Teks Ucapan Belanjawan Bajet 2011- “Please do not leave bananas to the monkies”

Teks ucapan Belanjawan Bajet 2010 oleh YB Wee Choo Keong,
Ahli Parlimen Wangsa Maju pada Oktober 2010

Datuk Yang DiPertua

Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian untuk membahas Rang Undang2 Pembekalan 2011 YAB PM bertemakan Bajet 2011 “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi” dan ini akan menumpu kepada empat strategi utama berikut:

  1. Mendaya Kembali Pelaburan Swasta;
  2. Membangunkan Modal Insan;
  3. Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan
  4. Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam.

Polisi yang telah disampaikan oleh YAB PM tampak baru dan perlu disokong oleh semua rakyat Malaysia, dengan syarat kerajaan telah mematuhi keempat-empat strategi dan polisi-polisi lain seperti yang disampaikan oleh YAB PM dalam ucapannya di Parlimen pada 15-10-2010.

Datuk Yang DiPertua,

Sistem penyampaian dalam kerajaan adalah gagal sekiranya kita melihat bagaimana cara pegawai-pegawai EPU, Jabatan Perdana Menteri melayan soalan-soalan daripada ahli-ahli Parlimen. Daripada pengalaman saya sendiri, soalan yang dikemukakan oleh saya pada 14-10-2010 tidak dijawab dalam masa yang ditetapkan walaupun Timbalan Speaker telah menasihatkan pegawai yang berkenaan sebanyak dua kali untuk menyediakan jawapan serta-merta. Tetapi malangnya arahan Timbalan Speaker itu tidak diendahkan. Pegawai dari Jabatan Perdana Menteri berkenaan telah menghina Parlimen. Para pegawai kerajaan perlu memahami bahawa Parlimen adalah kuasa tertinggi, di mana ahli-ahli Parlimen memainkan peranan penting untuk sekat dan imbangan, iaitu untuk mentahafus (meneliti) prestasi kerajaan melalui prosiding Parlimen. Sekiranya beginilah kaedah Sistem Penyampaian yang YAB PM maksudkan dalam Strategi Utama (No. 4) di atas, maka ia sebenarnya telah gagal dari mula. Saya tahu tanah Institute Kesihatan di Bangsar ini amat sensitif kepada Menteri EPU, yang amat terkenal dalam perkara sebegini.

Maka saya memohon para Menteri untuk memastikan semua jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan  daripada ahli-ahli Perlimen disediakan sebelum pukul 1 tengah hari setiap hari Parlimen bersidang.

Tan Sri yang DiPertua

Suruhanjaya Sekuriti – Paxelent Corporation Bhd – Mr Ong Soon Kiat, Singaporean

Pasaran modal kita telah dijadikan play field oleh rakyat Singapura. Saya mengemukakan satu contoh: Ong Soon Kiat, seorang warga Singapura yang telah didapati bersalah oleh mahkamah di Singapura sebanyak 8 kali kerana telah melakukan urusan false tradings pada Mac 1999, namun, Suruhanjaya Sekuriti kita telah membenarkan beliau untuk menyenaraikan Paxelent Corporation Bhd (Paxelent) di KLSE, dan seterusnya beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengawai Eksekutif.

Hasil daripada fakta bahawa Ong Seng Kiat telah didapati bersalah di Singapura, Suruhanjaya Sekuriti kita telah mengemukakan satu surat bertarikh 6 Ogos 2010 yang telah ditandatangani oleh Sharifah Farah-Hanim Mahmud, Penolong Pengurus Besar Investor Affairs & Companies:

“with regards to S K Ong, the SC took the necessary action as soon as we discovered that he had submitted a false declaration relating to his previous conviction. In this regards, we would note that he is no longer a director of Paxelent or any listed companies in Malaysia.”

