Struktur saraan sektor awam: gred yang tinggi akan dapat ganjaran yang lebih tinggi

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA      : TUAN WEE CHOO KEONG

[ WANGSA MAJU ]

TARIKH          : 2 DISEMBER 2010

SOALAN:

 

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil untuk memperbaiki perbezaan yang amat ketara bayaran gaji dan elaun bagi pegawai negeri kakitangan awam dalam perjanjian CUEPACS yang berkuat kuasa pada tahun 2007 menyebabkan pegawai rendah dibayar lebih tinggi daripada pegawai atasan menyebabkan kegusaran, ketidakpuasan hati dan pengurangan efisiensi perkhidmatan.

JAWAPAN : YB. DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI.

Tuan Yang di-Pertua,
Struktur saraan sektor awan sedia ada sentiasa memastikan bahawa gred yang tinggi akan mendapat ganjaran yang lebih berbanding gred yang lebih rendah. Ini adalah kerana penetapan struktur saraan dan syarat-syarat perkhidmatan adalah berasaskan kepada prinsip-prinsip saraan yang boleh berfungsi secara strategic dan fleksibel seperti berikut:

a)                Kadar Upahan untuk Kerja;

b)                Kelayakan Masuk dan Latihan;

c)                 Gaji Pokok dengan Komponen Berubah;

d)                Perbandingan Adil;

e)                Relativiti dan Pariti; dan

f)                  Pengasingan

Pada tahun 2007, Kerajaan telah melaksanakan pemberian kenaikan gaji kepada penjawat awam dengan kadar kenaikan di antara 7.5% hingga 35%. Kumpulan Sokongan menikmati kadar kenaikan yang paling tinggi iaitu sebanyak 25% dan 35%. Pemberian peratusan yang tinggi ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan golongan tersebut. Walaupun peratusan kenaikan tinggi, ia tidak menjejaskan kedudukan relativiti dan kenaikan gaji tahunan di antara gred yang tinggi dengan gred yang lebih rendah.

 

Oleh yang demikian, tidak timbul soal pegawai yang berada di gred lebih rendah telah menerima saraan yang lebih baik daripada pegawai di gred yang lebih tinggi.

 

Sekian. Terima Kasih.

 

 

 

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top