20-6-2012 Questions Time: The little Napoloens in Khazanah were at it again

See updates on MAS AGM of today in the previous posting.

Jawapan Lisan 20-6-2012

Y.B. TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) jumlah pekerja Khazanah sebelum dan selepas Jun 2004 dan jumlah perhitungan terperinci kos gaji, bonus yang dibayar kepada semua pekerja bagi setiap tahun dari 2002 sehingga 2011, kesemua gaji tahunan keseluruhan termasuk ganjaran untuk setiap tahun dari 2003 hingga Jun 2004 dan untuk Pengarah Urusan Khazanah dan Pengarah Eksekutif, iaitu Dato’ Mohammad Zainal Shaari, En Ganen Sarvanathan, En Ben Chan, Michael Jude Fernandes, En Joseph Dominic Silva, Dato’ Nungsari Ahamad Radhi, Dato’ Noorazam Abd Aziz, En Keneth Shen, En Mohd Izani Ghani dan En Ahmad Farouk Mohammed daripada Jun 2004 hingga 2012; dan

 

(b)  perhitungan terperinci kos fi Konsultan yang dibayar oleh Khazanah bagi tahun 2001, 2002, 2003 dari 1 Januari 2004 hingga 31 Mei 2004, dari 1 Jun 2004 hingga 31 Disember 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011.

 

JAWAPAN

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

Untuk makluman Yang Berhormat, seiring dengan mandat baru yang diterima oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) pada tahun 2004 untuk meneroka peluang pelaburan dalam sektor baru yang strategic, keperluan modal insan Khazanah juga telah dipertingkatkan bagi menyokong matlamat serta keperluan organisasi. Lanjutan daripada itu, jumlah kakitangan Khazanah telah meningkat daripada 33 orang pada 14 Mei 2004 kepada 412 orang pada 1 Jun 2012.

 

2.         Khazanah menetapkan ganjaran kakitangannya berpandukan kepada garis panduan yang terkandung dalam Buku Biru (berkaitan Peningkatan Pengurusan Prestasi) terbitan Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG), bagi menarik serta mengekalkan bakat dari luar. Garis panduan tersebut antara lainnya menetapkan gaji asas kakitangan yang kompetitif berbanding pasaran (tidak melebihi 50 persentil gaji asas purata syarikat-syarikat swasta setaraf), memastikan kenaikan gaji asas mencerminkan prestasi individu dan syarikat. Di samping itu, keseluruhan ganjaran yang ditawarkan perlulah kompetitif berbanding pasaran, di mana jumlah ganjaran termasuk bonus dibayar berdasarkan kepada prestasi individu dan syarikat serta penggunaan wang tunai sebagai ganjaran atau insentif.

 

3.         Di antara tahun 2001 sehingga tahun 2003, jumlah kos bagi khidmat perunding luar yang dibelanjakan oleh Khazanah mewakili kira-kira 0.08% daripada jumlah nilai urus niaga pelaburan (RM8.3 bilion) dan pelupusan (RM2.0 bilion). Sementara di antara Mei 2004 hingga Disember 2011 pula, jumlah kos bagi khidmat perunding luar yang dibelanjakan oleh Khazanah mewakili kira-kira 0.6% daripada jumlah nilai urus noaga pelaburan (RM45.5 bilion) dan pelupusan (RM31.7 bilion).

 

4.         Peningkatan kos berkaitan khidmat perunding luar adalah selari dengan peningkatan jumlah pelaburan, peningkatan kemampuan operasi serta pelbagai inisiatif peringkat kebangsaan yang lain, selari dengan mandat baru Khazanah. Bagaimanapun, kadar ini tetap lebih rendah berbanding kadar pasaran bagi khidmat perunding luar yang biasanya dibayar oleh institusi pelaburan lain iaitu antara 1.0% hingga 1.5%.

Notes:

The little Napoleons in Khazanah were playing game again. they are not answering the simple question. The question clearly asked for the amount i.e. how much in Ringgit term. The question did not ask for percentage and yet the little Napoleons were pretending to stupid and use percentage to confuse people.

Typical of those incompetence little Napoleons. They are exhibiting their low mentality thinking that the rakyat are as stupid as them.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top