Ministry of Transport has no mechanism in place to protect the interest of passengers who have purchased tickets in advance …
Soalan
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk melindungi kepentingan orang awam yang telah membeli tiket berbulan-bulan terdahulu akibat dipengaruhi oleh kempen pengiklanan Air Asia dalam suratkhabar, sekiranya syarikat Air Asia tidak dapat memenuhi obligasinya di masa hadapan?
Jawapan
Tuan Yang Di Pertua,
Bagi memastikan kepentingan orang awam yang membeli tiket jauh lebih awal dari tarikh penerbangan di jaga sekiranya AirAsia tidak dapat memenuhi obligasinya, AirAsia menyediakan alternatif seperti berikut:
(i) Bagi penerbangan yang dibatalkan oleh sebab faktor teknikal, penumpang akan diberi pilihan untuk menebus harga tiket (refund to credit card) atau “credit shell”; dan
(ii) Bagi penerbangan ke laluan yang tidak lagi beroperasi, penumpang akan diterbangkan ke laluan tersebut melalui laluan alternatif. Sebagai contoh, AirAsia telah memberhentikan penerbangan ke laluan Johor Bahru – Kota Kinabalu disebabkan isu operasi. Penumpang yang telah membeli tiket bagi laluan tersebut kemudiannya diberi laluan alternatif iaitu dengan mengambil penerbangan ke Kota Kinabalu melalui Singapura. Bagi penumpang yang mengalami kesukaran untuk mengambil penerbangan laluan alternatif atau tiada laluan alternatif, AirAsia akan menebus harga tiket yang dibayar melalui refund to credit card atau “credit shell”.
(iii) Advance booking ticket bagi penerbangan AirAsia dapat dilakukan bagi penerbangan tidak lebih dari tempoh 12 bulan. Namun begitu, AirAsia tidak mempunyai mekanisma khusus yang memberikan jaminan 100% bahawa penumpang akan memperoleh semula wang sekiranya syarikat tersebut muflis. Walau bagaimanapun, sekiranya syarikat tersebut muflis, semua asetnya akan dibekukan dan akan ditadbir oleh pemegang amanah yang dilantik. Penumpang masih boleh mengemukakan tuntutan pengembalian wang harga tiket terlibat daripada pemegang amanah.
Notes:
1. It is most unfortunate that Ministry of Transport is not imposing certain mechanism to protect the interest of the passengers when they purchase tickets in advance due to the massive advertising campaigns. It is no different from the activities of deposit-taking companies which are controlled by Bank Negara whereas for Air Asia there is no control. In the event that Air Asia is insolvent for whatever reason, there is no protection at all for those who have purchased tickets in advance.
2. This is very alarming because we have seen many low cost airlines having collapsed recently (Oasis in Hong Kong is the most recent one) and the passengers had to suffer because they could not get any refund for what they have paid.
3. The fact that selling of flight tickets in advance is no different from the activities of deposit-taking companies therefore there must be a mechanism with the force of law to control the advertisements so that there are no hidden costs from what has been advertised and to also to protect the monies that the passengers have paid but not utilized yet.
4. I have suggested to the Minister of Transport that a special bank account be set up to deposit fund received by Air Asia in advance and such fund cannot be utilized until 1 month before the flight. If there is no such control, all funds received from sales of tickets in advance may be used by Air Asia immediately and in the event that it collapses for whatever reasons, the passengers will not be able to get the refund. Further, I do not want to see the government using the rakyat’s money to bail out Air Asia because a few million members of the public are affected.
– Terjemahan oleh Lee Wee Tak – Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong –
Nota:
1. Malang sekali Menteri Pengangkutan tidak mengadakan apa-apa langkah perlindungan untuk kepentingan umum apabile mereka membeli tiket terdahulu disebabkan kempen pengiklanan besar. Ini tiada bezanya dengan kegiatan syarikat yang mengambil wang simpanan yang dikawal oleh Bank Negara tetapi bagi Air Asia tiada pula kawalannya. Jika Air Asia gulung tikar atas sebarang sebab, maka tiada perlindungan langsung untuk pembeli tiket terdahulue.
2. Ini amat mencemaskan kerana kini banyak syarikat penerbangan murahan telah gulung tikar (Oasis di Hong Kong contoh terkini) dan para penumpang tersangkut kerana tiada bayar balik.
3. Oleh kerana penjualn tiket terdahulu tiada beza dengan syarikat menerima wang simpanan maka mest adanya langkah-langkha kawalan mengawal kegiatan pengiklanan supaya memastikan tiada kos tersirat dan melindungi wang pembeli tiket terdahulu.
4. Saya telah mencadangkan supaya menteri pengangkutan agar mengadakan akaun bank khas untuk menyimpan wang belian terdahulu yang diterima oleh Air Asia dan hanya boleh dikeluarkan selepas penerbangan telah dilakukan. Jika tiada kawalan ini, maka semua wang yang diterima ity akan dibelanjakan oleh Air Asia serta merta dan penumpang tidak akan memperolehi wang mereka. Bahkan saya tdak mahu kerajaan menggunakan wang rakyat menyelamatkan Air Asia oleh kerana beberapa juta orang sahaja yang terlibat.