Saya terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti kerana tiada sebarang tindakan yang diambil setelah penemuan kesalahan yang serius yang telah dilakukan oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat yang telah disenarai awamkan. Ong Seng Kiat perlu dikenakan hukuman di atas deklarasi palsu yang dikemukakannya, supaya tiada lagi warga Singapura atau pengarah-pengarah syarikat lain yang boleh mempermainkan pasaran modal kita. Maka saya memohon Menteri Kewangan untuk memperjelaskan mengapa Ong Seng Kiat tidak dikenakan sebarang hukuman di mahkamah atas tuduhan mengemukakan deklarasi palsu.

Paxelent telah dibenarkan untuk delisted (dinyahsenaraikan) oleh Suruhanjaya Sekuriti dalam keadaan yang penuh kecurigaan. Saya telah bercakap tentang hal ini dalam sesi Parlimen yang lepas mengenai kes Ong Seng Kiat ini yang menelibatkan Datuk Azizan, yagn amat terkenal.

Hasil daripada delisting (penyahsenarai) Paxelent, Ong Seng Kiat telah menjual sebuah syarikat susidiari yang stabil, dikenali sebagai KONSORTIUM MULTIMEDIA SWASTA SDN BHD (Co No: 466269-T) kepada syarikat penama/nominee kepada Ong Seng Kiat yang dikenali sebagai MAX GLOBAL SUCCESS SDN. BHD. (Co No: 800040-M) tanpa sebarang kelulusan pemenggang sahammenerusi mesyuarat agung Paxecelent. The disposal price adalah RM100,000 yang padahal ia bernilai melebehi RM10 juta.

Konsortium Multimedia Swasta Sdn Bhd begitu berharga kerana ia telah diberikan kontrak e-government yang bernilai tinggi, iaitu melibatkan kontrak-kontrak kemudahan JPJ, seperti MySpeed, MyEG.

Saya percaya bahawa lebih 5,000 pemegang saham menanggung kerugian atas pelaburan yang dijalankan oleh corporate crook (penjenayah korporat), Ong Soon Kiat. Pada bulan Julai dan Ogos 2008, beberapa laporan telah dikemukakan pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor rujukan SSM/UAS/AND (S) 310/2008 terhadap kes Ong Soon Kiat dan Paxelent kerana penjualan Konsortium Multimedia Swasta Sdn Bhd tanpa mendapat kebenaran daripada pemegang-pemegang sahamnya, di mana ia menjadi satu kesalahan di bawah Section 130(1), 131(1), 132(2) dan 132C(1) Akta Syarikat, 1965.

Setelah dua tahun berlalu, Suruhanjaya Syarikat masih menyiasat perkara ini. Pada masa yang sama para pelabur Paxelent begitu marah dan sangat tidak berpuas hati dengan perkembangan penyiasatan yang amat lambat ini, dan mereka telah membuat satu aduan kepada YAB PM dan Menteri Kewangan II.

Maka saya memohon Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memberi penjelasan mengapa setelah dua tahun berlalu tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Ong Soon Kiat dan pengarah-pengarah Paxelent yang lain di atas penjualan Konsortium Multimedia Swasta Sdn. Bhd. Secara tidak sah.

Tan Sri Yang DiPertua,

Kementerian Pengangkutan – AES (Automated Enforcement System)

Ada sebahagian daripada pegawai-pegawai di JPJ yang agak instrumental untuk mendapatkan kelulusan Kementerian Pengangkutan meminda Akta Pengangkutan Jalan pada sesi Parlimen Jun yang lalu tetapi ia telah digugurkan atas alasan bantahan terhadap kenaikan denda terhadap syarikat-syarikat yang mengoperasikan Automated Enforcement System (AES). Saya percaya bahawa Datuk Mohamad Solah bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) begitu kecewa dengan pengguguran pindaan Akta Pengangkutan Jalan pada sesi Parlimen bulan Jun yang lalu

Latar belakang penganugerahan kepada 2 syarikat

Pada tahun 2006, Kementerian Pengangkutan yang pada ketika itu diterajui oleh Datuk Chan Kong Choy, seorang ‘personaliti terkenal’ skandal PKFZ, juga yang telah bersembunyi di Australia untuk mengelakkan diri daripada dikenakan tuduhan, telah membuka satu selective tender menerusi ‘Request for Proposal’.

