The excerpt of the speech of yours truly in Parliament on 20 June 2012 on how MAS was Raped, the ‘Anakkonda” and about the then “Bina Tak Fikir” morons in Khazanah.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan di sini di mana penyataan- penyataan untuk jawab lisan yang kita bentangkan di Parlimen, boleh dikatakan kebanyakan soalan-soalan Ahli-ahli Parlimen yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini, soalan kita mengenai dengan isu (a) tetapi kementerian menjawab isu yang lain. Tidak jawab dengan terus-terang. Belok sini, belok sana. Putar belit. Inikah kerajaan kita sekarang? Saya harap kementerian ambil beratlah khasnya Kementerian Kewangan. Timbalan Menteri ada di sini. Soalan mengenai Bina Fikir Sdn. Bhd, satu firma konsultan. Memanglah dia dulu dimiliki oleh Tan Sri Azman Mokhtar, Ketua Khazanah sekarang dan juga Mohammed Rashdan Mohd Yusof. Timbalan Group CEO di MAS. Jadi dia tidak berani hendak memberitahu konsultan CV. Katanya kerahsiaan. Non disclosure. Rahsia apa?
Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sudah tahu. Rakan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tahu. Buat janji di dalam Dewan ini kata hendak beritahu. Janji di dalam Parlimen hendak beritahu kos konsultasi fi ini berapa untuk projek WAU untuk MAS pada tahun 2003? Akan tetapi sampai sesi Parlimen hari ini, masih tidak mampu hendak maklum kepada Dewan. Akan tetapi adalah saya dengar-dengar ada sumber kata finya adalah RM1.67 juta sahaja. Itu autalah. Itu mana boleh terima. Itu semua satu kekeliruan, satu pembohongan. Konsultasi fi itu memang mereka pecahkan masuk komisen dan sebagainya. Yang satu tahunya konsultasi fi Bina Fikir
DR 20.6.2012 77
pada masa itu adalah 20% daripada semua dana MAS pada masa itu. Berbilion-bilion ringgit dana MAS pada masa itu termasuk kapal terbang, termasuk LSG, MAS Catering, semua ini.
Jadi, janganlah hendak bohong lagi. Jangan buat pura-pura tidak tahu dan saya juga hendak bangkitkan di sini bahawa baru-baru ini kita boleh nampak soal MAS dengan AirAsia share swap ini, saya tidak mahu bangkitkan sudah di sini tetapi saya tengoklah saham ini atau share swap ini telah direverse oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasihlah ambil tindakan yang baik sekali tetapi syarikat MAS telah dijejaskan oleh share swap ini. Kita boleh baca dalam surat khabar baru-baru ini kelmarin dan dua tiga hari dahulu di mana Tan Sri Tony Fernandes, CEO AirAsia menyatakan “kalau share swap itu dilangsungkan dan diteruskan, dia dan rakannya, Datuk Kamaruddin Meranun ini boleh membaik pulihkan MAS dan boleh menyelamatkan MAS, turn around MAS”. This is the joke of century. Satu untuk bahan ketawa padahalnya share swap ini untuk mereka cannibalize harta-harta MAS.
Kita boleh nampak. Selepas share swap apa berlaku? Yang pertama, tindakan apa? Hancurkan FireFly Jet Services. Berhentikan jet services supaya FireFly tidak boleh terbang daripada Johor Bahru ke Kota Kinabalu, ke Kuching dan ke antarabangsa sedangkan FireFly telah membeli kalau tidak salah lima atau enam jet untuk bersaing kepada semua airline termasuk AirAsia tetapi FireFly telah diancam.
■1620
Apakah Tan Sri Tony Fernandes ini bercakap selepas share swap itu ditandatangani oleh rakan dia, Tan Sri Azman Mokhtar, Ketua Khazanah? Selepas itu, “I got MAS under my armpit”, dengan izin. Wah, angkuh tidak? Penyamun negara ini, perompak negara ini boleh cakap begitu dan banyak lagi. Letakkan anak buah dia, Rozman Omar sebagai CFO MAS, Azhari Dahlan sebagai MAS Engineering.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Bangun]
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Rakan saya Yang Berhormat Pasir Salak, saya tahu dia sokong AirAsia, dia sokong Tan Sri Fernandez. Silakan Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju dan juga terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang sokong AirAsia dahulu sebab dia memperlihatkan satu kebolehan seorang berbangsa Malaysia, seorang usahawan dari no way dan entah daripada mana-mana boleh menjayakan satu perusahaan yang begitu berjaya sekali dalam bidang industri penerbangan. Harapan saya dia akan menjadi contoh yang baik kepada usahawan-usahawan yang lain.
