Tek Ucapan Parlimen mengenai RAS/AirAsia X Sdn Bhd

It all started as Flying Asian Express Sdn Bhd aka FAX. After receiving RAS & RM250 mil subsidy from Badawi's Administration dumped RAS back to MAS with 6 un-airworthy aircraft & 1 being cannibalised for spare parts.It costs MAS RM35 mil before resuming RAS again. Then changed its name to AirAsia X Sdn Bhd ...

Teks ucapan verbatim saya di Parlimen semasa membahas Ruang Undang-Udang bernama “Institut Penyelidikan Keselamatkan Jalan Raya Malaysia 2012” pada jam 7:30 2-4-2012. Ucapan tersebut mengandungi Rural Air Service (RAS) di Sabah dan Sarawak yang terlibat Fly Asian Express Sdn Bhd sekarang telah ditukar kepada AirAsia X Sdn Bhd. Untuk maklumat latar belakang AirAsia X Sdn Bhd sdr/sdri sila baca di SINI, SINI, SINI, SINI & SINI. Sila juga baca komen YM Tengku Azmil pada tahun 2010 di SINI.

1930   Pada 2-4-2012

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Wangsa Maju.

7.30 mlm.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izin saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012. Tuan Yang di-Pertua, saya amat tertariklah dengan tajuk huraian rang undang-undang ini di mana kementerian menyatakan rang undang-undang ini untuk meningkatkan pengetahuan berdasarkan perkembangan baru berhubung isu keselamatan jalan raya. Memang ini amat baguslah tetapi saya tidak berapa tahu bahawa ini adalah menunjukkan kementerian ini amat serius mengenai dengan keselamatan jalan raya.

Yang pertama saya ingin menyentuh seksyen 43 di mana mengenai dengan akses dan penzahiran data (disclosure of data) di mana rang undang-undang ini memberi kuasa yang besar kepada institut ini untuk mendapatkan segala data daripada mana-mana syarikat, mana- mana badan dan mereka tiada hak untuk menolak permintaan tersebut. Kita boleh kata setujulah. Bayangkanlah kalaulah satu syarikat yang menggunakan wang ataupun pihak individu yang menggunakan masa yang banyak dan wang yang banyak untuk membuat satu research atau penyelidikan mengenai dengan keselamatan jalan raya dan tiba-tiba institut ini meminta.

Jadinya orang tertentu tidak ada hak untuk menolak. Kena memberikan secara percuma kepada institut ini. Saya rasa ini tidak adil. Sekurang-kurangnya kita mesti ada satu subseksyen di mana jika kementerian perlu meminta untuk dapatkan satu repot di mana individu atau syarikat-syarikat tersebut telah membelanjakan banyak wang dan masa, dan mereka yang boleh membuktikan perbelanjaan mereka maka institusi ini perlu membayar kepada mereka. Kemungkinan tidak 100%. Kemungkinan kita mengehadkan kepada 30%

DR 2.4.2012 142

apa-apa perbelanjaan yang mereka telah belanja. Ini baru adil. Akan tetapi memanglah Kementerian ‘Pengangkute’ [Sebut dalam loghat Kelantan] ini tidak adil, tidak berwibawa. [Disampuk]

Seorang Ahli: Pengangkute?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, kita orang Kelate pengangkutelah untuk pengangkutan. Janganlah hendak ketawa kepada saya sebab saya orang Kelantan. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri dia faham Yang Berhormat Menteri itu. Walaupun dia dari Sabah. Itulah masalah kementerian ini dan satu lagi…

Seorang Ahli: Rosak.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Rosak apa pula? Tak rosak tetapi sebentar lagi akan rosakkan, ya. Dan yang kedua di bawah schedule, di schedule seksyen 11(3) di mana seksyen 5(1) pula atau pun subseksyen 5 mengenai dengan penzahiran atau kepentingan. Memang bagus, ini itu semua perlu dibuat disclosure mengenai dengan kepentingan. Memang bagus. Akan tetapi yang biasa, pengangkutan ini, kementerian ini ia tak berwibawa, tidak peduli dan tiada satu hukuman di bawah undang-undang ini jika sesiapa di bawah Lembaga Institut ini tidak membuat penzahiran kepentingannya or non disclosure. Apakah tindakan undang-undang yang perlu diambil? Seperti hukuman, berapa tahun dia di penjara? Tidak ada. Ini jadi is for show. Ini semua untuk pameran sahaja. Tidak ada sikit habuk, wajibkah, pi taubat sungguh. [Ketawa] Minta Yang Berhormat buat apa kementerian ini?