Beta Tegap Sdn Bhd (Co No: 641484-A) (Beta Tegap), sebuah syarikat yang tidak pernah mengemukakan perihal akaunnya sejak tahun 2004, dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd (Co No: 140723-V)(Commercial Circle) telah dianugerahkan dengan kontrak AES dalam keadaan yang amat meragukan. Juga ACCURACY (kejituan) sistem yang digunakan oleh kedua-dua syarikat ini telah tidak dinilai keberkesanannya dengan sempurna disebabkan oleh beberapa personaliti yang terlibat dalam proses penilaian tersebut.

Beta Tegap Sdn Bhd akan menggunakan sistem Redflex dari Australia dan Commercial Circle Sdn Bhd akan menggunakan sistem Robot dari Jerman.

Persoalannya sekarang, mengapa tidak dilakukan Tender Terbuka terhadap projek sebesar ini yang akan melibatkan Automatic  Enforcement  System, di mana negara tidak dapat membenarkan sebarang kerugian daripada kegagalan sistem-sistem ini nanti. Kegagalan daripada sistem-sistem ini pastinya akan merugikan kerajaan, di mana nanti kerajaan perlu membatalkan penggunaan sistem-sistem ini dan akhirnya denda-denda yang dikutip perlu dibayar balik kepada orang awam.

Soalan.

Adakah Datuk Mohd Solah Hassan dan para pegawainya telah melakukan pemeriksaan yang terperinci mengenai sistem-sistem Redflex dan Robot sebelum membuat ‘Request for Tender’ dan mengapa tidak dilakukan Tender Terbuka? Jawapan: TIDAK DILAKUKAN PEMERIKSAAN RAPI DAN TIDAK PERLU DILAKUKAN TENDER TERBUKA

Mengapa Kabinet perlu terburu-buru untuk menganugerahkan projek AES kepada kedua-dua syarikat ini pada detik-detik terakhir Chan Kong Choy sebagai Menteri Pengangkutan, dan juga sebelum pindaan Akta Pengangkutan Jalan dapat dibentang dan diluluskan oleh Parlimen? Ini dapat memberikan satu gambaran yang menimbulkan syak wasangka bahawa sesuatu yang salah sedang berlaku atau sedang berlakunya penyalahgunaan kuasa dan kegiatan rasuah.

Sekiranya Datuk Mohd Solah Hassan, Ketua Pengarah JPJ dan pegawai-pegawainya di JPJ yang diamanahkan projek AES itu telah melaksanakan penyelidikan yang terperinci terhadap sistem-sistem AES, maka tentunya mereka akan mendapati bahawa sistem REDFLEX yang akan digunakan oleh Beta Tegap, ROSAK dan sistemnya TIDAK TEPAT seperti yang dilaporkan di Arizona, Lousina, Amerika Syarikat pada tahun 2007 dan 2008, juga di Australia pada tahun 2010:

“On 7.9.2008 the Newspaper in Arizona with the headline “Arizona official confirms Redflex falsified Speed Camera Documents”. On 18.10.2010 eh Newspapers has quoted police in Victoria, Australia  to have announced that the point to point average speed camera system on the Hume Highway has been turned off until officials are convinced that a fatal accuracy flaw has been fixed. … Official only began to double check the accuracy of the Redflex automated ticketing machine after the police went to seize the car of a young woman accused of driving a low powered economy car at high speed.

