaysia dengan bayaran sebanyak RM1 juta seorang setahun. Saya meminta YB Menteri memberi penjalasan diatas perkara ini.

Note:

Kerana kesentuhan masa saya tidak boleh menyoal masalah mengenai Program Homestay.

Semasa YB mengulung dalam perbahasan Bajet 2011 untuk Kementerian Pelancongan di peringat Jawatankuasa, YB Menteri Datuk Seri Dr Ng Yen Yen tidak memjawab soalan-soalan yang telah dibangkit oleh saya dan Ahli-Ahli Parlimen yang lain dengan baik. Beliau juga tidak memberi Ahli-Ahli Parlimen untuk meminta apa-apa penjelasan terhadap jawapan-jawapan.

Untuk menjawab soalan saya mengenai kos pembinaan Malaysian Pavilion di Shanghai Expo, YB Menteri cuma mengatakan bahawa tuduhan saya adalah tidak benar dan beliau telah memberi jawapan 6 kali dalam Dewan.  Saya bangun untuk meminta penjelasan kerana kos sebenar untuk Malaysian Pavilion tidak pernah dimaklumkan di Parlimen tetapi beliau tidak memberi perluang untuk meminta penjelasan.

Untuk “sponsorship kepada Datuk John Todt dan Datuk Jimmy Choo” beliau mengatakan kos sponsorship bukan RM1 juta seorang tetapi RM1 juta adalah budget untuk kos berbelanjaan, tiket kapal terbang, hotel dan lain-lain. Tetapi bliau tidak memberi angka jumlah untuk perbelajaan dua orang Duta Tourism tersebut.

Saya tidak puas hati dengan tingakah laku YB Menteri untuk mengelakan untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Saya akan membentang soalan-solan tersebut memlalui Soalan-Soalan untuk jawab lisan pada awal sessi Parlimen 2011.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top