MOT: Airlines must refund Airport Tax to no-show passengers.

TARIKH : 23 NOVEMBER 2011 (RABU)

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian telah memberi kebenaran kepada AirAsia Bhd dan AirAsia X Sdn Bhd mengenakan bayaran RM8 untuk Yuran Convenience, RM10 untuk kaunter Check-In, RM50 untuk tempat duduk bayi bagi AirAsia dan RM125 untuk AirAsia X Sdn Bhd, RM12 untuk kerusi roda dan lain-lain serta apakah jumlah keseluruhan wang cukai lapangan terbang yang terlibat no-show passenger bagi kedua-dua syarikat dari tarikh operasi sehingga September 2011 dan sama ada cukai lapangan terbang yang dikutip akan dikembalikan kepada penumpang-penumpang tersebut secara automatik.


JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju, pengenaan bayaran oleh AirAsia dan AirAsia X sebanyak RM8 untuk Yuran Convenience, RM10 untuk kaunter Check-In, RM50 untuk tempat duduk bayi bagi AirAsia dan RM125 untuk AirAsia X Sdn Bhd, RM12 untuk kerusi roda dan lain-lain adalah merupakan caj dan fi komersial yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan tersebut sendiri dan di luar bidang kuasa Kementerian.

Berhubung jumlah keseluruhan wang cukai lapangan terbang yang terlibat bagi no-show passenger untuk AirAsia Bhd dari 1 May 2002 sehingga Ogos 2011 adalah sebanyak RM 6,432,697.00. Manakala, jumlah keseluruhan wang cukai lapangan terbang yang terlibat bagi no-show passenger untuk AirAsia X dari November 2007 hingga September 2011 adalah sebanyak RM498,000.00.

Berhubung sama ada cukai lapangan terbang yang dikutip akan dikembalikan kepada penumpang-penumpang tersebut secara automatik, buat masa ini, pemulangan cukai lapangan terbang bagi no-show passenger dilakukan oleh syarikat-syarikat penerbangan bagi pihak operator lapangan terbang sekiranya penumpang membuat tuntutan. Sekiranya tiada tuntutan dibuat oleh penumpang selepas tempoh 12 bulan, syarikat penerbangan perlu memulangkan cukai lapangan terbang tersebut kepada operator lapangan terbang dan seterusnya ianya akan diserahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top