Akan tetapi kebelakangan ini saya merasa agak dukacita melihatkan perubahan dari sikap beliau yang menunjukkan keangkuhannya apabila saya mendengar kenyataan yang dibuat oleh beliau di kaca televisyen mengugut kerajaan berhubung dengan Terminal LCCT. Dia dengan begitu berani sekali dan begitu lantang sekali menyatakan beliau tidak akan bekerjasama dengan Malaysia Airport Berhad sebagai pemaju LCCT dan mendakwa bahawa beliau tidak dirundingi
DR 20.6.2012 78
untuk projek ini dijayakan. Itu satu perkara. Dia ingat ini perkara kecil kah? LCCT ini dengan izin,
involve a lot of money, billion of ringgit. He can’t just say like that, “Go to hell with LCCT”. Who is he? Dengan izin. Itu satu.
Keduanya, sedikit lagi, dia juga membuat kenyataan katanya dia hendak membuka dia punya pusat, hab dia di Jakarta, Indonesia. Ini memberikan mesej bahawa dengan izin, he’s leaving Kuala Lumpur, he’s leaving Malaysia. Why? He wants to be Indonesian citizen? What? Dengan izin, where he come from? From a club, musical club, musician out of no way. Now became somebody. Sudah tidak sedar diri? Inilah dianya. Jadi saya tidak sokong lagilah.
Nombor dua, last sekali Yang Berhormat, I think we can urge the government, kita boleh mengesyorkan kepada kerajaan…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Wangsa Maju, masa 20 minit Yang Berhormat ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Mengesyorkan kepada kerajaan – How about you? You agree or not Yang Berhormat Wangsa Maju? Let give one more license, beri satu lagi lesen kepada satu syarikat yang boleh mengendalikan penerbangan tambang murah ini. Dia ingat dia seorang sahajakah yang boleh buat? Orang lain pun boleh.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Sedikit sahaja Yang Berhormat Wangsa Maju. Lipis.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Pertama kali saya boleh bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak. He is a convert. Terima kasihlah…
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Yang Berhormat Wangsa Maju, Lipis sedikit sahaja.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Memang saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak di mana kerajaan perlu keluar satu lesen lagi supaya biar ada satu lagi persaingan dalam low cost carrier ini. Apa Yang Berhormat Pasir Salak cakap beliau setuju kerana usahawan Malaysia Tony Fernandez ini, my foot usahawan Malaysia ini, dia dapat jadi satu syarikat daripada dua kapal terbang – dia sentiasa cakap besar, omong kosong bahawa dia daripada dua kapal terbang akhirnya jadi 100. Kerana apa? Kerana dapat bantuan daripada kerajaan. Bukan oleh kerana dia sendiri.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Okey, Lipis.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Seperti RAS. No, kerana tidak ada masa.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Sedikit sahaja, hendak tanya ini.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Rural Air Services. Dia ambil daripada MAS pada tahun 1997. Kerajaan kasi juga. Terus memberi RM250 juta kepada mereka untuk dua tahun. Dalam setahun sudah lingkup, sudah banyak masalah di Sabah dan Sarawak. Sahabat-
DR 20.6.2012 79
sahabat di Sabah dan Sarawak di sini pun tahu. Sampai Ahli Parlimen pun bangkit dalam Parlimen di sini termasuk Tuan Yang di-Pertua saya difahamkan.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Tidak bagi ya?
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Kota Belud mungkin tidak adalah. Dia ada sahabat karib dia di atas itu, kawan dia.
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: [Bangun]
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Maaf Yang Berhormat Kita Belud sebab tidak ada masa. RM250 juta dikasi. Dalam setahun, berhenti. Tujuh kapal terbang sudah rosak dan satu untuk cannibalization, dia punya specialize Tony Fernandes ini, untuk cabut spare part untuk baiki kapal terbang. Inikah seorang usahawan Malaysia? What rubbish. Semuanya hype dalam surat khabar, memainkan dalam surat khabar.
Baru-baru ini cakap KLIA2. Siapa yang minta KLIA2? KLIA2 ini diminta oleh Tan Sri Tony Fernandez dan Jerry, AirAsia, dan kerajaan rela buat. Jangan kata LCCT. LCCT buat tiga kali. Pertama kali RM125 juta. Kedua RM100 juta lebih juga renovation. Ketiga kali, semua lebih daripada RM300 juta. LCCT seperti warehouse ini oleh Syarikat Fajar Baru daripada Rembau. Itu terlampau mahal. RM300 juta untuk LCCT.
