Tek ucapan di Parlimen 15 Mac 2011ucapan di Parlimen 15

Teks Ucapan untuk perbahasan Titah SPB Yang Di Pertuan Agung oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju pada 15hb Mach, 2011.

Tan Sri Yang Di Pertua

BENCANA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN

Sebelum saya mengambil bahagian untuk membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, izinkan saya mengambil kesepatan ini untuk menyampaikan takziah bagi pihak saya sendiri dan penduduk-penduduk Wangsa Maju kepada semua keluarga rakyat negara Jepun yang terlibat dengan kejadian bencana gempa bumi dan Tsunami beberapa hari yang lalu. Walaupun beribu batu jarak antara Malaysia dengan Jepun saya berharap suara saya ini dan Ahli-Ahli YB yang lain boleh sampai kepada semua keluarga yang terlibat.

Tan Sri Yang Di Pertua,

Saya juga ingin menyatakan sokongan penuh kepada segala usaha kerajaan dalam membantu negara Jepun dengan penghantaran pasukan SMART dan MARCY ke negara Jepun untuk misi kemanusiaan.

Saya tetap berdoa supaya apa yang berlaku di negara Jepun janganlah hendaknya terjadi walau sedikit pun di negara kita cintai ini.  Terima kasih, Tan Sri Yang Di Pertua memberi peluang kepada saya untuk berucap. Salam sejahtera kepada semua Ahli-AhIi YB.

Tan Sri yang Di Pertua,

Saya bangun untuk mengambil bahagian untuk membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.

Saya amat bangga dengan kejayaan langkah yang diambil oleh YAB PM di pentas antarabangsa baru-baru di Amerika, Turkey dan Negara-negara lain.

Saya juga ingin merakamkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa dasar-dasar “Rakyat didahulukan” dan “Pencapaian diutamakan” adalah dasar-dasar yang amat baik demi membangunkan Negara. Saya tidak mempertikaikan keikhlasan YAB PM untuk melaksanakan dasar-dasar tersebut .

Ahli-Ahli YB, sungguh pun begitu saya amat kesal kerana dasar-dasar tersebut tidak dilaksanakan dengan baik atau dilaksanakan “setengah hati” oleh pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan.

Dengan tingkah laku pegawai-pegawai kerajaan yang tidak menjunjungkan sepenuhnya dasar-dasar tersebut, rakyat mula menyoal samada kerajaan pusat serius dan ikhlas dengan dasar-dasar tersebut.

Tan Sri Yang Di Pertua,

Sudah sampai masa YAB PM perlu perihatin dan membuat satu KPI terperinci mengenai tingkah laku pegawai-pegawai kerajaan samada mereka berkerja dengan baik untuk mempastikan dasar-dasar tersebut berjaya degan cermerlang demi kepentingan negara.  Izinkan saya memberi contoh-contoh kenapakah saya menyatkan di sini bahawa dasar –dasar tersebut tidak akan berjaya jika YAB PM tidak mengambil tindakan serius terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang boleh digelarkan sebagai “Little Napoleon”.  Mereka masih penuh dengan sikap “TIDAK APA” dan bermaharajarela!

Tan Sri Yang Di Pertua,

Ahli-ahli YB sedia maklum bahawa kerajaan ada Menteri yang bertangung jawab kepada KPI iaitu Senator Datuk Idris Jala yang saya tidak pernah nampak bayang beliau di Dewan Yang Mulia ini. Beliau mengkaji KPI dalam bilik aircon dengan mentaliti CEO dalam “public listed company”, dengan izin.

Saya tidak akan hairan dengan tingah laku YB senator ini, kerajaan akan gagal “because he cannot feel the pulse of the nation”.

Tan Sri Yang Di Pertua,

Saya pernah mengadu kepada beliau bahawa peguam-peguam, anak guam, Hakim dan kaki tangan Mahkamah di Komplek Mahkamah di Jalan Duta tidak puas hati dengan pertukaran masa Mahkamah bersidang dari jam 9 pagi ke 8:30 pagi kerana KL tidak mempunyai sistem pengangkutan umum yang baik, tempat parkir cukup di Komplek Mahkmah di Jalan Duta dan ada banyak kakitangan mahkamah tinggal sejauh Seremban, Semenyih dan lain-lain. Apakah jawapan beliau kepada saya? “peguam-peguam harus bangun pagi-pagi maka semuanya akan beres”. Lalu dia pergi begitu saja. YB CEO: Jawapan saya kepada anda adalah “anda hanya baik untuk melakukan KPI di GLC seperti MAS dan bahkan kemudian anda yang terbaik dalam menjual aset utama MAS untuk menunjukkan MAS adalah telah membuat keuntungan”.

