SAMBUTAN KE 150 TAHUN 7 KAMPUNG TRADISI DAN PENGISTIHARAN SEBAGAI KAMPUNG WARISAN

 

Dokumen Pengisthiharan Kg Warisan

 

Pada 10 Oktober 2010 saya telah di jemput menghadiri majlis sambutan ke 150 Tahun Kg Bandar Dalam, Gombak dalam kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Kg Bandar Dalam adalah sebahagian daripada 7 buah Kg Tradisi yang terletak di dalam Bandaraya  Kuala Lumpur yang mana masih kekal hingga ke hari ini. Baki kg tersebut adalah Kampung Padang Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Puah, Kampung Puah Seberang, Kampung Chubadak dan Kampung Sungai Mulia.

Kebanyakan penduduk-penduduk di Kg Bandar Dalam ini adalah dari generasi ke 3 yang mewarisi tanah-tanah pusaka ini dari Datuk nenek mereka yang telah membuka Kampung-kampung tersebut, yang saya di maklumkan semenjak tahun 1860.

Walaupun terletak di dalam Bandaraya Kuala Lumpur yang pesat membangun namun penduduk-penduduk kampung tersebut masih dapat mengekalkan cara hidup mereka yang di warisi dari datuk nenek mereka. Mengekalkan cara hidup bermasyarakat yang harmoni. Ini jelas dapat di lihat dalam majlis tersebut, penduduk-penduduk Kg telah bergotong royong bagi menjayakan majlis berkenaan.

Dalam ucapan ringkas saya, saya  telah menjelaskan pada 7 Disember 2009 dalam persidangan parlimen ketika itu, Menteri Wilayah Persekuatuan Kuala Lumpur YB Senator Dato’ Raja Nong Chik  telah bersetuju supaya Kg tersebut bersama-sama dengan 6 lagi Kg Tradisi di kekalkan.

Dalam majlis tersebut turut di lancarkan buku DIRGAHAYU 150 TAHUN KAMPUNG BANDAR DALAM oleh Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said.serta pameran model Kg Tradisi dari pelajar-pelajar Kejuruteraan Seni Bina UIA.

Pada majlis tersebut juga, Tuan Hj Ishak Surin, selaku ketua Kg Bandar Dalam bersama-sama dengan wakil 6 lagi Kg Tradisi telah membuat pengistiharan bahawa 7 KgTradisi ini sebagai KAMPUNG WARISAN MELAYU.

 

Dirgahayu 150 Tahun Tanah Warisan Bangsa

 

 

 

Pengisthiharan 7 Kg sebagai Kg Warisan oleh Tuan Hj Ishak Haji Surin, Ketua Kg Bandar Dalam merangkap Pengerusi Muafakat

 

Sambutan Oleh Tuan Hj Ishak Hj Surin

 

 

Yg Bhg Sasterawan Negara Dato' A Samad Said

 

 

Pameran Model Kg Warisan

 

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top