PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG
[ WANGSA MAJU ]
TARIKH : 29 Mac 2011
SOALAN :
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah peraturan khusus atau garis panduan yang disediakan oleh Kementerian kepada Lembaga Penasihat apabila berurusan tentang rayuan yang dibuat oleh orang-orang tahanan di kem-kem tahanan di Simpang Renggam atau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act).
Jawapan
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju yang mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, Kementerian tidak menyediakan peraturan khusus atau garis panduan kepada Lembaga Penasihat dalam membuat keputusan berhubung dengan rayuan orang-orang tahanan seperti yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat.
Sebenarnya Keputusan oleh Lembaga Penasihat itu adalah bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana Lembaga Penasihat mempunyai prosedurnya sendiri dalam membuat keputusan terhadap rayuan orang-orang tahanan.