Saya juga dimaklumkan bahawa sistem Robot yang akan digunakan oleh Commercial Circle Sdn Bhd juga mengalami masalah ketepatan di Adelaide, Australia. Terdapat banyak lagi negeri-negeri lain di Australia yang melaporkan masalah ketidaktepatan sistem ini, akhirnya menyebabkan kerajaan mereka terpaksa membayar balik denda-denda yang dikutip kepada orang awam.

Atas permasalahan inilah, kerajaan dinasihatkan supaya tidak terburu-buru untuk menganugerahkan kontrak AES ini kepada kedua-dua syarikat tersebut atas alasan kedua-dua sistem ini (iaitu Redflex dan Robot) yang ternyata mempunyai sejarah ketidaktepatan dalam sistem-sistemnya.

Saya juga percaya bahawa tiga syarikat yang mempunyai pegangan 85% milik warga Malaysia, Tess Group (Tess Capital Sdn. Bhd., Tess MRP Sdn. Bhd., Tess Solutions Pte Ltd., Australia) telah berjaya diuji oleh Road Transport Authority di New South Wales. Tess Digital Capture Unit telah digazetkan di New South Wales setelah sistem ini diluluskan pada 16-09-2009.

Saya memohon kerajaan untuk segera membatalkan penganugerahan kontrak AES terhadap syarikat Beta Tegap dan Commercial Circle, atas alasan penganugerahan itu telah dilakukan dalam keadaan yang meragukan menerusi Request for Tender, yang seharusnya dilakukan menerusi Tender Terbuka. Oleh kerana projek ini penting, yang akan melibatkan kepentingan awam, sistem saman trafik dan perbelanjaan kerajaan maka perlulah dianugerahan menerusi tender terbuka menerusi penelitian yang terperinci terhadap Automated Enforcement System, yang bebas kerosakan, dan akan disediakan oleh syarikat-syarikat yang berkaliber dan mempunyai kestabilan kewangan, dan bukan hanya dipilih oleh pegawai-pegawai JPJ, seperti yang dilakuan oleh YB Datuk Chan Kong Choy tetapi perlulah menerusi tapisan penilai yang pakar yang dipantau oleh SPRM.  Pilihan Beta Tegap adalah satu contoh yang amat jelas sebab Beta Tegas adalah syarikat yang tidak pernah memfailkan akaun tahunannya sejak 2004 dengan SSM.

Saya yakin kerajaan tidak mahu sistem ini gagal dan wang orang awam disia-siakan hanya kerana kecuaian atau “wilful blindness” dengan izin sesetengah pegawai di JPJ.

Datuk Yang DiPertua

Statutory Declaration (Akuan Berkanun) – Mohamed Rahimi Osman (Rahimi)

Diketahui umum bahawa fenomena Statutory Declaration (atau Akuan Berkanun) banyak disalah-gunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan keterangan palsu yang seharusnya perlu dinyatakan fakta-fakta yang benar sahaja. Sekiranya polis tidak mengambil tindakan yang tegas terhadap pesalah-pesalah yang menyalahgunakan SD, maka fungsi SD yang sebenar tidak akan bermakna lagi. Maka pada ketika itu kerajaan mungkin perlu membentangkan Akta untuk memansuhkannya.

Sebagai contoh, kes Encik Mohamed Rahimi bin Osman (Rahimi), di mana SDnya telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk membabitkan YAB PM dan isterinya dalam laporan polis En Saiful. Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dilaporkan menerusi laporan media bahawa laporan SD pertama yang telah ditandatangani oleh Rahimi telah hilang, maka laporan SD kedua oleh Rahimi telah disediakan oleh Latheefa dan individu lain, untuk membabitkan YAB PM dan isterinya. Memanglah puak-puak ini akan menyatakan SD pertama telah hilang kerana tidak menurut agenda kotor mereka.  Saya tahu mereka akan mengunakan apa-apa tindakan sahaja untuk mecapai matlamat politik mereka.

