Sime Darby! Oh Sime Darby! Kemana perginya ringgit kita!
Of late Sime Darby had been in the news (not in the mainstream media obviously) for the wrong reasons!
Sime Darby CEO, Dato’ Seri Ahmad Zubir
Ketua Pegawai Eksekutif Darby, Dato’ Seri Ahmad Zubir
First, on 17 December 2008, the world’s largest plantation conglomerate desperately wanted to take over IJN (National Heart Institute) to privatise it but the rakyat would have none of it.
Then, in early January 2009, it had uncharacteristically entered into a joint-venture agreement with Air Asia to build KLIA East @ Labu, Seremban, supposedly without involving a Sen of public fund. This, too, was met with loud public disapproval because of many unanswered questions.
Now, we have been informed that Sime Darby had incurred a whopping RM800 million cost overrun through one of its subsidiary companies in an engineering project in Qatar!
RM800 million, and possibly still counting! What next Sime Darby? How much more of the rakyat’s money have you wasted?
Go, read all about Sime Darby’s latest bungle here.
– Terjemahan oleh Lee Wee Tak – Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong –
Baru-baru ini Sime Darby diberi liputan luas (bukan dalam saluran kawalan) atas sebab-sebab yang salah!
Pertamanya, pada tanggal 17 Disember 2008, kumpulan syarikat perladangan terbesar dunia beriya-iya hendak mengambil alih dan menswastakan IJN (Institusi Jantung Negara) tetapi tindakan ini dibantah oleh para rakyat jelata.
Kemudiannya, pada awal Januari 2009, ia bertindak lain daripada kelazimannya dengan menandatangani perjanjian usaha sama dengan Air Asia untuk membina KLIA East @ Labu, Seremban, kononnya tanpa satu Sen pun daripada dana awam. Ini juga ditentang kuat umum kerana banyak persoalan yang tidak dapat dijawab.
Kini, kita dimaklumkan bahawa Sime Darby mengalami kerugian besar RM800 juta akibat belanja lebih oleh sebuah anak syarikat dalam suatu projek kejuruteraan di Qatar!
RM800 juta, dan mungkin akan meningkat lagi! Apakah yang akan dibentangkan lagi oleh Sime Darby? Berapa banyakkah wang rakyat yang anda bazirkan?
Lamanlah sini dan anda boleh baca mengenai kesilapan besar terkini Sime Darby.