Yang Berhormat Timbalan Menteri dia senyum sahaja. Dia tidak tahulah dia ada kepentingan apa dalam rang undang-undang ini. Sebab kalau beliau dengan sesungguhnya atau kementeriannya dengan sesungguhnya ada bentangkan sesuatu rang undang-undang ini untuk menjaga keselamatan dan untuk mengawal supaya Lembaga Institut ini adalah yang berwibawa, yang telus, yang kompeten, yang ada akauntabiliti. Maka kementerian mesti ada satu subseksyen untuk satu hukuman. Jika sesiapa tidak membuat penzahiran mengenai dengan kepentingan mereka dalam sesuatu projek atau sesuatu tindakan ataupun pembelian, maka mereka akan di penjara dalam setahun atau dua tahun. Ini memang akan menjamin supaya semua Lembaga ini akan mematuhi dengan syarat kerana akhirnya mereka akan menghadapi. Jika mereka tidak, mereka akan menghadapi satu hukuman penjara. Ini yang baik.

Akan tetapi kementerian ini, dasar-dasarnya daripada awal-awal lagi tidak menunjukkan bahawa mereka ini akan serius. Seperti saya hendak beri contoh-contoh, kenapa kementerian ini tidak serius dalam tugas mereka dan menjalankan dasar-dasar kementerian. Seperti contohnya, seperti pada tahun 2007 di mana di Sabah dan di Sarawak.

DR 2.4.2012 143

Yang Berhormat Timbalan Menteri amat fasih dalam perkara ini. Pada masa itu ia ada satu Rural Air Services di mana untuk memberikan satu perkhidmatan, satu servis kepada Sabah dan Sarawak. Kita amat setuju dengan ini, amat baik. Bukan untuk profit, untuk keuntungan. Syarikat sahabat Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu Fly Asian Express Sdn. Bhd. pada masa itu anak syarikat kepada AirAsia, telah merampas perkhidmatan RAS ini daripada MAS. Pada masa itu memang mereka bermaharajalela. Kementerian pun tunduk kepala, kasi sahaja. Sudah kasi RAS untuk selamanya dua tahun servisnya, wah bagus, kita kena tolong Malaysian brand. Apa yang saya sentiasa dengarlah daripada kementerian ini, Malaysian brand. Memberi pula RM250 million subsidi. Bagus sekali untuk Malaysian brand ini. Comel sekali.

Selepas itu dalam masa setahun, masa setahun RAS ini banyak masalah. In frequency of flight dengan izin, banyak masalah. Sampai tiada perkhidmatan udara untuk Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat Timbalan Menteri pula amat fasih dalam perkara ini. Akan tetapi memang dia tidak akan mengaku sebentar lagi. Dia akan mempertahankan Fly Asian Express ini dan saya memberikan kenapa dia akan mempertahankan? Dari segi itu, selepas itu banyak kompelin di Parlimen pada masa itu oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Sabah dan Sarawak, tourism agency dan orang awam mengenai dengan perkhidmatan RAS oleh Fly Asian Express ini dan also known as FAX. Selepas itu apa berlaku? Dia kena berhentikan servis tersebut, RAS ini. Ini FAX, anak syarikat AirAsia ini.

■1940

Campak balik kepada anak tiri airlines negara, MAS. MAS pula kena peluk balik. Sebelum MAS ambil alih, MAS sudah buat satu laporan dan mendapati bahawa dalam 14 pesawat, aircraft, tujuh pesawat unairworthy, telah dibuktikan bahawa unairworthy.

Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: [Berjalan keluar meninggalkan Dewan]

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah berlari keluar. Bagaimana kita hendak bahaskan ini? Akan tetapi tidak apalah, dia ada pegawai dia. Ada tujuh aircraft unairworthy, telah dibuktikan oleh satu laporan oleh Focke pada bulan Julai 2007.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, can you go back to the bill Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, ya. I am giving because of the dasar. Dasar kementerian ini, Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana kita perlu faham dasarnya, barulah kita boleh sokong undang-undang ini. Kalau dasar mereka dan juga direction mereka tiada direction, bagaimana kita boleh sokong dengan buta-buta.

DR 2.4.2012 144

Daripada report tersebut tadi oleh Focke, menyatakan daripada 14 pesawat, tujuh pesawat telah dibuktikan bahawa unairworthy dan satu dicannibalize untuk spare parts oleh FAX ini. Dia perlu spare parts, dia tidak bagi beli. Dia cabut daripada aircraft yang sedia ada. Akhirnya MAS mengalami kerugian RM35 juta dan beri MAS ambil balik, MAS bayar RM35 juta tetapi kementerian tidak mengarahkan FAX ini membayar RM35 juta ini kepada MAS dan Department of Civil Aviation (DCA) di bawah kementerian juga tidak ambil tindakan untuk menarik balik Air Operation Certificate kepada FAX.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: [Mengambil tempat di dalam Dewan]

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Selamat datang Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Air Operation Certificate ini tidak menarik balik oleh kementerian sedangkan FAX ini boleh dikatakan menyalahgunakan kedudukannya dan juga telah breach of contract dalam kontrak yang dua tahun ini untuk RAS.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, sudahlah, sudah cukup Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sedikit lagi, sedikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, don’t try to be…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No. I want to talk about…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya pun tahu juga bill ini Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, ini kalau kita tidak tahu polisi mereka…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, you have nothing more to say Yang Berhormat? I think you better stop.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No. This is dasar. We want to talk about the dasar kementerian.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Before we have this.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, saya mengetahui perundangan, peraturan Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, apa salahnya Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, don’t argue with me on this basislah Yang Berhormat.

DR 2.4.2012 145

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Yang di-Pertua sentiasa ganggu kita membahaskan di sini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Wangsa Maju, minta tolong. Ini kredibiliti Dewan Yang Berhormat, kita bincang di sini.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, ya. Saya akan habiskan dalam lima minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ada masa bahas soal MAS dan AirAsia itu Yang Berhormat. Ini bukan masanya.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No, no Saya akan habiskan dalam lima minit mengenai dengan…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Mengenai dengan polisi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yes.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Minta tolong.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yes, minta tolong Tuan Yang di-Pertua juga

dengan polisi juga kerana kita kena tahu polisi kementerian ini. Kalaulah kementerian ini menunjukkan sikap yang polisinya tidak berwibawa, bagaimanakah kita boleh sokong dengan ini? Itu sebablah saya perlu memberikan satu contoh…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau dengar cerita ini tadi, tidak payah sebutlah, tidak payah sentuh.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, tidak payah sentuh tidak apa tetapi saya akan merakamkan di sini Tuan Yang di-Pertua dengan perkara ini. Kasi kita peluang supaya…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya minta Yang Berhormat berhentilah cerita itu.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Kita boleh memberitahu kenapakah kita tidak setuju atau kita setuju dengan rang undang-undang ini. Kita gunakan masa sedikit sahaja lagi, lima minit lagi memberitahu kementerian, kenapakah saya katakan tidak berwibawa dan tidak serius dalam tingkah lakunya. Padahalnya, bila satu syarikat FAX ini telah melakukan kesalahan sedemikian, amat serius, maka kementerian perlu menarik balik Air Operation Certificatenya, tetapi tidak. Masih memberikan AOC nya kepada FAX di mana selepas dua

DR 2.4.2012 146

bulan selepas kasi balik RAS itu kepada MAS, menukarkan nama FAX kepada AirAsia X Sdn. Bhd. dan juga masih memberikan 38 route kepada AirAsia X, sedangkan mereka baru terbang.