Tan Sri  Yang  Dipertua

Saya tidak hairan langsung pada Sabtu lepas peguam-peguam  dengan suara bulat mengesahkan resolusi terhadap KPI YB CEO, yang masih berfikir bahawa dia masih seorang CEO dari sebuah syarikat    awam!

Untuk membuat KPI yang tepat, YB Senator sekurang-kurangnya harus hadir di Dewan untuk mendengar apa yang ahli parlimen harus katakan tentang jabatan Kerajaan dan pegawai dan mengambil tindakan yang diperlukan untuk membuat KPI lebih berkesan. YB Senator diharap dapat menunjukkan wajah tampan anda di Parlimen dan berhenti bersembunyi di bilik aircon anda “.

Tan Sri Yang Di Dipertua,
Beliau hanya baik dalam memprediksi bahawa Malaysia boleh muflis pada tahun 2019 jika kerajaan tidak mula memotong subsidi untuk petro, makanan dan kos-kos lain. Hal ini terbukti dari seorang yang ada di dalam mimpi bahawa ia masih merupakan CEO dalam MAS. Saya amat setuju bahawa dalam dunia yang “ideal” tidak boleh ada subsidi apapun tetapi kita hidup di dunia nyata di mana kerajaan harus membantu masyarakat bawahan atau “the under privileged”, dengan izin.

Tan Sri   Yang    Di-Dipertua,

YB CEO perlu KPI terhadap Kementerian Kewangan juga dimana ia tidak menghormati Parlimen, badan terungul di negara.  Soalan untuk jawapan bertulis berbunyi:

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Kewangan menjelaskan jumlah kos konsultasi di bayar oleh Khazanah Nasional Berhad untuk semua projek sejak tahun 2003 memberikan butiran dengan nama firma perunding terhadap projek, jumlah dan tarikh.

tidak dijawab langsung.  Bukankah ini adalah satu contoh yang amat jelek sekali terhadap Kementerian YAB. Bagaimanakah “Rakyat Didahulukan” dan “Pencapaian Diutamakan” boleh dilaksanakan sedangkan YB CEO tidak kesan langsung perkara ini.

Saya berharap bahawa Kementerian Kewangan boleh memberi satu penjelasan bahawa kenapakah soalan Parlimen diabaikan dengan begitu sahaja atau ini membuktikan bahawa pentadbiran di tingkat 4 masih wujud sehinggakan masih berusaha untuk “cover up” terhadap orang-orang tertentu yang diketahuai menerima berjuta-juta ringgit “fee konsultasi” semasa pemerintahan “beraja di mata” dan bersultan di hati” oleh “Tingkat 4”.

Menteri Yang Tidak Cekap

“Di atas adalah situasi dari tidak adanya jawapan soalan sama sekali yang dibentangkan di Parlimen.

Tan Sri  Yang Di Pertua

Ada banyak kes Meteriyang tidak menjawab persoalan yang diajukan oleh kaum profesional atau tidak menjawab soalan sama sekali seolah-olah Menteri tidak mempunyai pemahaman tentang soalan tersebut. Misalnya pada 14-03-2011 Saya meminta YB Menteri Pelancongan untuk menyatakan adakah Kementerian berniat untuk meluluskan peraturan-peraturan baru untuk membuat MATA menyiapkan dana kompensasi untuk mengimbangi mereka yang telah ditipu oleh agen pelancongan? Jawapan YB Menteri adalah menunduk dan malu kepada YAB PM kerana beliau tidak menjawab soalan sama sekali. Sebaliknya ia pergi untuk memberitahu Parlimen bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk memaksa MATTA membayar pampasan kepada mereka yang telah ditipu. dengan jawapan bodoh seperti itu, bagaimana bisa YAB PM mencapai dasar kebijakan kerajaan-nya “Rakyat Didahulukan” dan “Pencapaian Diutamakan”.

