Parliament Question Time: Written Answer for No. 437

RM37.69 juta harta dilucuthakkan merangkumi RM1.59 juta harta daripada 10 kes yang berjaya disabitkan kesalahan dan RM36.1 juta harta daripada 23 kes lain yang dilucuthakkan tanpa pendakwaan….

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Bertulis Dewan Rakyat

Soalan No. 437

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta  Menteri  Kewangan menyatakan:-

(a) Sehingga 30 Mei 2010, berapakah jumlah keseluruhan asset yang dibekalkan dan dirampas oleh pihak berkuasa  setiap tahun  dan pecahan jumlah pembekuan dan pampasan berbanding jumlah kesalahan bagi setiap tahun, di bawah Akta AMLA ini; dan

(b) apakah bentuk-bentuk perlindungan atau safeguard yang wujud bagi mengelakkan AMLA dari disalahkan guna oleh pihak berkuasa.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan maklumat daripada Pejabat Peguam Negara setakat 31 Mei 2010, sebanyak 94 kes pengubahan wang haram telah dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) membabitkan 71 orang tertuduh dan jumlah perolehan sebanyak RM1,185 juta.

2. Dari jumlah 94 kes tersebut, 10 kes telah berjaya disabitkan kesalahan, 3 kes didapati tidak bersalah manakala bakinya masih di dalam pelbagai peringkat perbicaraan. Sejumlah RM37.69 juta harta telah dilucuthakkan merangkumi RM1.59 juta harta daripada 10 kes yang berjaya disabitkan kesalahan di mahkamah dan RM36.1 juta harta daripada 23 kes lain yang telah dilucuthakkan tanpa pendakwaan di bawah AMLATFA.

3. Peruntukan di bawah AMLATFA yang memberikan kuasa pembekuan harta kepada agensi penguatkuasaan undang-undang adalah bersifat mencegah (preventive) bagi menghalang individu daripada kehilangan harta tersebut dan membantu agensi penguatkuasa menjalankan siasatan bersabit jenayah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dengan lebih berkesan.

4. Bagi membendung agensi penguatkuasa undang-undang daripada menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka terdapat beberapa perlindungan ataupun safeguard di bawah AMLATFA. Dalam menjalankan kuasa-kuasa pembekuan harta di bawah AMLATFA agensi penguatkuasa undang-undang adalah terikat kepada perkara-perkara berikut:

a. Perintah hendaklah berdasarkan kepada sebab yang munasabah
Perintah pembekuan harta di bawah seksyen 44 AMLATFA hanya dikeluarkan oleh agensi penguatkuasa ke atas seseorang sekiranya agensi puenguatkuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan pengubahan wang haram atau dilakukan oleh individu tersebut. Dalam membuat suatu perintah pembekuan di bawah sekyan 44 AMLATFA agensi penguatkuasa juga boleh memberi arahan berkenaan pelupusan harta tersebut bagi maksud tertentu termasuk:

(i) pembayaran hutang yang dilakukan dengan suci hati (good faith) yang perlu dibayar kepada pemiutan-pemiutang sebelum arahan pembekuan tersebut, pembayaran wang kepada tertuduh bagi sara hidup yang munasabah untuk individu tersebut dan keluarganya; dan

(ii) pembayaran kos membela diri dalam prosiding jenayah terhadap individu tersebut.

b. Perintah adalah tertakluk kepada had masa
 Arahan pembekuan tersebut hanya sah dalam tempoh 90 hari dan tidak lagi berkuat kuasa sekiranya individu terbabit tidak dibenarkan sebarang tuduhan bersabit kesalahna di bawah AMLATFA selepas tempoh tersebut. Arahan penyitaan pula hanya sah dalam tempoh 9 bulan.

c. Elemen “Check and balance”
Bagi harta mudah alih yang dalam milikan, jagaan atau kawalaninstitusi kewangan, arahan penyitaan di bawah seksyen 50 perlu diperoleh oleh agensi penguatkuasa daripada Timbalan Pendakwa Raya terlebih dahulu sebelum harta di institusi kewangan tersebut dibeku atau disita. Sekiranya Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati terhadap maklumat yang dikemukakan oleh agensi penguatkuasa bahawa harta tersebut merupakan intipati kesalahan pengubahan wang haram atau merupakan bahan bukti kesalahan tersebut, beliau boleh mengarahkan institusi kewangan berkaitan supaya tidak melepaskan, berurusan atau melupuskan harta tersebut.

Agensi penguatkuasa pada lazimnya akan merujuk sebarang cadangan untuk menyita harta mudah alih menurut seksyan 45 AMLATFA kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum harta berkenaan disita. Penyitaan harta tak mudah alih menurut seksyen 51 AMLATFA juga hanya boleh dilakukan menerusi suatu notis yang dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya. Notis tersebut hanya akan dikeluarkan sekiranya Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan oleh agensi penguatkuasa bahawa harta tak mudah alih tersebut adalah intipati kesalahan pengubahan wang haram atau merupakan bahan bukti kesalahan tersebut.

d. Kemudahan menggunakan harta yang dibekukan
Seksyen 46 AMLATFA mengandungi peruntukan berkenaaan pemulangan sementara harta yang dibekukan tertakluk kepada pemberian jaminan dan perkara-perkara lain yang diperuntukan di bawah AMLATFA.

e. Hak pihak ketiga
Hak bonafide pihak ketiga juga diperuntukan dalam AMLATFA. Mahkamah aatau agensi penguatkuasa terbabit hendaklah memulangkan harta tersebut kepada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan sah di sisi undang-undang ke atas harta tersebut.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top