Sekarang sembilan route sahaja. Kenapa yang baki itu yang mereka tidak terbang, tidak tarik balik? Ini satu tindakan yang perlu diambil, tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Wangsa Maju…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya. So, saya harap…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: So, saya harap…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, jangan cakap macam itu Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Bukan soal kewibawaan. Kita ada peraturan sendiri dalam Dewan ini Yang Berhormat. Bukan sesuka hati.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ini bukan masanya. Rang undang-undang ini ada cerita khusus Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat faham itu tetapi hanya ambil peluang untuk membahaskan benda yang irrelevant Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Irrelevant? Kita bercakap dari segi dasar, dari segi kewibawaan kementerian di mana kementerian perlu serius daripada tiap-tiap rang undang-undang yang dibentangkan di sini. Jangan ada undang-undang di mana ada hak dan kuasa seperti di Department of Civil Aviation (DCA), kementerian ada kuasa, ada hak ataupun bawah kawalan kementerian tetapi tidak ambil tindakan.

Seperti ini juga, institut ini yang hendak diwujudkan ini, kementerian juga ada hak. Ada hak untuk mengawal supaya institut ini berjalan dengan baik dan khasnya untuk kepentingan negara dan kepentingan orang awam. Apa yang saya khuatirnya ialah, institut ini ditubuhkan selepas ini nampaknya baik tetapi oleh sebab kelemahan pegawai-pegawai kementerian dan juga akhirnya menunjukkan kelemahan menteri-menteri tersebut, jadinya institut ini yang ditubuhkan tidak guna juga.

Seperti kes yang saya sebutkan tadi di mana padahalnya kalaulah satu airlines ada kesalahan sampai aircraftsnya telah unairworthy dan juga cannibalize satu aircraft untuk spare

DR 2.4.2012 147

part, ini menunjukkan satu kesalahan yang amat serius di mana AOC nya perlu ditarik balik tetapi tidak. Inilah amat penting. Kes AirAsia X ini, sekarang ini ada 38 routes tetapi cuma terbang sembilan routes sahaja. So, bakinya tarik balik. Kalau mereka perlu, minta pula. Akhirnya kementerian juga perlu membuat satu syarat. Mana-mana airlines sama ada MAS atau Air Asia kalaulah mereka hendak tamatkan satu route…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat...

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Perlu dapatkan kebenaran daripada kementerian dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Dengan ini, saya harap kementerian amat seriuslah dalam apa-apa perkara yang mereka buat ini, bentangkan rang undang-undang ini atau rang undang-undang yang lain supaya menjalankan tugas seperti watch dog untuk menjaga kepentingan negara dan kepentingan orang awam. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya rasa kecewalah. Kalau inilah bakat Ahli Parlimen, saya rasa kecewa Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat duduk pun tidak hendak. Sila Yang Berhormat Kapit.

7.49 mlm.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

ringkas sahaja. Di peringkat dasar ini saya hendak bertanya kepada kementerian. Memang saya menyambut baik untuk kerajaan mewujudkan MIROS ini oleh kerana kita mementingkan nyawa. Ini akan memastikan safety on the road. Jadi, adakah dengan kuasa institut penyelidikan ini nanti boleh mengesyorkan kepada kerajaan untuk menaiktarafkan di mana- mana jalan raya? Umpamanya di Sarawak ini Pan Borneo Highway, banyak kemalangan berlaku kerana jalan raya itu, sepanjang jalan itu sempit. Kita masih menggunakan satu lane, belum lagi dua lane, tiga lane.

■1950
Jadi nampaknya banyak kemalangan terjadi, banyak nyawa hilang. Adakah di dalam

rang undang-undang ini nanti kuasa diberi kepada institut ini untuk mengesyorkan kepada kerajaan. Saya khusus kepada Pan Borneo Highway ini kerana di negara kita sesungguhnya Pan Borneo Highway ini jauh ketinggalan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua pun sedar bahawa Pan Borneo Highway yang kita ada di Sarawak ini adalah begitu penting kepada rakyat di negeri Sarawak kerana seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju

DR 2.4.2012 148

tadi, perkhidmatan udara kita pun tidak seberapa, banyak lagi ruang untuk diperbaiki, untuk kita naik taraf perkhidmatannya.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top