PERTANYAAN : JAWAB LISAN
DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG [ WANGSA MAJU ]
TARIKH : 5 APRIL 2010 (ISNIN)
SOALAN
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan mengapa BERNAMA TV Synergy Sdn Bhd dibenarkan berhutang kepada BERNAMA semasa mengendalikan BERNAMA TV dan sudahkah pihak BERNAMA memperoleh bayaran hutang berkenaan, jika belum apakah tindakan yang akan dikenakan kepada BERNAMA TV Synergy Sdn Bhd.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
BERNAMA TV Synergy Sdn Bhd (BRTV) merupakan syarikat usahasama yang mengendalikan operasi stesen BERNAMA TV. BERNAMA melalui anak Syarikatnya, BERNAMA Berhad memegang 33% ekuiti dalam syarikat usahasama tersebut. Dalam usahasama ini, BERNAMA bersetuju membekalkan kakitangan, menyewakan ruang pejabat dan peralatan kepada syarikat BRTV. Walau bagaimanapun, setelah setahun beroperasi, bayaran sewa ruang pejabat dan gaji kakitangan tidak dibayar balik kepada BERNAMA dan keadaan inilah yang dikatakan sebagai kos operasi yang perlu ditanggung oleh syarikat berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat, perjanjian baru dimerterai pada 29 Mac 2010 dan melalui perjanjian tersebut, masalah ini selesai.