Saya ketika itu adalah Pesuruhjaya Sumpah kepada laporan SD Rahimi yang pertama dan beliau tidak pernah menyatakan sebarang penglibatan individu bahkan YAB PM dalam laporan polis En Saiful kecuali ketakutan terhadap keselamatan dirinya dan pemalsuan bukti oleh pihak polis.  Saya masih mencari SD pertama.

Seharusnya Latheefa Koya dan individu-individu lain itu perlu disiasat dan dituduhkan atas penyediaan SD yang kedua dan pemalsuan bukti (frabrication of evidence) atau “perjury” dengan, sebagai satu pengajaran kepada umum untuk tidak menyalahgunakan SD untuk kepentingan peribadi dan politk sempit mereka.

Datuk Yang DiPertua

MONOPOLI OLEH TV BERBAYAR – ASTRO

Di negara-negara membangun seperti Amerika dan UK, terdapat undang-undang untuk menghalang kegiatan monopoly dan menubuhkan sebuah Monopoly Commission ditubuhkan untuk mengawal kegiatan monopoli sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat besar. Satu contoh yang terbaik ialah kegiatan monopoli Microsoft yang telah diharamkan di Amerika Syarikat demi kepentingan awam.

Dalam hal TV berbayar (Pay TV) di Malaysia, kelihatan tiada sebarang ruang untuk syarikat-syarikat lain bergiat dalam lapangan ini. Kerajaan seharusnya mengawal kegiatan monopoli tv berbayar ini dan menggalakkan persaingan berlaku dengan membenarkan pemain-pemain lain turut serta dalam lapangan perniagaan ini. Ia adalah untuk kebaikan pengguna dan negara.

  1. Memestikan Free-To-Air (FTA) rangkaian-rangkaian RTM (TV1, TV2), TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Kerajaan perlu memastikan setiap penyedia perkhidmatan untuk memastikan rangkaian-rangkaian ini disediakan tanpa sebarang kos. Ia adalah untuk mengurangkan kos-kos kemudahan yang tidak sepatutnya ada untuk mendapatkan siaran-siaran FTA. Untuk penyiar FTA pula, ia akan menggalakkan lebih ramai penonton menerusi pelbagai penyedia perkhidmatan.
  2. Untuk penyedia kandungan dari luar negara memasuki ruang tv negara, isi kandungannya perlulah dipastikan senang untuk diperolehi oleh penyedia perkhidmatan dalam negara tanpa hak eksklusif. Sebarang perbincangan mengenai hak antara penyedia perkhidmatan dengan penyedia kandungan perlulah atas dasar komersial. No hogging of content and/or platform rights should service providers DO NOT have the means nor plan to deliver on those platforms. Sebagai contoh, ASTRO mempunyai hak eksklusif terhadap kandungan IPTV, sebaliknya mereka sendiri tidak mempunyai kemudahan IPTV.
  3. Untuk menggalakkan pertumbuhan industri penyediaan kandungan di Malaysia, kandungan tempatan ini tidak boleh dijadikan bahan ekskusif, dan perlu dipastikan ia mudah untuk didapati oleh semua syarikat tv berbayar, tidak kira sebarang platform yang digunakan; seperti tv satelit, IPTV di talian tetap atau platform wireless. Ini akan menggalakkan pertumbuhan industri penyediaan kandungan tempatan kerana ia akan menggalakkan lebih ramai penonton. Industri penyediaan kandungan tempatan tidak kehadapan (lebih-lebih lagi tidak ramai yang mahu melabur dalam industri ini) jika kandungannya tidak disebarluaskan. Sudah tiba masanya untuk kita memastikan industri ini kembali segar sama seperti pada awal tv diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 60 – 70an dulu.

Untuk kandungan yang telah menerusi proses perbincangan dan diluluskan, perlulah dibentuk satu jawatankuasa yang akan memantau pemerkasaannya seperti yang disarankan pada item-item 1 hingga 3 di atas. Semua pemegang lesen juga perlulah mematuhi undang-undang dan peraturan.

