Hari ini saya telah dijemput oleh pihak Tokong Poling Kong di Danau Kota Wangsa Maju untuk bersama-sama dalam majlis sumbangan kepada warga emas dan masyarakat kurang upaya (OKU).
Walaupun terpaksa datang dari Parlimen tetapi saya amat berbesar hati kerana dijemput memandangkan majlis tersebut diadakan khas kepada warga tua dan mereka-mereka yang kurang upaya. Jarang sekali majlis yang sedemikian rupa diadakan apatah lagi dianjurkan oleh pihak Tokong.
Saya dimaklumkan bahawa pihak Tokong telah berjaya mengumpulkan hampir 1,000 orang warga emas dan kurang upaya di kawasan wangsa maju dan lain-lain kawasan seperti Kg Pandan, Cheras, Kepong dan lain-lain kawasan. Mereka akan menerima sumbangan “Ang Pow” dan makanan seperti beras, minyak, susu, biskut, makana dalam tin serta mee segera yang telah disediakan pihak Tokong.
Apa yng lebih membanggakan saya ialah majlis ini telah dijadikan sebagai acara tahunan dimana sumbangan tersebut bukan sahaja kepada kepada warga emas dari mayarakat Tionghua sahaja tetapi juga dari lain-lain warga emas dan kurang upaya dari masyarakat Melayu dan India.
Penghargaan dan tahniah juga saya ucapkan kepada pihak Tokong yang telah memainkan peranan yang amat besar ertinya terutamanya kepada golongan wagra emas, walaupun Tokong ini agak kecil jika dibandingkan dengan lain-lain Tokong tetapi mereka amat prehatin dengan nasib warga emas yang sentiasa memerlukan sokongan dan perhatian semua anggota masyarakat.
Kepada pihak Kementerian Wanita, terutamanya Jabatan kebajikan Masyarakat usaha-usaha yang sebegini haruslah diberikan agar penglibatan semua pihak dalam usaha membantu golongan warga emas dan kurang upaya dapat dipertingkatkan lagi. Justeru itu saya merasakan sudah sampai masanya pihak Kementerian mengkaji semula jumlah bantuan warga emas serendah RM 80.00 dikaji semula memandangkan kos barangan keperluan yang terus meningkat dan juga bagi menepati slogan “Warga Emas Di Dahulukan”. Jumlah RM 80.00 itu mungkin sesuai untuk jangka masa 20 tahun yang lepas.
Melihat kepada suasana sambutan yang diterima dari warga emas yang sebegitu ramai maka amat jelas kepada saya bahawa warga emas tiada batasan sempadan kaum dan agama. Yang jelas kita semua akan merasai apabila sampai masanya apa yang penting ialah gambaran “kasih sayang yang sebenar”.
Terima kasih sekali lagi kepada pihak Tokong yang telah berjaya mengadakan majlis pada hari ini dan tidak lupa juga kepada semua pihak samada mereka-mereka yang sudi memberikan sumbangan mahupun kepada petugas-petugas yang tidak jemu-jemu melayan mesra semua warga emas tersebut.