Ribuan Terima Kasih Kepada Rapid KL untuk T 205

Atas permintaan penduduk-penduduk Taman Setapak dan kawasan-kawasan di sekitarnya untuk perkhidmatan bas di kawasan tersebut. Pejabat Perkhidmatan Ahli Palimen Wangsa Maju bagi pihak penduduk-penduduk memohon kepada Rapid KL untuk memulakan perkhidmatan bas di kawasan tersebut.

Lanjutan daripada ini beberapa perbincangan dengan pihak Rapid KL telah diadakan dan tinjauan percubaan telah juga dilakukan.

Dengan ini saya bagi pihak penduduk-penduiduk di Wangsa Maju khasnya di kawasan sekitar Taman Setapak dan lain-lain tempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan Rapid KL khasnya, Tuan Zakariya Kassim, Pegawai Perancang Operasi Rapid KL, kerana dengan usaha beliau Rapid KL telah bersetuju untuk memulakan perhidmatan bas bernombor T 205 Setapak Garden pada 8hb Ogos 2011 yang mana jauh lebih banyak daripada apa yang saya pohon.

Berikut adalah perkhidmatan-perkhidmatan yang diluluskan:

1.  Pengguna-pengguna di Taman Setapak boleh pergi ke Danau Kota, Pasaraya Festival Mall, Jalan Genting Kelang JPJ, UTAR, LRT Taman Melati, dan Melati Utama;

2.  laluan-lauan: Stesen LRT Tman Melati. Melati-Pers. Pertahanan-JlnTmn. Melati 1/5 Jln Tmn. 8/5, Jln Tmn Melati 2, Jln Tmn Melati 1,  Jln Melati Utama 2, MRR2, Jln Melati 1, Jln Tumbuhan, Jln Genting Kelang, Jln Tmn Ibu Kota, Jln Ibu Kota, Jln Ibu Kota Kanan, Jln Meranti, Jln Rasak, Jln Cenggal, Jln Keruin, Jln Jerejak, Jln Cenggal, Jln Langkawi, Jln Tmn Ibu Kota, Jln Genting Kelang, Jln Tumbuhan, Stesen LRT Melati;

3. Perkhidmatan tersebut dengan kekuatan bas sebanyak 3 buah bas.

4. Jarak laluan sejauh 12.8 Km; dan

5. Kekerapan bas adalah di antara 20-25 Minit.

Saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Rapid KL khasnya, Tuan Zakariya Kassim atas usaha tersebut. Akhir sekali saya percaya jika tanpa usaha keras beliau perkhidmatan bas ini tidak dapat direalisasikan.

Wee Choo Keong

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top