Parliament Questions Time, 29 June 2009

Fox Communications Sdn Bhd  appointed by way of direct negotiation to do public relations work for PDRM at RM33,250 a month  …

Soalan

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menjelaskan mengapakah syarikat perhubungan awam seperti Fox Communications Sdn Bhd perlu diupah untuk kempen hubungan awam PDRM dan adakah perbelanjaan ini bersesuaian dengan kemelesetan ekonomi kini dan berapakah kos serta jangka waktu kontrak dan adakah tender terbuka diadakan untuk mendapatkan syarikat yang paling sesuai?

Jawapan

Tuan Yang Di Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan pertanyaan.

Tuan Yang Di Pertua,

Perkhidmatan perhubungan awam PDRM memainkan peranan yang sangat penting bagi membangunkan strategi yang lebih komprehensif dalam mewujudkan sinergi di antara PDRM dan masyarakat awam.  Di samping itu, ia adalah sangat kritikal bagi memperbetulkan tanggapan negatif masyarat dan kritikan yang tidak berasas di media terhadap PDRM.

Sekiranya tindakan proaktif dan segera tidak diambil bagi menangani situasi semasa, imej PDRM sudah pastilah akan terjejas dan meruntuhkan moral (demoralized) warga PDRM.  Keadaan ini akan memberi peluang kepada penjenayah untuk bertindak dengan lebih ganas dan berleluasa sehingga mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Tuan Yang Di Pertua,

Perlantikan syarikat Fox Communication Sdn. Bhd. sebagai perunding telah dibuat secara terbuka (sebut harga).  Perlantikan ini adalah untuk tempoh enam (6) bulan atas kadar RM33,250.00 sebulan.  Pemilihan dibuat selaras dengan prinsip nilai faedah terbaik (best value for money) di mana syarikat berkenaan menepati skop kerja yang telah ditetapkan dengan kadar harga yang menguntungkan Kerajaan.

Notes:

  1. I do not understand why PDRM needs to appoint a public relation agency to do public relation job for it.
  2. The appointment of Fox Communications Sdn Bhd was by way of direct negotiation.
  3. How could it be said to be “best value for money” if there was no open tender before the appointment because there may be other companies which could do a better job with much cheaper fees than RM33,250-00 per month.
  4. I would have thought that all contracts for job of such nature should be awarded by way of open tender.

– Terjemahan oleh Lee Wee Tak – Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong –

Nota:

1. Saya tidak faham mengapakah PDRM perlu melantik syarikat perhubungan awam untuk melakukan kerja perhubungan awam untuknya.

2. Perlantikan Fox Communications Sdn Bhd hanya menerusi rundingan terus.

3. Bagaimanakah boelh dirumuskan bahawa pulangan perbelanjaan itu paling baik apabila tiada tender terbuja dan memang banyak syarikat boleh melaksanakan tugas itu dengan lebih baik dan lebih murah daripada bayaran bulanan RM33,250.

4. Saya rasa kerja seumpama ini harus diagihkan menerusi tender terbuka.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top