Tindakan Suruhanjaya Sekuriti mengugut wartawan amat tidak beretika dan tidak boleh di terima umum

Tuan Yang Di-Pertua,

Kita semua maklum bahawa siri siasatan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang agak ganas dan keras keatas EMPAT orang ‘business reporter’ (dengan izin) berhubung laporan akhbar berkenaan penjualan saham Kenmark Industrial Co (M) Bhd.

Nampak nyata dalam isu penyiasatan yang di-anggap terlampau ini, Suruhanjaya Sekuriti telah melampaui batas dan menyalahgunakan Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 khususnya Seksyen 134 dan cuba menakut dan mengancam wartawan professional daripada menjalankan tugas mereka tanpa sebarang gangguan. Timbul juga persoalan, kenapa SC bertindak sebagai samseng dan menidakkan hak wartawan-wartawan terbabit.

Tuan Yang Di Pertua,

Dewan Yang Mulia ini harus dimaklumkan bahawa bidang kuasa SC adalah untuk mengatur dan memantau pasaran modal serta menyiasat salahlaku dan penyelewengan syarikat-syarikat awam , tetapi dalam kes Kenmark ini SC di-lihat bertindak sebagai ‘pengganas’.

Wartawan-wartawan yang di-kasari dan di-gertak SC dalam siasatan yang kini di-persoalkan ramai ialah:-

1) Cik B.K. Sidhu, ‘business journalist’ dari akhbar The Star yang di-soal-siasat selama LAPAN jam tanpa henti pada hari Rabu, 23 June 2010. Tindakan SC ini adalah sesuatu yang amat memalukan dan tidak pernah berlaku Malaysia sebelum ini.

2) Encik Azlan Abu Bakar, dari akhbar Business Times. Beliau di-soal-siasat sehari selepas Cik B.K.Sidhu.

3) Cik Dalila Abu Bakar dan Encik Ishun P. Ahmad, dari akhbar The Malaysian Reserve yang di-soal siasat secara kasar pada hari Isnin 28 June 2010.

Tindakan SC mengugut wartawan ini adalah amat tidak beretika dan tidak boleh di terima umum.

Tuan Yang DiPertua,

Saya rasa Dewan Yang Mulia ini harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memperbetulkan kepincangan ini.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Yang Berbahagia Tan Sri Zarinah Anwar harus bertanggungjawab ke-atas siasatan melampau dan tindakan mengugut wartawan.

Adalah jelas bahawa SC di-bawah seliaan Yang Berbahagia Tan Sri Zarinah Anwar telah hilang kawalan dan kepercayaan umum, dan berdasarkan isu terbaru ini saya mencadangkan agar Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu-isu SC yang amat  kontroversi.

Isu-isu tersebut ialah :-

  1. Pengambilalihan syarikat kerajaan Avenue Capital yang bernilai RM800 juta oleh syarikat yang lebih kecil yang bernilai RM200 juta pada pertengahan 2006 dan selesai dengan dalam masa yang singkat.
  2. Kes syarikat MyEG Services Bhd, salah sebuah syarikat dalam konsortium syarikat yang merupakan pemberi perkhidmatan (service provider) “online”  untuk perkhidmatan kaunter Kerajaan Malaysia, yang dibantu oleh seorang warga Singapura, Ong Soon Kiat yang telah mengaku salah di bawah Seksyen 97 (1) Akta Industri Sekuriti Singapura yang pada tahun 1999 menjadi pemegang saham aktif dan Pegawai Ketua Eksekutif Paxelent Corporation Bhd.
  3. Penyenaraian syarikat Tat Sang Berhad dari Johor yang mana mengalami kerugian pada tahun pertama sebagai syarikat tersenarai di Bursa padahal prospectus syarikat yang dikeluarkan sebelum senarai member petunjuk syraikat sebagai syarikat yang untung.
  4. Suami Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Dato Azizan Abdul Rahman terlibat dalam pengstrukturan semula TSH Resources Bhd yang akhirnya memegang saham 67% dalam Ekowood Berhad yang mana Tabung Haji memegang saham sebanyak 7%. Dato Azizan mempunyai hubungan perniagaan dengan Dato Kalimullah yang kemudiannya menerima pelbagai pelepasan dalam pengambilalihan Avenue oleh ECM Libra.
  5. Penglibatan suami Pengerusi SC, Dato Azizan Abdul Rahman dalam pengstrukturan semula, tawaran saham hak dan tawaran saham istimewa untuk mendapatkan penyenaraian semula TENCO BHD sebagai Nagamas International Bhd menurut Practice Note 17 oleh SC pada September 2007.
  6. Menarik status penyenaraian dengan cepat untuk Isyoda Bhd yang ada hubungan dengan projek Hospital Shah Alam dan dipercayai ada hubungan rapat dengan suami Pengerusi SC, Tan Sri Zarinah Anwar iaitu Dato Azizan Abdul Rahman.
  7. Penyenaraian Lityan Berhad pada awal tahun 2010 apabila SC meluluskan 1 juta saham untuk ditawarkan kepada Datuk Ismee Ismail, Pegawai Eksekutif Kewangan Tabung Haji,dan bukan kepada Tabung Haji sendiri.

Saya dengan ini memohon agar Dewan Yang Mulia ini harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memperbetulkan kepincangan ini berkenaan SC yang telah lari dari lunas tanggungjawab dan melakukan berikut dalam siasatan secara kasar baru-baru ini:

1. SC telah menyalahgunakan Akta Peseruhanjaya Sekuriti 1993 dengan menginvokasi Seksyen 134.

2. PIhak SC bersikap memilih-milih dalam penyiasatan yang merujuk kepada Kenmark dan Datuk Ishak Ismail.

3. Pihak SC tidak konsisten dan didapati cuai dalam penyiastaan dalam amalan-amalan salahguna kuasa oleh individu atau syarikat tersenarai dalam manipulasi pasaran (market-rigging).

4. Pihak SC tidak efisyen dalam tanggungjawab fidusiari dalam mengawalselia dan memantau hal ehwal dan syarikat tersenarai itu sendiri.

5. Pihak SC menyedari beberapa kes percanggahan kepentingan (“conflict of interests”) tetapi gagal memngambil tindakan selanjut.

6. Pihak SC telah cuai dalam menjaga kepentingan pelabur dari kalangan awam dan ini menyebabkan Bursa Saham Malaysia mengalami kejatuhan reputasi.

Terima kasih.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top