Tan Sri Yang Di Pertua

Lebih baiklah YB CEO, KPI para Menteri dan beliau sendiri samaada beliau menjalankan tugas dengan  baik dan berkesan

Tan Sri Yang Di Pertua,

KPI PKR

Apabila kerajaan berusaha mengujudkan KPI didalam pentadbiranya maka tindakan ini telah dicemburui oleh pihak-pihak tertentu yang sentiasa memandang rendah apa jua usaha kerajaan dalam meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan kepada rakyat maka mereka juga turut melaksanakan KPI bagi menunjukan mereka juga sentiasa merakyat pentadbiran mereka, tetapi apa yang jelas KPI yang diwujudkan oleh mereka hanya bersifat politik kepuakan, bagi mengunakan KPI dengan tujuan  memberikan gambaran buruk kepada orang-orang tertentu yang tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin mereka, “the little napoleons” sebagai buktinya.

Baru saja saya telah membaca sebuah laporan berita di FMT yang PKR telah melakukan KPI pada anggota parlimen dan 7 daripada mereka telah gagal.

Dalam liputan tersebut, pegwai KPInya juga menyatakan kami, Ahli-ahli Bebas sekarang juga gagal dalam KPI dan sebab keluar dari PKR. Saya amat hairan kenapakah puak-puak “little napoleons” di dalam PKR begitu minat untuk KPI kami. Nampaknya amat jelas tujuan utama “little napoleons” ini semata-matanya memain politik kotor mereka

Izinkan saya  sekali lagi untuk menyatakan di Dewan Yang Mulia ini bahawa kami berhijrah keluar dari PKR kerana kami telah sampai tahap yang kami tidak boleh lagi menerima tingkah laku pemimpin tertingginya yang penuh dengan sikap “double standard”, cakap tidak serupa bikin, ketidak ikhlasan (insincere), “politik ketidakjujuran” dan berpolitik sama sekali tanpa visi untuk membangun negara.

Tuan Yang Di Pertua,

SAND MINING SCANDALS DI SELANGOR – KUMPULAN SEMESTA SDN BHD

Pagi ini saya dimaklumkan oleh sumber dari DAP bahawa En Wong Swee Leong, Pengurus Besar Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) syarikat dikawal oleh Kerajaan Selangor yang penuh dengan “sand mining scandal telah ditangkap oleh polis kerana disyaki mnegunakan Ahli Parlimen dan gangster mengacam seorang pegawai di KSB. Saya juga dimaklumkan bahawa pegawai yang diancam kerana beliau tidak menurut arahan En Wong Swee Leong untuk menutup “sand mining scandals’ dan sentiasa menyoal “special concession”, dengan izin, yang diberikan kepada syarikat Sungai Rampai Angkut, sebuah syarikat yang amat dengan En Wong swee Leong dan YB Ronnie Liu. Syarikat Sungai Rampai angkut ini dimiliki Datuk Tan Leong Meng.

En Wong Swee Leong adalah kuncu YB Ronnie Liu, Ahli Exco Selangor.  Saya tahu En Wong memang amat rapat dengan strong “underground connections” yang dipelihara oleh YB Ronnie Liu. Saya berharap polis menyiasat dengan mendalam dalam kes En Wong Swee Leong ini kerana orang ini boleh memberi lebih banyak maklumat terhadap “sand mining scandal” dan skandal YB Ronnie Liu.

KSSB ini dibawah portfolio Ahli Exco PKR.  Dengan sand mining scandal tersebut, Ahli Exco inilah perlu diKPI kan tetapi tidak. Sehingga kini kenyataan dari Ketua PKR, Ahli YB Permatang Pauh dan/atau peminpim PR yang lain tidak bersuara langsung mengenai “sand mining scandals” ini.  Biasanya mereka amat cepat untuk mendesak “setting up a Royal Commisssion”, dengan izin, untuk menyiasat apa-apa scandal pun.  Inilah double standard dan sikap cakap tak serupa bikin mereka.

Sila KPI pada pemimpin tertinggi anda sendiri, YB Pematang Pauh terlebih dahulu sebelum anda ingin KPI pada siapa pun di luar parti anda. Jika beliau gagal lalu apa gunanya KPI orang lain.

Mungkin bisa menjadi awalan yang baik untuk KPI di PKR, dengan menunjukkan kepada semua Malaysia YB Permatang Pauh yang bererti apa yang ia telah katakan bahawa ada persekongkolan dalam pengisian dia dengan sodomi. Tentu saja, saya tidak mahu percaya apa yang Menteri Senior  Singapura, YB Lee Kuan Yew, telah dikutip telah mengatakan dalam koresponden rahsia dengan kerajaan Amerika Syarikat  atas tuduhan sodomi iaitu, dengan izin “… he walked into the trap.”.  Kemungkinan ini adalah satu fitnah besar atau pun terlibat dalam teori konspirasi terhadap, Ketua Pembangkang, YB Permatang Pauh.

