Soalan-soalan untuk sesi Parlimen 07 March 2011

Soalan-Soalan Untuk Jawapan Lisan

1. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa memandangkan peningkatan ketara kes-kes jenayah di negara ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan kadar nisbah anggota polis/rakyat kepada seorang pegawai polis dengan 400 rakyat dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pasukan polis dalam mengurangkan kadar jenayah khususnya di kawasan Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] ask the Minister of Home Affairs to state that in the light of the appalling increase crime rate in the country, what actions have been taken by the Ministry to increase the police/citizen ratio of 1 police officer to 400 citizen and what actions have been taken by the police force to reduce the crime rate generally and in particular in Wangsa Maju?

2. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan memandangkan bahawa Astro adalah anak syarikat kepada sebuah syarikat asing dan telah mengaut untung bersih sebanyak RM689 juta bagi tahun 2010 daripada 2.911 juta langganan (yang merangkumi langganan 1.7 juta dari kaum Melayu, 670,000 dari kaum Cina, 319,000 dari kaum India dan 222,000 dari kaum lain-lain), adakah Kementerian bercadang untuk mengawal dan mengurangkan yuran bulanan yang terlalu tinggi dari Astro dan meluluskan peraturan baru untuk menyekat monopoli ke atas program-program popular seperti National Geographic, ESPN, Discovery, BBC, CNN dan lain-lain oleh Astro supaya program-program tersebut boleh dibuka untuk saluran TV prabayar lain serta mengalakkan persaingan.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] ask the Minister of Communication and Culture to state that in the light of Astro is a subsidiary company of a foreign company and was making a net profit of RM689 million for 2010 from its 2.911 million subscribers (1.7 million of Malay, 670,000 of Chinese, 319,000 of Indian and for 222,000 of others), is the Ministry intend to control and reduce the exorbitant monthly subscription fees in particular Astro pass new regulations to stop the monopoly of the popular programes like National Geography, ESPN, Discovery, BBC, CNN and others by Astro so that the such programes be opened to other Paid TV provider to encourage competition?

3. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Perdana Menteri menyatakan memandangkan trend-trend masakini dimana mahkamah telah mengenakan denda yang tidak setimpal terhadap kes-kes melibatkan manipulasi pasaran saham, pengumuman kenyataan yang tidak benar/palsu oleh pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai syarikat-syarikat yang disenaraikan di BSKL, samaada  Kerajaan bercadang untuk meminda undang-undang sekuriti yang sedia ada dengan mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap jenayah kolar putih ini.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] to ask the Prime Minister to state in view of the current trend of the Court imposing negligible fine for offences involving share market manipulations, misstatements by directors or officers of public listed company, whether the Government intends to amend the existing security market laws impose mandatory custodial sentence for such white collar crimes?

4. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Pelancongan menyatakan apakah peraturan tender semasa untuk pemberian projek-projek atau kontrak-kontrak yang diamalkan oleh Kementerian supaya amalan kronisme dapat dielakkan dan apakah peraturan tender yang digunakan oleh Kementerian untuk pemberian projek-projek atau kontrak-kontrak kepada Naga DDB Sdn Bhd, Smascom & Design Sdn Bhd, Sen Media Sdn Bhd, M & C Satchi Sdn Bhd, Impact Creations (M) Sdn Bhd?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] ask the Minister of Tourism what are the tender procedures currently practiced by the Ministry in the award of projects or contracts so as to avoid the practice of cronyism and what were the tender procedures used to award projects/contracts to Naga DDB Sdn Bhd, Smascom & Design Sdn Bhd, Sen Media Sdn Bhd, M & C Satchi Sdn Bhd, Impact Creations (M) Sdn Bhd?

5. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa memandangkan ramai rakyat Singapura yang memasuki Malaysia menggunakan Pas Sosial dan menetap dan/atau bekerja bertahun-tahun lamanya (“permanently”), samaada Kementerian bercadang mengeluarkan peraturan baru seperti undang-undang imigrasi Singapura dimana pelawat-pelawat atas Pas Sosial hanya dibenarkan tinggal di Singapura tidak melebihi 90 hari dalam setahun, supaya tidak ada penyalahgunaan Pas Sosial tersebut.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] ask the Minister of Home Affairs to state that in the light of many Singaporeans, who have entered into Malaysia using Social Passes and live here on a permanent basis and/or work permanently, whether the Ministry intends to pass new regulations similar to that of Singapore immigration laws whereby visitors on social passes are only allow to stay in Singapore for not more than 90 days in a year, to stop the glaring abused?

6. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Kewangan menyatakan kerugian terperinci yang mana Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa menanggung kerugian besar akibat kesalahan dalam pencetakan wang kertas Malaysia, yang menimbulkan masalah kekurangan wang kertas baru untuk Perayaan Tahun Baru Cina, serta memberi nama agensi atau syarikat yang dilantik untuk menguruskan kerja pencetakan wang oleh Thomas de la Rue di UK dan mengapakah BNM tidak menuntut pampasan dari syarikat yang dilantik.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] ask the Minister of Finance to provide the detailed huge losses that Bank Negara Malaysia (BNM) had to pay for the mistakes in printing Malaysian currencies, which has also resulted in shortage of new notes for the recent Chinese New Year, and the name of the company or agent that was appointed by BNM to arrange for the printing of our currencies by Thomas de la Rue in UK and why BNM did not make any claim for compensation from its agent?

7. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Pelancongan menyatakan bahawa memandangkan banyak agensi -agensi pelancongan yang ditutup (“collapsed”), samada Kementerian bercadang untuk mengeluarkan peraturan-peraturan untuk memaksa MATTA menyediakan tabung  pampasan untuk dibayar semula kepada orang ramai yang telah membuat bayaran pendahuluan untuk tiket-tiket penerbangan dan pakej pelancongan? Jika tidak, sila nyatakan sebab-sebabnya.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] ask the Minister of Tourism to state that in the light of the collapsed of many travel agents, whether the Ministry intends to pass a regulation to compel MATTA to set up a compensation fund to meet claims by members of public, who have paid for their plane tickets or tours in advance to the errant travel agents? If not, why not.

8. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] meminta Menteri Pendidikan menyatakan sebab-sebab berkenaan keputusan peperiksaan PMR tahun lepas di mana 38,000 penuntut telah mencapai 8 gred “A” dan begitu juga dengan keputusan peperiksaan SPM di mana beribu-ribu lagi penuntut telah mendapat gred “A” dalam semua matapelajaran maka apakah hitungan markah minima untuk lulus setiap matapelajaran PMR dan SPM serta hitungan markah untuk mencapai gred “A” dalam setiap matapelajaran PMR dan SPM?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] to ask the Minister of Education, since 38,000 students achieved 8 “A”s for PMR examination results last year and thousands of students also obtained multiple grade “A”s in the SPM examinations, what is the minimum passing mark for each PMR and SPM subject and what is the lowest mark to achieve grade “A” in each PMR and SPM subject?

9. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Kewangan menyatakan sebab-sebab mengapa laporan forensik ke atas kerugian Sime Darby yang berjumlah melebehi RM2 billion yang telah disiapkan tetapi tidak dibentangkan di Parlimen seperti mana yang dijanjikan oleh kerajaan di Parlimen bahawa kerajaan akan membentangkan repot tersebut apabila ia telah siap.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] ask the Ministry of Finance to state the reasons why the completed Forensic Report on the RM2 billion losses sustained by Sime Darby was not tabled in Parliament when the Government has made a promise in Parliament that it will do so when the said report is completed.

10. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Perdana Menteri menyatakan pandangan terhadap tuduhan-tuduhan bahawa Kerajaan mengambil masa yang lama dalam pemindahan rakyat Malaysia di Mesir, apakah yang telah dilakukan oleh Kerajaan di dalam kerja-kerja pemindahan dan berapakah jumlah kos yang telah dibiayai oleh Kerajaan bersabit dengan kerja pemindahan ini.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] ask the Prime Minister to state that in the light of the accusations that the Government has been slow in evacuating Malaysians from Egypt recently, what have been done by the Government in the said evacuation exercise and what are the detail costs of the said evacuation exercise?

Soalan-Soalan Untuk Jawapan Bertulis

1. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Perdana Menteri menyatakan setelah lebih setahun berlalu selain daripada tuduhan di bawah Akta Anti-Money Laundering, apakah tindakan yang akan diambil oleh SPRM terhadap Encik Hasbie Satar, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Ke2 yang lalu serta orang yang bersubahat dengannya yang melibatkan jutaan ringgit yang telah dijumpai di apartmentnya.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] to ask the Prime Minister to state more than one year has elapsed and what other actions other than charges under Anti-Money Laundering Act to be taken by MACC against En Hasbie Satar, the ex-political secretary to the then Minister of Finance II, and his accomplices for millions of Ringgit discovered in his apartment?

2. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan bahawa memandangkan Datuk Bandar telah bersetuju pada dasarnya untuk memindahkan lokasi pasar malam di Danau Kota, Wangsa Maju ke lokasi baru yang jauh dari kawasan perumahan, bilakah pasar malam ini akan dipindahkan ke lokasi baru untuk mengelakkan masalah social (noise pollution dan lain-lain) kepada penduduk-penduduk?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] ask the Minister of Wilayah Persekutuan and Rural Well Being to state that since Datuk Bandar Kuala Lumpur has agreed in principle to move the nightly pasar malam in Danau Kota, Wangsa Maju, to a new location far away from residential area, when will this pasar malam be moved in order to avoid the social problems (i.e noise pollution and etc) to the residents?

3. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil untuk menyekat kebanjiran pendatang haram daripada Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Cambodia dan lain-lain, yang bebas menjalani perniagaan dan/atau bekerja di Jalan Petaling, Pasar Basah Selayang, kedai-kedai IT di Plaza Low Yat dan lain-lain tempat di negara.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] to ask the Minister of Home   Affairs to state that what actions have been taken or to be taken to stop the massive influx of big number of illegal migrants from Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Cambodia and etc operating businesses and/or working in Jalan Petaling, Selayang wet market, IT stores in Low Yat Plaza and in other part of the country.

4. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Kesihatan menyatakan samaada Kementerian bercadang untuk menggubal peraturan baru terhadap semua doktor-doktor untuk hanya mengenakan caj konsultasi, diagnosis dan preskripsi sahaja manakala pesakit  diberi pilihan samaada untuk mendapatkan ubat-ubatan dari kaunter-kaunter farmasi yang bertauliah seperti mana yang diamalkan di United Kingdom bagi mengelakkan daripada dicajkan harga yang berlebihan. Jika tidak, kenapa tidak.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] ask the Minister of Health to state whether Ministry intends to impose new regulations for all doctors to charge only for consultation, diagnosis and prescription fees and the option for the dispensation of medication to be left to the patients to go to the licensed chemist of their choice like in United Kingdom in order to prevent over charging for cost of medicines. If not, why not.

5. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri dalam Negeri menyatakan apakah peraturan khusus dan/atau garis panduan yang disediakan oleh Kementerian kepada Lembaga Penasihat apabila berurusan tentang rayuan yang dibuat oleh orang-orang tahanan di kem-kem tahanan di Simpang Renggam atau di bawah Akta Keselamatan (“Internal Security Act”).

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] to ask the Minister of Home Affairs to state what are the standard procedures and/or guidelines provided by the Ministry to the Advisory Board when dealing with the appeal by the detainees in the detention camps in Simpang Rengam or other places under the Internal Security Act.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top