Majlis dialog bersama penduduk dengan IPD Sentul

Pada 06 Julai 2010 jam 8.30 malam yang lepas telah di adakan satu dialog antara penduduk-penduduk dari Jalan Langkawi bersama Ibu Pejabat Polis Sentul yang turut di hadiri Ahli Parlimen Wangsa Maju.

Dialog ini adalah atas permintaan penduduk-penduduk bagi membincangkan tahap keselamatan di kawasan mereka khususnya dan Wanga Maju amnya.

Pihak polis di wakili kesemua Jabatan yang di ketuai oleh DSP Tuan Chan Kam Seng dari cawangan khas bagi mewakili OCPD Tuan Zakaria Bin Pagan yang tidak dapat hadir dan memohon maaf di sebabkan beliau mengidapi “migraine”. Turut hadir – DSP Tuan Lee Hong Chuan (Bahagian Nakortik), DSP Tuan Nik Zainon Nik Aziz (Jenayah), ASP Tuan Rajab Ahad Ismail (Pengurusan), serta C/Insp. Azamuddin (Hal Ehwal Awam).

Turut serta ialah OCS di kedua-dua balai dalam Wangsa Maju iaitu C/Insp. Maspani dari balai polis Wangsa Maju dan C/Insp. Basuki dari balai Setapak dan juga turut hadir beberapa orang lagi pegawai penyiasat dari kedua-dua balai.

Dengan kehadiran sebegitu ramai pegawai-pegawai polis dari tiap-tiap jabatan dalam pasukan polis ini, memperlihatkan kesungguhan yang begitu tinggi dari pihak polis sendiri dalam usaha mereka untuk bersama-sama dengan masyarakat awam dalam usaha bersama bagi membenteras kegiatan jenayah di Jalan Langkawi terutamnya dan Wangsa Maju keseluruhanya.

Penduduk-penduduk yang hadir dengan di ketuai Tuan Hj Azharuddin pada keseluruhanya ternyatakan berpuas hati yang walaupun pada awal sesi dialog tersebut terdapat rasa kurang hati terhadap beberapa isu yang di bangkitkan oleh wakil-wakil penduduk.

Namun begitu dengan penjelasan yang boleh dianggap terbuka dan berterus terang dari tiap-tiap jabatan polis maka beberapa kekeliruan terhadap tugas dan tanggunggjawab polis telah terjawab.

Selaku Ahli Parlimen Wangsa Maju saya  turut berpuashati dengan kesungguhan kerjasama pihak polis pada dialog kali ini yang mana saya turut menyuarakan jumlah anggota polis pada keseluruhanya masih belum mencukupi bagi mengawal keselamatan penduduk-penduduk di kawasan Wangsa Maju ini  jika di bandingkan dengan negara-negara lain ia itu perbandingan 1 anggota polis bagi 200 orang penduduk.

Saya  turut menyatakan isu pasar malam up town turut menyumbang kepada masalah sosial dan jenayah di kawasan yang berhampiran di mana dengan beroperasi hingga lewat pagi ia itu hingga jam 3 atau 4 pagi menjadikan pasar malan ini tempat melepak remaja-remaja tanpa ada pihak yang boleh mengawal mereka.

Pada keseluruhanya dialog selama hampir 2 jam itu telah memperlihatkan kesungguhan di pihak polis dan masyarakat setempat untuk sama-sama menjaga keselamatan penduduk-penduduk. Apatah lagi dengan cara penuh mesra kedua-dua OCS dari balai Wangsa Maju dan setapak menjawab soalan-soalan yang di utarakan menjadikan majlis dialog tersebut bersifat kekeluargaan dan setiakawan.

Terima kasih pada keseluruhan pegawai-pegawai polis yang menjayakan majlis dialog ini.

Dan terima kasih juga pada wakil-wakil penduduk yang turut hadir serta pihak DBKL yang telah meminjamkan PA sistem.

Terima kasih.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top