Dalam terang keputusan Hakim dalam “trial within a trial” bahawa sampel DNA daripada “Mr Y” tidak boleh diguna pakai dalam perbicaraan. YB Permatang Pauh, seorang tokoh politik yang hebat, harus mengambil kesempatan keemasan ini untuk menamatkan tuduhan sodomi nya dengan sekaligus.

Saya berharap beliau akan menyerah diri untuk ujian DNA, jika DNA itu bukan beliau maka ia akan satu bukti untuk menyokong theori konspirasi terhadap beliau.

Tan Sri  Yang di Pertua,

“The Little Napoleons”

Kewujudan “Napoleon Little” tidak terhad kepada Pembangkang saja. Ada lebih banyak di jabatan kerajaan.

“Little Napoleon” dalam DBKL adalah contoh terbaik tidak menjawab surat-surat dari Ahli Parlimen atau jika jawab dalam masa yang amat panjang atau selepas beberapa reminders (peringatan) dan sesalinan dihantar ke Datuk Bandar Kuala Lumpur, Menteri Wilayah Persekutuan serta Ketua Setiausaha Negara.

Jika inilah layanan yang diberi oleh pegawai atasan DBKL kepada Ahli Parlimen, apatah lagi orang awam.   Bagaimanakah Kerajaan boleh mencapai kepada dasar “Rakyat Didahulukan” dan “Pencpaian Diutamakan”?  Tingkah laku demikian akan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Tan Sri Yang Di Pertua

COMMISSIONER OF BUILDING (COB)

Parlimen telah lulus AKTA 663, Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 untuk menyediakan penyelenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta benda awam untuk kondominium dan sejenisnya dengan Strata Title. Berdasarkan undang-undang ini, Pesuruhjaya Bangunan / Commissioner of Building (COB) telah dilantik di setiap negari untuk memastikan penyelenggaraan dan pengurusan kondominium.

Malangnya, banyak dari COB hanya pemanas kerusi dan tidak melakukan apa-apa untuk menegakkan undang-undang ini. COB tampaknya sangat dangkal dalam pengetahuan mereka tentang undang-undang ini atau mereka tidak mempunyai kepercayaan diri untuk menggunakan kuasa mereka untuk melindungi para pemilik kondominium.

Berbicara (melalui) dari pengalaman saya sendiri berurusan dengan COB di WP Persekutuan, para COB tidak memberikan maklumbalas aduan yang diajukan oleh Joint Management Body (JMBs) atau pemilik kondominium dan/atau mengambil tindakan terhadap para developer atau JMBs.

Contoh-contoh:

Pembangun

Dalam kes Idaman Sutera Kondominium di Wangsa Maju, yang JMB dan saya telah menulis surat banyak kali untuk COB di WP,  mengeluh tentang pemaju, Medan Idaman Sdn Bhd, kerana tidak menyerahkan Sinking Fund sebanyak RM80,000-00 dan gagal memenuhi kriteria-kriteria yang di sarat oleh pihak Indah Water berkenaan sistem pembuangan sisa kumbahan yang dibina tidak menurut spesikasi dengan Plan Bangunan yang  diluluskan, yang mengakibatkan tandas-tandas di kondominium yang tersumbat dan banjir dari kolam kumbahan. Keadaan ini telah menyebabkan ketidakselesaan besar dan malu kepada pemilik kondominium. Sampai saat ini tidak ada tindakan positif yang diambil oleh COB atau Jabatan Bangunan DBKL. Para pemilik telah menderita selama bertahun-tahun.

JOINT MANAGEMENT BODY (JMB)

Dalam kes lain yang melibatkan JMB, dimana para pemilik kondominium telah mengeluh kepada COB tentang kesalahan pengendalian dana JMB, kegagalan untuk menyediakan  akaun diaudit dan kegagalan untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan dan lain-lain.

Saya percaya bahawa ada banyak kes di mana melibatkan pemaju yang menyimpang dan JMB di seluruh negara. Akhirnya, pemilik kondominium yang harus menderita dan menyebabkan penyelenggaraan yang buruk dan tidak membayar management fees kerana pemilik tidak puas hati dengan para pemaju atau JMB.

