Questions Time 4-4-2012: MAS fuel hedging loss

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan siapakah yang harus bertanggungjawab terhadap keputusan MAS memasuki beberapa perjanjian fuel hedging serta melaksanakan pembelian sebanyak 17,350,000 tong minyak, di mana ia bukan hanya setakat menyebabkan MAS mengalami jumlah kerugian sebanyak RM3.38 bilion bagi tempoh dari 19-2-2009 hingga 31-12-2011 tetapi juga menepatkan MAS berada di dalam situasi masalah kewangan, dan senaraikan nama-nama syrikat yang MAS memasuki perjanjian fuel hedging tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, keputusan MAS melaksanakan fuel hedging sebagai instrument kewangan untuk melindungi syarikat daripada risiko perubahan harga bahan api adalah berdasarkan Group Treasury Policy yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah MAS. Mekanisme fuel hedging juga turut diguna pakai oleh syarikat-syarikat penerbangan utama lain bagi mengawal risiko kenaikan harga bahan api pada masa hadapan. Kerugian hedging sebanyak RM3.38 juta yang dicatatkan MAS adalah disebabkan MAS mula mengguna pakai pelaporan kewangan standard 139, Financial Reporting Standards 139 (FRS139) yang mana semua instrument kewangan perlu dilapor/direkod berasaskan nilai pasaran semasa, dalam hal ini merujuk kepada kontrak fuel hedging. Walau bagaimana pun, kerugian berkenaan hanyalah berbentuk kerugian perakaunan (paper loss) dan bukannya kerugian sebenar MAS. Secara keseluruhannya MAS telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM522.95 juta pada tahun 2009 dan RM237.35 juta pada tahun 2010.

2.      Untuk tempoh 2009 hingga 2011, MAS telah memasuki kontrak fuel hedging dengan 12 buah syarikat tempatan dan antarabangsa, termasuk bank antarabangsa, Energy Business Unit of Mitsui dan Energy Business Unit of Mitsubishi Corporation. Kesemua pihak yang terlibat dengan kontrak berkenaan telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Note:

Yours truly has specifically asked the Ministry to list down the full name of companies that MAS has entered into the fuel hedging agreements with. The Ministry merely informed Parliament that there were 12 companies. The name of the 12 companies that are important because we may be able to know were the personalities behind these companies.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top