Questions Time 3-11-2011: Pada 2006 Kerajaan telah membayar subsidi RM250 juta kpd AirAsia/AirAsia X Sdn Bhd

YB Dato’ Hj Mohd Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Pengangkutan menyatkan jumlah subsidi yang diberikan kepada AirAsia semasa mereka melksanakan khidmat Rural Air Services (RAS) sebelum mereka kemudianya menarik diri.

Jawapan Lisan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan:

Untuk makluman YB bahawa Kerajaan telah awad kepada AirAsia Bhd untuk mengambilalih Rural Air services (RAS) kepada AirAsia Bhd dan AirAsia Bhd subcontract RAS kepada FAX (Fly Asian Express Sdn Bhd) dan Kerajaan telah membayar subsidy sejumlah RM249.9 juta kepada AirAsia Bhd/AirAsia X Sdn Bhd. FAX menjalankan RAS daripada 1-8-2006 sehingga 30-9-2007 dan Kerajaan perlu tamatkan perkhidmatan kerana perkhidmatan RAS daripada FAX. Kerajaan cuma membayar subsidi berjumlah RM125 million (50% kurang daripada subsidi yang diberikan kepada AirAsia/FAX) kepada MasWing yang telah melaksanakan perkhidmatan RAS yang amat baik kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.

Soalan Tambahan daripada YB Pendang: Berapakah jumlah hutang AirAsia Bhd/AirAsia X Sdn Bhd kepada MAB?  Timbalan Menteri tidak boleh memberi jawapan.

Soalan Tambahan daripada YB Wangsa Maju: Samada YB Timblan Menteri sedar atau tidak bahawa FAX (Fly Asian Express Sdn Bhd) ditubuhkan pada 19-5-2006 dan Kerajaan pada masa itu terus meluluskan Air Operation Certificate (AOC) kepada FAX sedangkan ia tiada apa-apa pengalamam pernerbangan dan latar belakang kewangan yang kukuh. Bagaimanakah Kerajaan pada masa itu dapat memberi kelulusan AOC kepada FAX dengan latar belakang tersebut dan kenapakah Kerajaan tidak menuntut sebahagian subsidi berjumlah RM250 juta kerana perkhidmatan RAS oleh FAX ditamatkan awal (premature termination)? 

Timbalan Menteri tidak boleh memberi apa-apa jawapan kepada soalan-soalan tambahan tersebut daripada Ahli Pendang dan Wangsa Maju atas alasan beliau tidak sedia menjawab soalan-soalan tersebut.

Read related articles HERE, HERE & HERE.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top