Sekarang saat dimana Kementerian WP dan/atau kerajaan negeri lain untuk mengambil tindakan segera terhadap pegawai-pegawai COB yang tidak melaksanakan tugasnya berdasarkan undang-undang dan YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengambil langkah-langkah kehadapan untuk memindakan undang-undang ini dengan syarat-syarat yang jelas kepada tangung jawab pemaju dan JMB dan memberikan hukuman yang keras termasuk hukuman penjara supaya kepentingan pembeli kondominium dan kepentingan awam terpelihara.

Tan Sri Yang Di Pertua

En Hasbie Satar, bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan II, YB Tan Sri Nor Yaakob

Saya terkejut bahawa En Hasbie Satar baru-baru ini dituduh di bawah undang-undang Anti Money Laundering Act (AMLA) ketika ia harus dikenakan bayaran untuk amalan rasuah atau korupsi.

Telah banyak dilaporkan bahawa semasa MACC menangkap En Hasbie Satar, bekas setiausaha kepada bekas Menteri Kewangan II, YB Tan Sri Nor Yaakob, dengan sekurang-kurangnya wang tunai RM2 juta. Ia juga dikesan mempunyai beberapa kondominium mewah dan mempunyai 47 peti besi di rumahnya.

Kecuali tuduhan AMLA ini benar-benar tidak berkaitan dengan wang tunai juta RM2 yang ditemui di rumah En Hasbie Satar dan beberapa kondominium mewah, orang awam tidak boleh menerima tuduhan di bawah AMLA.  AMLA bukan undang-undang yang sesuai sebab wang tunai RM2 juta  masih ada dalam pemilikannya.  Tuduhan dibawah AMLA dalam keadaan ini telah memberikan satu gambaran yang jelas bahawa pihak tertentu “cover up” perkara dan/atau atau untuk melindungi orang tertentu.

Tuan Yang Di Pertua,

GLC

Mereka GLCs di mana perkhidmatan pelanggan yang paling dipertanyakan(dipersoalkan). Sebahagian besar masa ini GLCs menikmati  konsesi khas dan/atau ‘special treatments” daripada kerajaan tetapi usaha perkhidmatan pelanggan mereka tidak dimeningkatkan.

diketahui umum kes-kes di mana pegawai  di peringkat menengah  GLC telah diberikan kemudahan  Audi A4 sebagai kereta rasmi mereka tetapi prestasi mereka yang paling diperbahaskan – standard seperti perkhidmatan seperti kupcai sahaja! Itu kerana mereka yang dimanjakan sedemikian rupa sehingga mereka menjadi “brainless and hertless robots”.

Ahli-Ahli YB sedia dimaklum bahawa dasar kerajaan hanya diberikan Menteri,  Proton Perdana sebagai kereta rasmi mereka lalu mengapa harus pegawai diperinkat menengah diberikan Audi A4, yang merupakan pengeluar kereta yang terbesar di Jerman!  Salah satu harus membayar harga premium untuk kereta Audi jika dibandingkan dengan BMW dan Mercedes Benz.

Saya berharap bahawa Menteri Kewangan akan mengeluarkan  sebuah peraturan atau dasar bahawa kereta rasmi para pegawai di bawah kedudukan CEO tidak boleh lebih dari Proton Perdana. Hal ini tidak hanya akan menjimatkan sejumlah besar wang untuk GLC  dan pada masa yang sama membuat mereka untuk menjadi “manusia” sebenar.

Tuan Yang Di Pertua,

YAB PM PERLU MENYIASAT MENDALAM TINGKAH LAKU PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN

Saya berani mengatakan bahawa sebahagian besar dari rakyat Malaysia dari semua bangsa menyedari dan menerima bahawa YAB PM berusaha sangat keras untuk merancangkan dasar-dasar “Rakyat didahulukan” dan “Pencapaian Diutamakan” direalisasikan dan bahawa perlu sedikit masa. Namun, mereka juga menyedari bahawa YAB PM menghadapi banyak masalah dan rintangan dalam pelaksanaan yang tepat daripada dua dasar utama ini.

Saya berharap bahawa YAB PM akan mengunakan lebih banyak masa untuk melihat jauh ke dalam yang memungkinkan kegagalan dari pegawai kerajaan atau civil servants untuk mereka benar-benar mengamalkan dasar “Rakyat Didahulukan” dan “Pencapaian Diutamakan” dinyatakan dua dasar ini akan menjadi kegagalan. Kemudian rakyat akan kehilangan kepercayaan kepada Kerajaan.

Tuan Yang Di Pertua,

UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES ACT 1971

THE STUDENTS OF HIGHER LEARNIG ARE LEADERS OF TOMORROW.

