Wangsa Maju diistiharkan sebagai “Hub Kesenian & Kebudayaan” oleh YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim

YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Hari (19-02-2011) ini saya dijemput hadir oleh Menteri Kanan, YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, ke “Majlis Merakyatkan Seni Budaya” di Kg Puah Lembah, Kawasan Parlimen Wangsa Maju, di mana kali ini majlis tersebut telah disempurnakan oleh beliau selaku penganjur kepada majlis tersebut.

Beliau menyatakan bahawa di Ibu kota ada “China Town” di Jalan Petaling dan “Little India” di Brickfield and sekarang “Little Melayu” di Kg Tradisi di Wangsa Maju. Saya menyokong penuh dengan kenyataan ini kearah “1Malaysia” dan “Rakyat Didahulukan”.

Kg Puah Lembah adalah sebahagian daripada 7 buah Kg tradisi iaitu Kg Puah, Kg Puah Seberang, Kg Sungai Merali, Kg Bandar Dalam, Kg Chubadak, Kg Padang Balang dan Kg Sungai Mulia yang masih kekal di pinggir bandaraya Kuala Lumpur yang masih mengekalkan ciri-ciri adat budaya perkampungan tradisional walaupun dikelilingi dengan pembangunan moden.

Dalam ucapan ringkas saya, saya sekali lagi menyatakan bahawa pihak kerajaan melalui kenyataan YB Senator Menteri Dato’ Raja Nong Chik dalam  persidangan parlimen pada Disember 2008  telah bersetuju supaya Kg tersebut bersama-sama dengan 6 lagi kg Tradisi di kekalkan sebagai Kg-Kg Tradisi.

Saya turut menyatakan rasa terima kasih saya bagi pihak penduduk-penduduk 7 Kg Tradisi tersebut kepada pihak Kerajaan khasnya yang telah bersetuju mengekalkan Kg-Kg ini sebagai Kg Tradisi.

Dan saya juga menyatakan bahawa dengan kesudian pula YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim datang ke Kg Puah Lembah ini adalah merupakan satu “endorsement” sekali lagi pihak kerajaan untuk mengekalkan Kg-Kg ini sebagai Kg Tradisi dengan mengumumkan kg Kg tradisi ini dijadikan pusat seni dan budaya.

Beliau turut mengumumkan peruntukkan RM5,000 kepada JKK kg bagi mengerakan aktiviti-aktiviti kebudaya di kg kg tersebut dan RM150,000 untuk membina satu pentas untuk kegiatan seni dan budaya. Dan YB Menteri turut mengumumkan Kg Tadisi tersebut akan dijadikan “HUB KESENIAN dan KEBUDAYAAN” di ibu kota.

Disini saya ingin mengucapkan rasa terima kasih saya kepada pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara yang telah berjaya menganjurkan program pada hari ini dan tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai DBKL di Pejabat Cawangan Wangsa Maju yang telah banyak membantu menjayakan program tersebut terutamanya dalam kerja-kerja penyediaan tapak majlis demi  menjamin kelancaran program tersebut. Kesudian pihak DBKL dalam menyumbang 2 ekor lembu untuk majlis hari ini juga amat lah  saya hargai.  Saya percaya bahawa jika tiada kerjasama daripada pegawai-pegawai DBKL tersebut dan penduduk-penduduk dari 7 Kg Tradisi tersebut maka sudah tentu program hari ini tidak akan berlansung dengan lancarnya.

Sekali lagi, saya sebagai tuan rumah mengucaplan termia kasih kepada Menteri Kanan, YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kerana sudi melawat dan melancarkan “Majlis Merakyatkan Seni Budaya” di kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Saya amat berharap bahawa selepas ini program-program menaik taraf Kg Tradisi tersebut akan dilaksanakan dengan secapat mungkin dan seterusnya mengzahirkan hasrat murni Yb Menteri untuk menjadikan “HUB KESENIAN dan KEBUDAYAAN”.

Pada 10 Oktober 2010 saya juga di jemput oleh Ustaz Chegu Ishak Sudin menghadiri majlis sambutan ke 150 Tahun Kg Bandar Dalam, Gombak, HERE, dalam Kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top