Ganguan air di sekitar Desa Setapak & Seksyen 2 Wangsa Maju

Syabas menghantar bekalan air kepada penduduk-penduduk di Jalan 20/27B
Syabas menghantar bekalan air kepada penduduk-penduduk di Jalan 20/27B

Updates @ 12:30 petang 15-4-2013: Alhamdulilah! Bersyukurlah kita semua kerana paip pecah di Batu Cave telah dibaik pulihkan dengan sempurna. Saya telah dapat pengesahan dari penuduk-penduduk di kawasan-kawasan Desa Setapak, Danau Kota Flats off Jalan Genting Kelang, Taman Keramat Permai di Keramat dan Tiara Ampang di Ampang bahawa mereka telah dapat bekalan air seperti biasa. Saya juga telah dapat pengesahan yang sama dari Syabas. Terima kasih Syabas khasnay pegawai-pegawai yang terlibat kerana mereka melaksanakan dengan baik dasar YAB Datuk Seri Najib: “Rakyat Didahulukan” & “Pencaipaiain Diutamakan”.  

Walaubagaimnapun, saya berharap Syabas dapat membuat routine check dan sediakan lebih banyak tangi air supaya keadaan demikian dapat dielakkan. Sekian, terima kasih. 

Updates @ 2:30 pagi 15-4-2013:  Syabas telah menghantar 4 tangki air malam tadi ke kawasan Jalan 20/27B Desa Setapak.  Syabas akan menghantar 1 tangki air lagi ke kawasan Jalan 8/27B Desa Setapak  pada jam 3 pagi sebentar lagi dan jika masih tidak mencukupi Syabas akan menghantar tangi air sampai semua penduduk-penduduk di kawasan tersebut dapat bekalan air yang mencukupi. Terima kasih Syabas.

Syabas menghantar bekalan kepada penduduk-penduduk di kawasan Jln 20/27B Desa Setapak
Syabas menghantar bekalan kepada penduduk-penduduk di kawasan Jalan 20/27B Desa Setapak

Updates @ 9:10 malam 14-4-2013:  Syabas bersetuju untuk menghantar 2 tangki air lagi ke Desa Setapak lebih kurang jam 10 malam ini. 1 tangki air akan ditempatkan di kawasan berhampiran Surau Desa Setapak dan 1 lagi berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Setapak.

Saya telah buat satu aduan kepada Syabas bahawa Flat Danau Kota off Jalan Genting Kelang juga tiada bekalan air hari ini. Saya mengesahkan dengan beberapa pududuk dan mereka menyatakan beklan air tiada masalah sekaranag. Walaubagaimanapun, Syabas akan menghantar satu tangki air ke Flat Danau Kota dengan secepat mungkin.

Terima kasih  kepada Syabas kerana memahami keperluan rakyat. Syabas! “Rakyat Didahulukan” & ‘Pencapaian Diutamakan”.    

Updates @ 7:15 malam 14-4-2013:  Syabas telah hantar dua tangki air ke kawasan Jalan 9 / 10 dan dua ke kawasan Surau Desa Setapak petang ini. Saya dimaklumkan Syabas akan menghantar satu tangki air lagi ke Surau Desa Setapak pada lebih kurang jam 8 malam ini. Sekian, terima kasih.

___________________________________________________________

Maklumat terkini yang kami terima daripada pihak Syabas Wilayah Gombak dimana kerja-kerja baik pulih paip pecah tersebut masih berjalan dan dimaklumkan 90% telah pun siap dan dijangkakan akan siap sepenuhnya jam 6.00 petang ini.

Pihak kami dimaklumkan bahawa kelewatan ini tidak dapat dielakkan disebabkan berlakunya hakisan tebing yang menyukarkan jentera-jentera yang digunakan untuk masuk bagi melakukan kerja-kerja baik pulih tersebut, tidak seperti jangkaan awal dijangka siap pada lewat malam semalam.

Selain daripada itu jadual penghantaran lori-lori tangki kepada penduduk di Desa Setapak akan diteruskan lagi hari ini, dimana sekarang ini pihak Syabas dalam proses untuk membuat penghantaran lori tangki ke Desa Setapak, dijangkakan akan mengambil masa 1 jam lebih dari sekarang sekiranya tidak menghadapi kesesakkan jalan raya.

Pihak kami akan melapurkan perkembangan seterusnya apabila mendapat maklumat terkini daripada pihak Syabas. Sekiranya ada sebarang masalah penduduk-penduduk bolehlah menghubungi kami di no 03 41433322 atau 012 2186929.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top