Questions Time 6 April 2010

PERTANYAAN        :           LISAN

DARIPADA              :           TUAN WEE CHOO KEONG [ WANGSA MAJU ]

TARIKH                    :           6 APRIL 2010

RUJUKAN                :           2447

SOALAN:

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a)        apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihak polis bagi mengurangkan kadar jenayah seluruh negara dan terutamanya di Wangsa Maju; dan

(b)       berapa banyakkah laporan polis berkiatan jenayah yang telah dibuat di Wangsa Maju pada tahun 2009 dan berapa banyakkah yang telah diselesaikan dan didakwa di mahkamah.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Wangsa Maju yang mengemukakan pertanyaan.

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, bagi menjawab soalan (a), beberapa langkah telah diambil oleh pihak polis bagi mengurangkan kasar jenayah di Kuala Lumpur umumnya dan Wangsa Maju khasnya melalui pelaksaan program Community Policing serta penubuhan Unit Sukarelawan Kempen Pencegahan Jenayah yang dilancarkan pada 4 Julai 2009 yang lalu bertempat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang. Kawasan tersebut adalah di bawah pentadbiran Balai Polis Wangsa Maju dan telah dipilih sebagai Pilot Project berdasarkan kepada faktor scenario jenayah di kawasan berkenaan dan kawasan sekitarnya.

Selain itu, pihak polis turut sama-sama menjayakan program Inisiatif Bandar Selamat (IBS) yang ditubuhkan di kawasan Kuala Lumpur Suburban Centre (KLSC) yang merangkumi kawasan Wangsa Maju dan Setapak.

Pihak polis juga turut terlibat dalam Program Gerakan Tumpuan iaitu satu program usaha sama di antara Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi-agensi Kerajaan yang lain di kawasan Sri Semarak.

Operasi-operasi pencegahan jenayah di kawasan Wangsa Maju turut diadakan secara berkala dan bersepadu melibatkan semua jabatan dalam PDRM bagi membendung jenayah curi kendaraan, pecah rumah, maksiat, pelacuran, kongsi gelap, perjudian haram, rempit, lumba haram, cetak rompak dan penipuan.

Tuan Yang Dipertua,

Bagi menjawab soalan (b) pula, pada tahun 2009, Balai Polis Wangsa Maju telah menerima sebanyak 1,715 laporan berhubung kes jenayah. Daripada jumlah tersebut, pihak polis telah berjaya menyelesaikan sebanyak 907 kes atau 43.1% iaitu termasuk jumlah tangkapan, rampasan dan jumlah barang curi yang berjaya ditemui semula. Damlam tempoh yang sama, sebanyak 50 kes telah didakwa di mahkamah.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top