Sekarang hanya syarikat tv berbayar, ASTRO, sahaja yang dibenarkan untuk mengiklan. Kemudahan-kemudahan tv lain tidak dibenarkan. Sekali lagi, peluang perlu diberikan untuk menggalakkan pertumbuhan. Mengapa hanya ASTRO sahaja diberikan peluang ini padahal ia bertentangan dengan kepentingan awam.

Malah, ASTRO telah mempunyai lebih daripada 118 rangkaian (menerusi platform Direct to Home via Satellite):

  1. Hak eksklusif ASTRO:
  1. Memegang hak eksklusif penyiaran kandungan perlawanan bola sepak utama seperti Piala Dunia, Euro Football, Olimpik dan sebagainya.
  1. Memegang hak eksklusif rangkain antarabangsa: Movies Channels (HBO, Star Movies, berita (CNN, BBC News, CNBC) rangkain rancangan dokumentari (discovery, National Geographic, Animal Planet, History Channel) dan sebagainya.
  1. Memegang hak eksklusif kandungan tempatan Melayu, India, China (Kantonis, Hokkien) dan dalam pelbagai platform (seperti menerusi DTH, IPTV dan sebagainya).
  1. Memegang hak eksklusif rangkaian Movies Channel (seperti HBO, Star Movies, dan sebagainya).
  1. DETV (Redtone – hamper kebanyakkan kandungan berbahasa Cina) – menerusi platform IPTV.
  1. TM (29 rangkaian luar negara, tempatan, rangkaian Free To Air dan lain-lain) – Platform IPTV
  1. Lain-lain (Select TV) – Platform IPTV
  1. Syarikat-syarikat baru yang berpotensi (Maxis, UMobile, YTL, Celcom) – Platform IPT

Ia sebenarnya bertentangan dengan kepentingan awam apabila ASTRO diberikan hak eksklusif terhadap rangkaian rancangan seperti disebut di atas. Pendek kata, ASTRO adalah satu syarikat monopoli TV berbayar. Kerana itulah ASTRO boleh mengenakan yuran langganan yang tinggi dan pengguna tidak mempunyai pilihan untuk melanggan kerana rangkaian popular seperti Discovery, ESPN, HBO, National Geographic, Cartoon Networks, CNN, CNBC, BBC News, Al-jazeera dan sebagainya hanya boleh didapati menerusi TV Berbayar ASTRO – DTH.

Kementerian Informasi, Multimedia dan Kebudayaan perlulah mengambil langkah untuk menyekat kegiatan monopoloy ASTRO untuk semua 118 rangkaiannya. Peraturan perlu dikenakan untuk semua rangkaian rancangan di ASTRO diboleh tayangkan untuk syarikat-syarikat TV Berbayar yang lain seperti TM, Maxis, Celcom, UMobile, Redtones dan sebagainya dalam pasaran terbuka menerusi kuasa pasaran terbuka.   Apabila sesuatu pasaran itu gagal (“market failure”) (misalnya harga yang terlalu tinggi dikenakan oleh ASTRO yang akan menyebabkan syarikat-syarikat TV Berbayar lain tidak mampu membayarnya), maka adalah tanggungjawab kementerian untuk masuk campur demi kepentingan awam. Jika perlu luluskanlah undang-undang penyekatan monopoli untuk menggalak persaingan yang sihat, secara langsung memberi kebaikan kepada pelanggan untuk memilih dengan kos yang lebih rendah.

