Ganguan bekalan air di sekitar Desa Setapak disebabkan paip pecah di Batu Cave

Pusat Syabas ini akan beroperasi 24 jam untuk mengambil dan memberi maklumat mengenai masalah ganguan air
Pusat Syabas ini ditempatkan di Pusat Rukun Tetangga Desa Setapak. Pusat ini  akan beroperasi 24 jam untuk mengambil dan memberi maklumat mengenai masalah ganguan air

Updates jam 6:30 pagi 12-4-2013:  Syabas! Kepada pegawai Syabas yang berkerja dari jam 8 pagi sehingga jam 4:00 pagi untuk menghantar bekalan air ke banyak kawasan perumahan di Keramat dan Desa Setapak. Pada jam 4 pagi tadi, saya bersama pegawai-pegawai Syabas menghanatar bekalan air kepada penduduk-penduduk di kawasan  Jalan 8, 9, 10, 2o, 35 dan kawasan surau di Desa Setapak.  inilah satu gambaran yang terbaik dimana Syabas mendokong dasar “Rakyat Didahulukan” dan “Pencapaian Diutamakan”.

Penduduk-penduduk menunggu mengambil air
Penduduk-penduduk menunggu mengambil air

 

Membantu penduduk-penduduk mengambil bekalan air
Membantu penduduk-penduduk mengambil bekalan air
Membantu mengambil bekalan air bagi penduduk di kawasan Surau di Desa Setapak.
Mengambil bekalan air bagi penduduk di kawasan Surau di Desa Setapak.

Kemungkinan besar hari ini masih tiada bekalan air bagi kawasan Desa Setapak, Keramat dan lain. Walau bagaimanapun, bagi pihak penduduk-penduduk di kawasan Desa Setapak, saya  terima kasih kepada pegawai-pegawai Syabas dan Syabas juga.

Updates jam 9:50 malam 11-4-2013:  Lokasi yang Syabas telah hantar tangi air adalah AU 1, AU2 dan AU3 Keramat, Taman Sri Keramat. Masalah sekarang adalah banayak lori tangki air tersangkut atas jalan kerana kesesakan jalan. Terima kasih

Updates @ jam 9:30 malam 11-4-2013: Dua tangki air telah pergi ke kawasan Dato’ Keramat tetapi lokasinya masih tidak dapat confirm kerana banyak kawasan terlibat di Wilayah. Terima kasih

Updates @ jam 8:00 malam 11-4-2013: Tangki air telah berada di Jalan 20/27B, Seksyen 2,   Wangsa Maju. Pihak lori menghadapi kesukaran utuk masuk disebabkan kereta yang diletakan di kiri/kanan jalan. Terima kasih

Updates @ jam 6:45 petang 11-4-2013:  Syabas telah mengadakan satu Info Desk di Pusat Rukun Tertangga, Jalan 1/27B, Desa Setapak, Section 2, Wangsa Maju untuk mengambil dari dan memberi maklumat kepada penduduk-penduduk.  Syabas meminta saya untuk meminta maaf bagi pihaknya kepada penduduk-penduduk di Section 2 dan lain kerana ganguan air ini yang tidak dapat dielakkan atas sebab piap pecah di Batu Cave. Kerja-kerja membaiki tidak dapat dilaksanakan sekarang kerana hujan lebat. Mereka akan meneruskan kerja-kerja dengan secepat mungkin.

Saya juga dimaklumkan bahawa lori tangki Syabas telah keluar sekarang. Updates akan dinaikkan disini dengan secapat mungkin selepas saya mendapat maklumat-maklumat terbaru. Terima kasih  

——————————————————————————————————–

Pihak kami mendapat aduan daripada penduduk-penduduk yang menyatakan berlaku gangguan bekalan air bermula pagi tadi di Sek. 2, Desa Setapak, Wangsa Maju.

Pihak kami telah menghubungi pihak Syabas Wilayah Gombak dan di maklumkan bahawa masalah tersebut berpunca daripada paip utama (2000 mm) pecah di Batu Cave, Selayang, yang turut melibat lain-lain kawasan di Kuala Lumpur, seperti Gombak, Keramat dan Chears.

Pihak Syabas menyatakan bahawa kerja-kerja baik pulih sedang dilakukan dan dijangkakan akan siap lewat malam ini, walaubagaimana pun pihak kami dimaklumkan bahawa bekalan air akan pulih secara beransur-ansur dan hanya akan pulih sepenuhnya dalam masa dua atau tiga hari ini.

Bagi mengatasi masalah tersebut pihak Syabas akan menghantar lori-lori tanker ke kawasan yang terjejas bermula lewat petang ini, lebih kurang jam 7.00-8.00 malam, kelewatan ini disebabkan kawasan yang terlibat adalah luas jadinya pihak Syabas sedang mendapatkan bantuan lori-lori tanker dari wilayah lain iaitu dari Sabak Bernam. Namun begitu pihak kami telah meminta supaya penghantaran lori tanker tersebut boleh  disegerakan supaya penduduk-penduduk boleh mendapat bekalan air bagi kegunaan mereka.

Selain daripada itu pihak Syabas juga dimaklumkan akan membuka “pusat maklumat” di kawasan perumahan di Sek 2, Wangsa Maju iaitu berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Desa Setapak bagi mendapatkan maklumat daripada penduduk-penduduk supaya memudahkan penghantaran bekalan air ke kawasan yang terjejas dengan lebih cepat dan berkesan.

Pihak kami memohon maaf kepada semua penduduk-penduduk yang terlibat diatas segala kesulitan. Kami akan melapurkan perkembangan terbaru apabila mendapat maklumat lanjut daripada pihak Syabas. Sekiranya ada sebarang masalah penduduk-penduduk boleh menghubungi kami di no 03 41433322 atau 012 2186929.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top