Parliament Questions Time, 30 June 2010

Perdana Menteri, bagaimana polisi 1Malaysia hendak dicapai di Mahkamah Rendah Kuala Lumpur…?

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat

Soalan No. 32

Tuan YB Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta  Perdana Menteri menyatakan bagaimana polisi 1Malaysia hendak dicapai di Mahkamah Rendah Kuala Lumpur di mana kesemua 22 majistretnya adalah Melayu, manakala dari 23 Hakim di Mahkamah Sesyen kesemuanya Melayu, kecuali 3 orang berketurunan India dan juga memberi jumlah mengikut komposisi kaum bagi Majistret-majistret dan Hakim-hakim Mahkamah Sesyen di seluruh negara sehingga 6 Jun 2010.

Jawapan YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang DiPertua,

Setakat 6 Jun 2010, jumlah Majistret di seluruh negara adalah seramai 173 orang yang mana seramai 157 orang adalah berketurunan Melayu, 7 orang berketurunan Cina, 1 orang berketurunan India dan seramai 8 orang dari kalangan peribumi di Sabah dan Sarawak. Pecahan komposisi majistret mengikut kaum adalah seperti di Lampiran A.

Bagi Mahkamah Sesyen pula, jumlah keseluruhan Hakim Mahkamah Sesyen adalah seramai 120 orang yang mana 104 orang adalah berketurunan Melayu, 2 orang berketurunan Cina, 4 orang berketurunan India, 1 orang berketurunan Singh dan 9 orang lagi adalah merupakan kaum peribumi dari Sabah dan Sarawak. Pecahan komposisi majistret mengikut kaum adalah seperti di Lampiran B.

Manakala di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pula, jumlah keseluruhan Majistret adalah seramai 21 orang dan kesemuanya adalah berketurunan Melayu. Sementara itu, jumlah Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur adalah seramai 22 orang yang mana 3 daripadanya adalah berketurunan India.

Permohonan pekerjaaan untuk menyertai Badan Kehakiman adalah terbuka kepada semua tanpa mengira kaum, bangsa dan keturunan. Badan Kehakiman tidak pernah sama sekali mengamalkan sikap diskriminasi terhadap mana-mana kaum termasuklah kaum bukan Melayu terutamanya dari segi peluang pekerjaan dengan syarat pemohon mestilah mempunyai kelayakan yang secukupnya.

Sekian. Terima kasih.

Lampiran A
Melayu: 157
Cina    : 7
India   : 1
Singh  : 0
Sabah & Sarawak: 8
JUMLAH 173

Lampiran B
Melayu: 104
Cina    : 2
India   : 4
Singh  : 1
Sabah & Sarawak: 9
JUMLAH 120

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 694

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top