Watan-Online bukan ANASIR asing

Is this another outfit for "Regime Change'?
“Watan-online bukan anasir asing”

Watan-online telah menjawab posting saya bertajuk “Is Watan-Online another foreign outfit for “Regime Change” pada 23-3-2013.  Jawapan/Penjelasan Watan-Online di SINI.

Untuk makluman sdr/sdri sidang pengarang Watan-Online yang saya hormati, bahawa Peraturan Dewan Rakyat 36 (6) hanya boleh digunakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sahaja dalam persidangan Dewan.

Walaubagaimana pun saya amat memahami maksud sdra/sdri, kenapa Peraturan 36 (6) tersebut dibangkitkan dalam penjelasan tersebut. Peraturan Dewan Rakyat 36 (6) ini adalah untuk kegunaan Ahli-Ahli YB meminta Ahli yang membuat satu kenyataan dalam Dewan dengan “sangkaan jahat” dan meminta Ahli yang menuduh untuk menarik balik tuduhannya.

Untuk makluman sdr/sdri bahawa saya tidak pernah membuat apa-apa tuduhan terhadap Watan-Online dalam posting saya, saya cuma meminta penjelasan atau ingin tahu samada Watan-Online ada menerima dana asing, seperti pihak-pihak new portal tertentu yang terbukti telah mendapat dana asing. Saya tiada niat untuk menuduh Watan-Online selain daripada mengenalpasti samada dana asing ada disalurkan kepadanya?

Saya amat khuatir dengan website atau news portal yang sentiasa menggelarkan diri sendiri sebagai news portal yang bebas dan pada masa yang material ia tidak mengisytiharkan bahawa ia memang ada menerima dana asing. News portal tertentu telah membuat pengakuan selepas bukti-bukti  penerimaan dana asing telah didedahkan secara umum.

Isu ini penting dimana negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain pun tidak mengalakkan kemasukkan dana asing untuk manipulasikan politik dalaman mereka, malah menghalang kemasukkan dana asing ke negara-negara mereka sendiri. Demikianlah semua warga Malaysia perlu prihatin dalam isu dana asing yang disalurkan kepada pihak-pihak tertentu semata-mata untuk matlamat.

Saya memang menerima dengan hati yang terbuka penjelasan sdr/sdri sidang pengarang dan Alhamdulillah, bersyukur kita dimana kita dapat mengenal pasti bahawa Watan-Online tidak pernah menerima apa-apa dana asing selama ini. Saya berharap ia akan menjadikan sebuah news/video portal yang sentiasa bebas dari agenda-agenda anasir-anasir asing untuk tujuan “Regime Change” di tanahair kita yang tercinta ini.

Jika saya ada menyinggung perasaan sdra/sdri sidang pengarang dan/atau pembaca-pembaca Watan-Online, izinkan saya mengunakan kesempatan ini untuk memohon maaf secara silatulrahim.

Sekian, terima kasih.

Wee Choo Keong

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top