Universities and University Colleges Act 1971 diluluskan pada tahun 1971. Mungkin pada masa itu, undang-undang ini diperlukan tetapi melalui perjalanan masa 30 tahun kerajaan harus mengaji semula (revisit) dalam Seksyen 15 (1), (2) dan (3) Undang-undang ini, yang saya sangat percaya bahawa itu sudah ketinggalan jaman (archaic). Waktunya telah tiba bagi Kerajaan “Rakyat Didahulukan” untuk mencadangkan untuk menghapuskan Seksyen 15 (1), (2) dan (3).

Waktunya telah tiba bagi negara kita untuk mengubati pelajar belajar lebih tinggi (students of higher learning) kerana mereka adalah berfikir dewasa dan lebih lagi, mereka para “pemimpin masa depan” (leaders of tomorrow).

Malaysia tidak boleh dilihat sebagai menahan pelajar-pelajarnya dari mempunyai pemikiran politik dan mengambil bahagian dalam aktiviti politik. Bahkan, pelajar-pelajar kita yang  belajar lebih tinggi (students of higher learning) harus digalakkan untuk mempunyai keyakinan politik mereka sendiri dan berpersatuan untuk kemajuan negara dan untuk membuang mentaliti dunia ketiga. Kita suka atau tidak, para pelajar saat ini sama sekali berbeza dengan mahasiswa tahun terakhir kerana mereka mendapati lebih  maklumat kerana mereka boleh diakses untuk maklumat lebih lanjut melalui internet, yang mempunyai batas-batas.

Negara ini adalah salah satu penandatangan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia di bawah United Nation (Universal Declaration of Human Rights). Oleh kerana itu, kita harus menyokong total Atikle-Atikel 19 dan 20 (1).

Article 19

Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers.

Article 20

(1) Everyone has the right to freedom of peaceful assembly and association.

It is clear that section 15 (1), (2) & (3) contravened Articles 19 and 20 of Universal Declaration of Human Rights, dengan izin.
Saya sungguh berharap bahawa kerajaan akan membentuk sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen dengan maksud untuk menghapuskan bahagian di atas, yang sangat kuno dan tidak demokratik.

Tuan Yang Di Pertua

Laluan LRT

Saya dapat banyak aduan bahawa “there is no LRT routes to many densely populated areas in Petaling Jaya and in Jalan Gombak and Jalan Genting Kelang”.  Walaupun melalui Plan Kuala Lumpur 2020, pihak DBKL telah membatalkan laluan LRT yang melibatkan Kg-Kg Tradisi di Jalan Gombak, samada kerajaan mempunyai cadangan lain bagi mengadakan laluan LRT di kawasan-kawasan tersebut. Rakyat umum amat memerlukan kepada sistem pengakutan awam yang berdaya maju bagi di sesuaikan dengan slogan pihak DBKL “menuju Bandaraya Bertaraf Dunia”.

7 KAMPUNG TRADISI

Akhir  sekali,  saya  telah  diminta  oleh  penduduk – penduduk  di  7 buah  Kg  Tradisi,  iaitu Kampung Puah  Seberang,  Kg Sungai Mulia,  Kg Chubadak,  Kg Puah,  Kg Sg Merali,  Kg  Bandar  Dalam dan Kg  Padang  Balang, untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mengekalkan 7 kampung ini  sebagai  Kg Tradisi di Wangsa Maju, di Ibukota. Saya juga telah diminta untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan  yang  mengistihar mengekalkan  7 Kg Tradisi tersebut dan juga YB Menteri Penerangan, Komunikasi yang telah  mengistiharkan  7  Kg Tadisi ini  sebagai Hab Kesenian dan Kebudayaan  di Ibukota baru-baru ini.
Saya berharap bahawa kerajaan akan melihat ke arah usaha-usaha meng-upgrade kan  7 Kg Tradisi dengan kemudahan asas seperti lampu jalanan lebih banyak dan lebih baik sistem pembuangan sisa-sisa kumbahan  sebagai permulaan.  Para wakil dari 7 Kg Tradisi inin telah meminta saya menyatakan permintaan untuk pertemuan wakil dari 7 Kg Tradisi  ini  dengan YB Menteri Wilayah Persekutuan bagi mereka untuk secara peribadi menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan. Saya sungguh berharap bahawa YB Menteri WP akan menyetujui pertemuan secara baik sabagaimana yang dipinta oleh wakil-wakil dari 7 buah Kg Tradisi tersebut.

Sekian terima kasih, Tan Sri Yang Di Pertua

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top