Speech for Debate on Bank Negara Bill 2009

Teks Ucapan YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Untuk Perbahasan Akta Bank Negara 01 Julai 2009

Datuk Yang di-Pertua,

Saya bangun untuk membahas Rang Undang-undang Bank Negara 2009.

Bank Negara Malaysia adalah perbadanan perbankan tertinggi di Negara yang berkuasa bawah undang-undang untuk memantau serta mengawal tindak-tanduk semua bank di Malaysia, termasuk segala operasi kad kredit.

Selain daripda memastikan keutuhan sistem kewangan negara, Bank Negara juga berperanan penting dalam menjaga kepentingan dan hak orang awam yang berurusan dengan bank-bank ini supaya kita boleh mengelakkan rakyat jelata daripada diekploitasikan oleh bank-bank ini yang mengaut keuntungan lumayan tahun demi tahun. Bank Negara harus memikirkan bagaimana ia boleh menyahut laungan YAB Perdana Menteri supaya “Rakyat Diutamakan”, lebih-lebih lagi dalam waktu kegawetan ekonomi kini.

Terdapat pelbagai jenis penindasan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh bank-bank komersial di Malaysia, antaranya:

  • Faedah paling tinggi atas hutang kad kredit adalah 18%, iaitu tiga kali ganda “base lending rate”;

  • Promosi jualan kad kredit yang sungguh agresif sehingga menyebabkan ramai orang yang sebenarnya tidak berpendapatan boleh memiliki daripada 1 kad kredit dan syarat-syarat yang aman longgar untuk pemindahan baki, pengeluaran kad tambahan atau “supplementary card” serta kelayakan untuk dapatkan “Platinium Card” dan “Gold Card”;
  • Caj bank oleh Maybank sehingga RM500 hanya untuk menguruskan penerimaan simpanan wang kertas yang melebihi 1,000 keping;

http://www.maybank2u.com.my/maybank_group/bank_charges/changing_coins.shtml

  • Caj bank sebanyak RM50 hanya untuk mengeluarkan surat pengesahan baki pinjaman rumah bagi tujuan mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
  • 1% “commitment fee” atas had overdraf yang tidak digunakan di mana bank masih menikmati pendapatan meskipun pinjaman tidak dibuat kepada pelanggan; dan
  • Caj RM12 oleh Maybank terhadap pelanggan jika kad dicuri atau terlupa nombor pin;

http://www.maybank2u.com.my/maybank_group/bank_charges/card_facility.shtml

Datuk Yang di-Pertua,

Baru-baru ini, saya telah menerima aduan daripada seorang penduduk di kawasan saya bahawa kad kredit yang beliau jarang gunakan telah tercicir dan beliau hanya sedar akan kehilangannya apabila beliau menerima penyata bulanan daripada MBF Cards (M’sia) Sdn Bhd menunjukkan banyak urusniaga yang tidak diketahui. Sungguhpun beliau dengan serta merta memaklumkan syarikat kad kredit tersebut, MBF Cards masih berkeras mengkehendaki beliau menanggung kesemua liabiliti yang berjumlah lebih daripada kurang RM8,800 itu dan memberi banyak tekanan terhadapnya..

Apabila saya menyelami klausa 15.2 dalam Garis Panduan Kad Kredit yang dikeluarkan oleh Bank Negara, ia dengan jelas menyatakan bahawa had tertinggi  tanggungan seorang mangsa itu hanyalah RM250 sahaja. Jika jumlah urusniaga yang dipertikaikan melebihi jumlah tersebut, maka syarikat kad kredit mesti membuktikan bahawa pemegang kad itu telah melakukan penipuan atau gagal memaklumkan pihak syarikat secepat mungkin setelah menyedari kehilangan kad tersebut.

Datuk Yang di-Pertua

MBF Cards (M’sia) Sdn Bhd selaku syarikat khusus dalam perniagaan kad kredit juga harus mengadakan prosedur kawalan dalaman yang mencukupi untuk mengelakkan berlakunya penipuan. Dalam kes ini, kad kredit yang jarang digunakan tiba-tiba mencatatkan urusniaga yang bertubi-tubi dengan beberapa syarikat sahaja. Saya dimaklumkan bahawa syarikat kad kredit seperti Citibank sering menyekat kad kredit serta memaklumkan pelanggannya apabila urusniaga yang mencurigakan dikesan tetapi MBF Cards (M’sia) Sdn Bhd tidak mengamalkan tahap keprihatinan yang setanding bahkan membenarkan urusniaga-urusniaga yang mencurigakan terus berlaku sehingga jumlah tanggungan telah bertimbun dan menjadi sangat tinggi.