Inilah fungsi utama kementerian yang perlu lebih fokus memantau, dan bukannya hanya semata-mata menggunakan unit pemantaunya, MCMC untuk memantau dan menyekat komuniti blogger yang “constructive” seperti Rockybru, BigDog dan sebagainya.  Lebih baik MCMC memantau dan mengambil tindakan terhadap YB Batu yang “doctor” gambar pemimpin negara dalam blognya semata mata untuk tujuan politik fitnah menfitnah dan news portal tertentu yang tidak “professional” dan rela menjadi “mouth piece” kepada tokoh politik tertentu yang sentiasa memimpi Putrajaya siang dan malam.  Tetapi MCMC tidak berani memainkan peranan yang sepatutnya.  Saya amat berharap Kementerian menasihatkan MCMC mengambil tindakan dengan segara terhadap tingkah laku YB Batu tersebut.

Universal Service Provision (USP)

Kerajaan telah menubuhkan satu dana yang dikenali sebagai Universal Service Provision (USP). Saya kini mengetahui bahawa menerusi Laporan Tahunan USP untuk tahun 2008, terdapat lebihan dana USP seperti yang direkodkan pada 31-12-2008 sebanyak RM4.67 billion. Rakyat tidak mengetahui sebarang laporan terkini untuk tahun 2009 dan untuk tahun 2010 yang akan berakhir nanti.

Pada tahun 2007, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi telah memperuntukkan sejumlah RM228.1 juta untuk projek Universal Service Provision (USP) Fasa 1 hingga 4, tetapi jumlah tersebut telah melonjak naik sehingga RM230.20 juta.

Untuk melaksanakan fasa 5 projek USP, pihak kementerian telah menandatangi satu perjanjian dengan Maxis Broadband Sdn. Bhd. (Maxis) dengan nilai RM119 juta di bawah projek USP Fasa 5, juga telah menandatangi perjanjian tambahan dengan jumlah RM10 juta pada 3 Disember 2007. Pada ketika itu Maxis mempunyai modal berbayar RM1 juta sahaja.  Fakta ini menimbulkan syak wangsaka terhadap perhubungan rapat atau “dangerous liason” dengan izin antara pegawai kementerian berkenaan dengan Maxis “if we were to read between the lines then we will know What the Ketua Audit Negara was trying to say i.e. CORRUPT PRACTICES AND CORRUPTION”, dengan izin.

Kementerian perlu mengatasi segala kelemahan yang terdapat dalam Central Monitoring System supaya dapat menghasilkan data yang tepat bagi mewujudkan satu sistem pemantauan yang berkesan terhadap fasa 5 program USP. Juga didapati tidak terdapat satu sistem untuk merekod aset yang telah dibeli menerusi Dana USP. Terdapat banyak tempat di mana sejumlah wang yang banyak telah dibelanjakan untuk membina dan menubuhkan Pusat-pusat Teknologi Maklumat, tetapi tanpa jaringan internet! Banyak juga Pusat Teknologi Maklumat ini ditubuhkan di bawah program USP ini ditutup kerana ketiadaan pegawai untuk menguruskannya. Pembekalan toner untuk mesin pencetak juga tidak mengikut garis panduan kontrak. Menurut kontrak fasa 5 program USP ini, Maxis seharusnya membekal 3 unit toner setiap tahun kepada 300 perpustakaan awam untuk selama tempoh 5 tahun. Pembayaran pembekalan toner kepada pihak Maxis Sdn. Bhd. tidak dapat disahkan memandangkan pembayaran secara lump sum telah dilakukan.

Hal ini telah dinyatakan secara nyata oleh pihak Ketua Audit Negara dalam laporan audit negara terhadap program USP ini yang berkaitan dengan syarikat Maxis:

“… Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang berpunca dari kurangnya penguatkuasaan terhadap kontrak dan pemantauan yang kurang berkesan. Antara kelemahan tersebut adalah data daripada sistem pemantauan berpusat yang memantau penggunaan komputer mengikut lokasi di bawah program usp fasa i hingga v diragui ketepatannya; penyenggaraan pencegahan terhadap peralatan yang dibekalkan tidak dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan; pembekalan toner tidak dibuat mengikut syarat kontrak; serta petugas perpustakaan desa tidak merekodkan peralatan dan kelengkapan komunikasi yang dibekalkan dalam daftar dan kad harta modal/inventori. …”

Nasihat saya kepada Kerajaan adalah: “Please don’t leave bananas to the monkies!” dengan izin.