Sekarang kerajaan rela bantu pula bina KLIA2 untuk AirAsia tetapi dia tidak cukup duit. RM3 bilion kalau tidak salah, atau pun amat besar. Sebentar dia hendak aero bridge, sebentar dia tidak mahu aero bridge. Sebentar dia hendak ini, dia hendak itu. Di mana lagi di dunia ini kerajaan sentiasa mematuhi, hendak menurut? Saya harap sudah sampai masa di mana kerajaan kita jangan tunduk kepala lagi. Kalau mereka hendak pergi ke Jakarta, silakan. Please go as soon as possible supaya kita tidak ada masalah dalam negara kita lagi oleh penyamun ini, penyamun negara, perompak negara ini. Dahulu seperti ular lidi sahaja. Dapat bantuan, jadi ular sawa. Putar belit, boleh telan. Sekarang saya dengar…
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dia jadi naga sekarang.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya dengar sekarang sudah jadi anakonda. Sekarang kita kena ambil tindakan. Semua airport tax yang di hutang oleh AirAsia ambil tindakan. Bayar dengan segera. Kalau tidak, berhentikan semua kemudahan untuk mereka atau pun stop semua. Mereka tidak boleh land dalam Malaysia. Sila pergi ke Jakarta. Saya hendak tengok, hendak lihat di Jakarta sama ada beliau boleh dapat kemudahan di mana AirAsia boleh berhutang airport tax RM125 juta pada sesuatu masa untuk berpuluh-puluh tahun.
■1630
Ever since his debt in this corporation dan selepas itu bayar dapat 30% diskaun. Itu kerana apa, kerana bantuan. Pada masa itulah daripada 2003 itu sampai 2009, itulah pada masa itu dapat banyak bantuan daripada kerajaan Yang Amat Berhormat Tun Abdullah dan juga bukannya dapat dana RM250 juta sahaja. Kerajaan pada masa itu juga keluarkan satu dasar yang baru. Apa, air rationalization policy.
DR 20.6.2012 80
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: 15 saat Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat ada satu minit Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Kota Belud, saya ingat tak payahlah itu Yang Berhormat Kota Belud. Satu minit.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Dan pada masa itu, bawah air rationalization policy ini, 90 route daripada MAS diberi kepada AirAsia. Sebab itulah jadi boleh cakap besar, omong besar sekarang seperti seorang anakonda. Ini bukan saya cakap, mereka yang cakap. Kawan-kawan saya yang cakap dan kedua, sekarang kerajaan kita jadi hamba kepada dia. Apa ini? Apa kerajaan ini? Kerajaan kita kena cakap dengan dia, kalau you hendak you pindah kepada KLIA2 kalau tidak kita akan tutup LCCT pada masa yang sesuai. Dia hendak atau tidak itu masalah mereka dan yang penting sekarang, MAB jangan jadi takut kepada Air Asia. Jangan sebagai seorang anak tiri, sebab sekarang kerajaan pun tak sama.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, masa dah habis Yang Berhormat. Masa dah habis.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, saya gulung dalam beberapa saat Tuan Yang di-Pertua. Saya harap kementerian khasnya Kementerian Kewangan ambil tindakan dengan segera terhadap perkara ini. Jangan jadi dianaktirikan oleh satu syarikat kucing kurap ini. Business modelnya yang sentiasa bohong. Dia gunakan banyak surat khabar memainkan berita sahaja. Ini tak sihat. Kita hendak genuine businessman dalam negara kita. Kerajaan perlu bantu genuine businessman bukan seorang anakonda ini. Saya harap ambil tindakan dengan segera dan juga MAB jangan takut. Kalau mereka tak bayar apa-apa cukai ataupun apa-apa kemudahan di LCCT atau KLIA II yang akan datang, ambil tindakan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik, Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Berhentikan semua kemudahan kalau dia tidak bayar.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Wangsa Maju, masa dah habis ya.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Semua. Ular lidi, ular sawa, ular anakonda semua dah kena marah Yang Berhormat, tak apalah.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No, ini memang betul pun Tuan Yang di-Pertua.
For the full speech 20 June 2012 (original posting), HERE. The article on Airbus bribery scandal: Now Everyone Can Bribe Directors of AirAsia