Parliament Questions Time: Written Answer for No. 436

Semua aspek telah diambilkira untuk melindungi kepentingan MISC

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Bertulis Dewan Rakyat

Soalan No. 436

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta  Menteri  Kewangan menyatakan sama ada kepentingan negara di dalam usahasama 50-50 dalam Transware Distribution Services Pte Ltd antara MISC dan Keppel Logistics terus dilindungi apabila wakil-wakil MISC di dalam lembaga pengarah Transware Distribution Services Pte Ltd telah membenarkan Ketua Pegawai Eksekutif Keppel Logistics, iaitu sebuah syarikat Singapura untuk menyingkirkan mereka pada Mei 2010 dan telah pula membantu menggantung barisan pengurusan mereka dan digantikan dengan lebih ramai pasukan pengurusan dari Keppel Logistics?

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Transware Distribution Services Pte Ltd (TDS) adalah sebuah syarikat usahasama diantara MISC Integrated Logistics Sdn Bhd (50%) dan Keppel Logistics Pte Ltd (50%) yang menjalankan perniagaan pergudangan dan pengangkutan. Ahli Lembaga Pengarah TDS diwakili oleh dua pengarah dari Keppel Logistics dan dua pengarah dari MISC Integrated Logistics Sdn Bhd.

2. Pada bulan Mei 2010, hasil daripada audit dalaman, didapati beberapa orang pegawai atasan TDS telah melakukan beberapa salahcara dan salahlaku syarikat yang melanggar corporate governance yang telah ditetapkan. Setelah berpuashati serta bersetuju dengan laporan audit dalaman berserta dengan bukti-bukti yang telah diperolehi, Ahli Lembaga Pengarah syarikat telah sebulat suara membuat keputusan menyinkirkan (dismissed) dan menamatkan (terminated) perkhidmatan empat orang pegawai atasan syarikat berkenaan.

3. Pada masa ini, semua urusan pentadbiran syarikat dihalankan oleh dua ahli Exco TDS yang juga Ahli Lembaga Pengarah, masing-masing dari Keppel Logistics dan MISC Integrated Logistics Sdn Bhd.

4. Semua keputusan ini telah diambil dan dipersetujui secara bersama oleh kedua-dua pihak iaitu Keppel Logistics dan MISC Integrated Sdn Bhd. Dalam hal ini, MISC tidak pernah diketepikan atau dipinggirkan oleh mana-mana pihak dalam membuat keputusan serta penentuan hala tuju strategik syarikat. Semua aspek telah diambilkira untuk melindungi kepentingan MISC dalam syarikat berkenaan.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top