Datuk Yang di-Pertua,

April 2009, saya telah membawa kes/aduan ini kepada perhatian Bank Negara dan saya baru menerima sepucuk surat jawapan bertarikh 24 Jun daripada Encik Abu Hassan Alshari Yahaya, Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat, yang amat memeranjatkan, mengecewakan dan boleh menyebabkan kehilangan kepercayaan umum terhadap kewibawaan, keadilan dan kebijaksaan Bank Negara.  Saya merasa amat sedih dimana Bank Negara dengan beribu-ribu pegawai/kakitanggan dan ia menggunakan lebih daripada 2 bulan untuk menjawab surat aduan saya.  Bank Negara tidak menurut “Delivery System” satu hari yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Dalam surat tersebut, Encik Abu Hassan menyatakan bahawa setiap aduan kad kredit akan disiasat secara terperinci oleh pengeluar kad kredit dan dalam hal ini MBF Cards telah memaklumkan Bank Negara bahawa urusniaga yang dipertikaikan telah dilaporkan selepas 14 hari berlakunya transaksi tidak sah yang  pertama. Oleh itu Encik Abu Hassan mewakili Bank Negara memutuskan bahawa pengadu adalah bertanggungjawab untuk semua urusniaga yang dipertikaikan.

Datuk Yang di-Pertua,

Sejak bilakah Bank Negara hanya mengikut jari teunjuk bank-bank yang sepatutnya bawah kawalan dan jagaannya? Bukankah Bank Negara harus menyiasat lanjut mengenai aduan yang diterimanya dan bukan hanya mendengar dan menerima tanpa persoalanan apa-apa ‘makluman’ daripada bank-bank serta syarikat kad kredit? Sejak bilakah Bank Negara telah jadi Pak Turut anak-anaknya?

Ini boleh diibaratkan seperti polis melepaskan penyamun setelah penyamun memaklumkan pihak polis bahawa mangsa samun itu rela dirompak. Beginikah kualiti seseorang pengarah Bank Negara?

Pegawai Bank Negara tersebut telah gagal mematuhi Garis Panduan Bank Negara sendiri di mana syarikat kad kredit kena buktikan bahawa pengadu telah melakukan penipuan ataupun sengaja melenggah-lenggahkan laporan kehilangan.

Dengan izin, “mission statement” Bank Negara termasuk ungkapan berikut:

“promoting a work culture which emphasises the highest standards of professionalism and integrity, prudence, teamwork and innovation;”

Perlakuan Encik Abu Hassan ini jelas membelakangi semua nilai murni yang terkandung dalam “mission statement” tersebut dan juga mengkhianati seruan Perdana Menteri kita di mana beliau mengkehendaki, dengan izin, “Performance Now”

Datuk Yang di-Pertua,

Baru-baru ini, Hakim Mahkamah Tinggi YA Datuk Mohamed Apandi Ali dalam kes Diana Chee lawan Citibank telah memutuskan bahawa had tertinggi Garis Panduan Bank Negara mesti dipatuhi dan sebarang percubaan syarikat kad kredit mengenepikan peruntukan garis panduan itu adalah salah di sisi undang-undang dan melanggar Akta Sistem Pembayaran 2003 yang boleh membawa denda paling tinggi RM500,000 dan tambahan denda RM1,000 sehari selagi kesalahan ini masih berterusan.

Apa yang menghairankan kita semua di sini adalah seorang Pengarah Bank Negara sendiri tidak memahami atau mematuhi Garis Panduan keluarannya sendiri dan pihak bukan daripada Bank Negara jauh lebih arif dalam perihal operasi Kad Kredit pula

Saya menyeru supaya Menteri Kewangan mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya dalam kes ini supaya kewibawaan dan kepercayaan umum terhadap institusi Bank Negara boleh dipulihkan.

Datuk Yang Di-Pertua

Outflow of Ringgit Ke Negara Asing

Dengan izin saya igin memetik satu laporan akbar The Sun yang bertarikh 2hb April 2009:

“More than RM130 million in insurance premiums flows out of the country annually under the Extended Warranty Programe (EWP) for Malaysian-made cars.

