Questions Time: 22 April 2010

PERTANYAAN  :        BERTULIS

DARIPADA        :        Y.B. TUAN WEE CHOO KEONG

[WANGSAMAJU]

SOALAN             :        461

Minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan minta menyatakan hasil siasatan berhubung dengan penyalahgunaan dana untuk projek penyelidikan Bio-Fed oleh Venturepharm Asia Sdn Bhd (VASB) dan tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk mendapatkan semula wang sebanyak RM2.3 juta yang telah disalurkan kepada VASB.

JAWAPAN:

Untuk makluman AhIi Yang Berhormat, seperti mana yang telah di maklumkan sebelum ini, berdasarkan kepada laporan siasatan SPRM terhadap projek syarikat Venturepharm Asia Sdn Bhd (VASB), didapati tiada unsur rasuah yang dikesan dalam proses penilaian projek dan syarikat ini  telah diluluskan dana dibawah skim Technofund.

Walaubagaimanapun Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan VASB telah luput pada 31 Mei 2009 dan tiada apa-apa pelanjutan masa diberikan. Sehubungan itu, Kementerian ini telah mengemukakan surat penamatan projek kepada entiti pada 4 Februari 2010 dan pihak entiti telah terlepas daripada segala obligasi dan tanggungjawab dengan pihak kerajaan.

Kementerian pada masa ini juga tidak dapat menarik semula amaun yang telah dikeluarkan kepada VASB sebanyak RM2, 264,800.00 kerana tempoh perjanjian telah tamat. Pengagihan ini adalah bedasarkan pencapaian milestone yang dijadualkan dalam perjanjian projek sepertimana yang telah diperakukan oleh pasükan pemantau. Tiada pembayaran selanjutnya telah diagih setakat ini mengambil kira keperluan pencapaian milestone seterusnya dan juga pengakhiran tempoh sah projek mengikut perjanjian.

Seterusnya Kementerian sedang meneliti keraguan yang telah timbul berkait beberapa aspek permohonan asal yang telah dikemukakan oleh VASB berikutan beberapa perkembangan baru dalam siasatan keatas projek ini dan tindakan selanjutya sedang dipertimbangkan dalam masa yang terdekat.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top