Singaporeans & Africans misused of Social Pass / Student Visa will face fine, imprisonment and/or deportation

23 hb November 2011

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a)               apakah tindakan positif yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengawal dan membasmi pendatang tanpa izin yang semakin ramai dan apakah mekanisme yang telah diwujudkan untuk memastikan pelajar asing yang memasuki negara ini di bawah Visa Pelajar adalah pelajar sebenar, terutamanya mereka yang berasal dari Negara Afrika seperti Nigeria dan sebagainya; dan

(b)               apakah tindakan yang telah diambil untuk menghentikan serta merta warganegara Singapura daripada menyalahguna Permit Sosial dengan tinggal serta bekerja di Malaysia selama bertahun-tahun.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju yang mengemukakan pertanyaan.

(a)             Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tindakan positif yang diambil oleh Kerajaan untuk menangi masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ialah melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Di bawah program ini, pendaftaran biometric akan dilaksanakan terhadap pelawat asing di pintu-pintu masuk negara dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berada di negara ini. Di bawah program ini juga PATI digalakkan untuk pulang ke negara secara bersepadu, serentak dan besar-besaran juga akan dilaksanakan.

Sistem biometrik yang dikenali sebagai National Enforcement Registration System (NERS) digunakan sebagai kaedah penyimpanan rekod warga asing di bawah Proses Pendaftaran telah dimulakan penguatkuasaannya pada 1 Jun 2011. Pengambilan biometrik yang dilakukan berasaskan piawaian antarabangsa akan menghasilkan kerjasama yang lebih berkesan di antara agensi-agensi antarabangsa dan agensi-agensi penguat kuasa dalam negara.

Kemasukan ke dalam negara boleh dikawal kerana sistem NERS juga mengekang penggunaan dokumen perjalanan berdasarkan identiti palsu. Pengambilan dan pengesahan biometrik seseorang warga asing yang telah direkodkan sebelum ini boleh disemak dengan pangkalan data NERS yang berupaya mengesahkan identiti warga asing tersebut.

Tuan Yang Di-Pertua,

Seseorang warga asing yang ingin berada di Malaysia untuk tujuan belajar perlu mendapatkan kebenaran dalam bentuk suatu Pas iaitu Pas Pelajar. Pas ini merupakan kemudahan imigresen yang membenarkan seseorang warga asing itu untuk masuk dan belajar setelah diterima oleh sesebuah institusi pendidikan seperti Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sekolah-sekolah swasta, persendirian dan antarabangsa.

Bagi memastikan hanya pelajar sebenar diberikan kebenaran belajar di negara ini, pelajar tersebut perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan. Pelajar tersebut juga perlu diperakukan oleh Kementerian atau Agensi yang berkaitan. Pihak institusi yang menerima pelajar asing tersebut juga bertanggungjawab memantau pelajar-pelajar asing ini supaya kelulusan untuk mengambil pelajar asing tidak ditarik balik.

Di samping itu, beberapa langkah pencegahan dan pemantauan melibatkan agensi-agensi Kerajaan berkaitan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia dilakukan secara bersepadu bagi membendung penyalahgunaan Pas Pelajar. Antaranya ialah dengan melakukan naziran secara berkala ke institusi-institusi pendidikan terbabit bagi menyemak rekod pelajar-pelajar antarabangsa dan melaksanakan aktiviti penguatkuasaan terhadap warga asing bagi mengesan mereka yang melakukan penyalahgunaan pas.

Bagi pelajar-pelajar dari negara-negara Sub-Sahara Afrika yang ditaja oleh Kerajaan atau menggunakan kelayakan akademik negara berkenaan dan ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana dan PhD di Malaysia, Jabatan Imigresen telah meletakkan syarat bahawa mereka hendaklah mengemukakan Sijil No Objection Certificate (NOC).

(b)     Tuan Yang Di-Pertua,

Lazimnya, warganegara Singapura yang kerap berulang-alik masuk ke Malaysia merupakan pelabur dan ahli perniagaan yang ingin menjalankan dan menjaga kepentingan pelaburan dan perniagaan mereka di sini. Sekiranya didapati warganegara Singapura melakukan kesalahan di bawah Perkara 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan penyalahgunaan pas dan Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan tinggal lebih masa, mereka akan didenda, disenaraihitamkan, dan dihantar pulang.

Bagi majikan yang didapati bersalah di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan menggaji seseorang selain daripada warganegara atau pemegang Permit Masuk yang tidak memiliki pas yang sah boleh disabitkan kesalahan dan dihukum kepada denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu Ringgit atau dipenjara bagi tempoh tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap seorang yang diambil bekerja.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top