Questions Time 14-6-2012: Gambling activites in Cyber Cafes

Jawapan Lisan 14-6-2012

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian dan/atau DBKL bagi mengatasi dan/atau menghentikan masalah pusat-pusat cafe cyber berlesen atau tidak berlesen yang terlibat dalam kegiatan perjudian yang begitu banyak beroperasi di kawasan Wangsa Maju di mana ramai murid sekolah telah menjadi pelanggan mereka.

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju, aktiviti perkhidmatan Internet sama ada khusus untuk pencarian maklumat, permainan di atas talian (on line) ataupun membabitkan perjudian merupakan aktiviti yang tidak dilesenkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini.

Walau bagaimanapun, bagi membantu menyelesaikan aduan yang banyak diterima berkaitan aktiviti perjudian, maka tindakan yang diambil oleh DBKL adalah dengan membuat tindakan sitaan yang berterusan membabitkan peralatan komputer yang menjalankan aktiviti perjudian di bawah peruntukan Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992. Tindakan mahkamah ke atas individu yang terlibat tidak dapat dibuat oleh DBKL disebabkan kuasa tersebut adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi tahun 2012 (sehingga 3 Mei), DBKL telah menjalankan tindakan sita ke atas 16 premis membabitkan 696 peralatan seperti CPU, Monitor dan Keyboard.

Manakala, bagi aktiviti pencarian maklumat serta permainan secara on line yang membabitkan pelajar sekolah pula, DBKL juga turut mengambil inisiatif dengan mengaturkan Operasi Bersepadu bersama agensi-agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Kementerian ini yakin bahawa kerjasama pelbagai agensi yang menjalankan Operasi Bersepadu secara berterusan dapat membendung pelbagai gejala negatif di kawasan-kawasan yang dimaksudkan. Sehingga kini, gejala negatif berkenaan adalah masih terkawal.

Bagi mengukuhkan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap perkara ini, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) telah mengambil langkah mewujudkan Kaedah-kaedah Pusat Siber dan Kafe Siber (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2012 di bawah Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992. Kaedah-kaedah ini akan mula berkuatkuasa pada 15 Jun 2012. Melalui pelaksanaan perkara ini, Kementerian berharap permasalahan pusat-pusat kafe siber berlesen atau tidak berlesen yang terlibat dalam kegiatan perjudian haram dapat dikawal sewajarnya.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top