Saya memohon untuk mendapatkan penjelasan daripada kementerian untuk hal-hal berikut:

  1. Siapakah yang berunding dengan Maxis Broadband Sdn Bhd (Maxis), yang pada masa itu mempunyai modal berbayar berjumlah RM1 juta sahaja, mengenai kontrak untuk Programe USP tersebut?
  2. Siapakah pegawai yang terlibat dalam kecuaian atau menjalankan tugas yang tidak bertangung jawab terhadap kontrak dengan Maxis untuk Programe USP Fasa I hingga V dan samada tindakan telah diambil terhadap tingkah laku pegawai tersebut yang tidak bertangung jawab kerana tujuan tertentu?
  3. Mengapa tiada laporan tahunan USP untuk tahun 2009?
  4. Apakah baki dari dana USP untuk tarikh akhir 26 Oktober 2010?
  5. Memberikan perbelanjaan terperinci atau “detail expenditures” dengan izin daripada dana USP dari tarikh 1 Januari 2008 hingga 30 Oktober 2010.
  6. Siapakah jawatankuasa pemantau dana USP?
  7. Siapakah individu atau syarikat yang mendapat kontrak untuk pembekalan netbooks untuk fasa 1 dan 2?
  8. Apakah perkembangan fasa 1 (misalnya berapa ramaikah penerima netbooks yang telah menjual balik netbooks tersebut di Low Yatt untuk harga beberapa ratus ringgit)?
  9. Adakah MCMC telah mengeluarkan lisen baru kepada syarikat-syarikat tanpa sebarang rekod yang baik?
  10. Merujuk kepada kes di Mahkamah Tinggi yang telah dilaporkan oleh Malay Mail beberapa hari yang lalu, adakah MCMC telah melakukan penyiasatan yang sewajarnya untuk memastikan tiada kaum keluarga pembuat keputusan dalam Dana USP untuk skim netbook terbabit sebagai syarikat pembekal?
  11. Siapakah yang memberi arahan untuk mengunakan RM 1 billion dana USP untuk membeli netbooks?
  12. Is it not the USP fund for the government to address the “digital divide” by building IT infrastructure and providing education and training for rual participants.

Datuk Yang DiPertua,

Saya nak habiskan ucapan saya dengan Kementerian Pelancongan.

Saya masih ingat YB Menteri pernah menjaminkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa kos pembinaan Malaysian Pavilion di Shanghai Expo adalah RM20 juta sahaja. Sekarang saya difahamkan bahawa kos pembinaan sebenar untuk pavilion ini melebihi RM20 juta. Emamng saya tahu, kontraktor untuk pavilion ini adalah Venturepharm Asia Sdn Bhd yagn dikawal oleh sahabat karib beliau. Iaitu Grace Au Yong.

Saya ada baca mengenai dengan YB Menteri Pelancongan ke luar negeri – Korea, Japun, New Zealand dan lain. Nampaknya YB Menteri Pelancongan boleh tukar portfolio jadi Menteri Melacong lebih sesuai. Saya brharap Kementerian boleh memaklumkan kepada Parlimen kos yang detail mengennai lawatnya ke luar negeri semajak beliau menjadi Menteri.

Terima Kasih Datuk Yang DiPertua

Note:

Due to time constrain I was not able to complete my speech.  I still have many questions for Ministry of Tourism to answer like Hokmestay Programe, which is a failed programe and a waste of public fund.

The issues relating to the 7 Kampung Tradisi and the arrest of En Habie Star, the political secretary to YB Tan Sri Nor Yakop, the ex-Mininster of Finance II.  I shall being them in the Committee stage later.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top