According to sources, Allianz General Insurance Company (M) Bhd, a locally registered company, is the current lead EWP insurer of Proton and Perodua cars.

The company has arranged for all co-insurers to cede 90% of risk to American-owned reinsurance company Virginia Surety Ltd.

Virginia Surety is a reinsurance company writing only extended warranty insurance registered in Labuan and premium earned here are being remitted back to the States, a source told theSun recently.

The source said a check with senior managers and directors of insurance companies showed that the EWP did not require overseas reinsurance as there is ample local expertise and acceptability in this area.

The source said that just like all Labuan-registered company, Alianz marketing/sales offices are based in Kuala Lumpur.

With a big multinational company like Alianz doing this business, the reinsurance percentage has increased to 90%. Does this make sense? What happened to local retention? An industry source asked.”

Saya berharap bahawa Bank Negara menyiasat ‘outflow of fund” kepada Negara lain untuk menjaga kepentingan Negara.

Datuk Yang di-Pertua

Saya igin merujuk kepada contoh-contoh lain mengenai dengan “outflow of fund” terhadap orang dan syarikat tertentu.

Saya telah bangkit scandal terhadap Grace Chen Oyan Yun Shai, seorang Taiwanese,  sahabat karib Menteri Pelancongan dari semasa beliau memengang jawatan Timbalan Menteri Pelangcongan pada tahun 2002 hingga kini. Semasa beliau ditukar menjadi Timbalan Menteri , personal asistantnya, bernama Ivy See, terus menyertai syarikat Daley PR yang dikawal oleh Grace Chen Oyan Yun Shai.  Daley PR ini adalah syarikat yang diberi banyak projek/kontrak mengenai dengan advertising untuk Kementerian Pelancongan di Negara China.

Saya harap Bank Negara boleh menyiasat scandal ini dari segi samada wang-wang yang diperolehi oleh Puan Grace Chen atau syarikat nomineenya seperti Daro Worldwide Sdn Bhd yang mengedali “Tourism Call Centre” untuk Kementerian Pelancongan, Venturepharm Asia Sdn Bhd untuk Kementerian Sain, Teknologi dan Innovasi dan Developtrend Sdn Bhd (Co No: 241689-W) untuk Kementerian Pertanian dari kerajaan Malaysia mengikut undang perbankan dan Exchange Control Act.  Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini bahawa Puan Grace Chen Yun Sai ini pun dilantik sebagai salah seorang pengarah di Koperasi Peikanan Sdn Bhd dan di berikan kontrak kepada syarikatnya bernama Developtrend Sdn Bhd.

Datuk Yang Di-Pertua

Puan Grace Chen ini amat berpengaruh dari segi mendapat projek dan kontrak dari Kementerian-kementerian tersebut khasnya Kementerian Pelancongan. Apa yang saya bangkit hari bukanlah mengenai dengan skandal bagaimana Puan Grace Chen Oyan Yun Shai dna/atua syarikat nomineenya boleh mendapat projek-projek tersebut sedangkan warganegara Malaysia tidak ada perluang langsung.

Datuk Yang Di-Pertua

Puan Chen Oyan Yun Shai telah menggunakan syarikat berlainan yang dikenali sebagai Developtrend Sdn Bhd (Co No: 241689-W) untuk tujuan mengeluarkan inbois.

Puan Chen Oyan Yun Shai ini mengguna Mega Rider Offshore Ltd di Hong Kong untuk mengeluarkan invoice kepada Daro Worldwide Sdn Bhd untuk Tourism Call Centre.  Selepas Daro Worldwide menerima Invoice ia akan membayar terus ke akaun bank Mega Rider Offshore Ltd di Hong Kong. Ini bermakna wang Negara kita telah di hantar keluar Negara. Ini adalah menjejaskan kepentingang Negara.

Tuan Yang di-Pertua,

Puan Chen Oyan Shun Shai ini juga mengunakan satu syarikat bernama Lucky Field Holding Ltd di Hong Kong untuk biling.

Saya berharap Bank Negara akan menyiasat perkara tersebut keranan Puan Grace Chen telah mendapat banyak wang dari kerajaan dan dihantarkan kelaur dari Negara. Saya tidak boleh terima jika wang dihantar keluar dari Malaysia tanpa membayar apa-apa services atau barang. Pembayaran wang untuk inbois palsu akan menjejaskan kepentingan Negara.

Sekian, terima kasih.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top