Questions Time, 30 October 2008

Proton lost over RM600 million in 2007

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana Proton mengalami kerugian sebanyak RM619.9 juta pada tahun 2007 sedangkan Proton diberikan subsidi-subsidi istimewa termasuk mengurangkan duti eksais dan sila kemukakan jumlah subsidi-subsidi istimewa tersebut untuk tahun 2007.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman Yang Berhormat, kerugian sebenar Proton bagi ntahun kewangan berakhir 31 Mac 2007 adalah sebantak RM618.1 juta.  Kerugian ini berpunca terutamanya dearipada kemerosotan jualan kenderaan sebanyak 40% kepada 110-,538 unit dalam tahun kewangan 2006/2007 berbanding 183,824 unit bagi tahun kewangan sebelumnya.  Kemorosotan jualan kenderaan pula desebabakan diantaranya oleh persekitaran pasaran yang sangat kompetitif dan nilai kereta terpakai yagn rendha menjejaskan prospek pembel;ian kereta baru.

2.  Bagaimanpun, Proton telah kembali mencatatkan keuntungan sebanyak RM162.2  juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008 iaitu peningkatan sebanyak RM780 juta berbanding kerugian yang dialami pada  tahun kewangan sebelumnya hasil daripada perubahan pengurusan dalaman yagn lebih efektif serta beberapa inisiatif perniagaan yagn akan memberikan kesan positif untuk jangka masa panjang.

3.  Untuk makluman Yang Berhormat juga, sussidi istimewas atau insentif yang direima Proton bukan merupakan suatau yang seksklusif untuk syarikat pembuat kereta nasional ini sahaja.  Sebaliknya, insentif yang sama juga diberikan kepada semua pemasang/pengilang kereta pemaqsangan tempatan (complete Knock Down [CKD]).  Sebagai contoh, insentif pengurusamn duti eksais melalui Program Rantaian Industrio seperti mana yang digariskan di  bawah Dasar Automotif Nasional diberikan oleh Kerajaan bergantung kepada jumlah pelaburan yagn telah dibuat oleh syarikat pembuat kereta berkenaan di dalam Negara.

4.  Bagi tahun 2007, Proton telah menikmati  beberapa insentif percukaian yagn turut juga dinikmati oleh industrio automatif umpamanya seperti berikut:

a.  Galakan Elaun Pelaburan Semula (Reinvestment Allowance) sebanyak RM89.7 juta;

b.  Potongan cukai dua kali bagi promosi eksport (Double Deduction Form Promotion of Export) sebanyak RM12.3 juta; dan

c.  Potongan cukai dua kali bagi premium insurans (Double Deduction For Insurance Premium) sebanyak RM0.6 juta.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top