Questions Time: 16 Mac 2011 To increase citizen – police ratio to 400 and actions taken to reduce crime in Wangsa Maju

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG [ WANGSA MAJU ]

TARIKH : 16 MAC 2011 (Minta maaf kerana terlupa post soalan/jawapan ini pada 16-03-2011.)

SOALAN :

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa memandangkan peningkatan ketara kes-kes jenayah di negara ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan kadar nisbah anggota polis/rakyat kepada seorang pegawai polis dengan 400 rakyat dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pasukan polis dalam mengurangkan kadar jenayah khususnya di kawasan Wangsa Maju.JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Y.B Wangsa Maju yang telah mengemukakan soalan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia, nisbah anggota polis dengan penduduk yang ditetapkan oleh INTERPOL ialah seorang anggota polis kepada 250 orang penduduk (1:250). Walau bagaimanapun, nisbah ini adalah hanya sebagai panduan sahaja kerana ia adalah berbeza dan amat bergantung kepada faktor-faktor lain seperti jumlah kepadatan penduduk, lokasi dan kadar jenayah disesuatu kawasan. Bagi negara ini, umumnya nisbah anggota polis kepada penduduk ialah seorang anggota polis kepada 270 orang penduduk (1:270) yang mana ia adalah hampir dengan nisbah yang disarankan oleh INTERPOL. Kadar nisbah ini adalah lebih rendah berbanding dengan nisbah yang dinyatakan oleh Y.B Wangsa Maju iaitu seorang anggota polis kepada 400 orang penduduk (1:400). Sehubungan dengan ini juga, PDRM mempunyai hasrat untuk memastikan nisbah yang disarankan oleh INTERPOL tercapai. Buat masa kini, Kerajaan telah melaksanakan tambahan perjawatan anggota polis sebanyak 60,000 yang mana jumlah kekuatan PDRM akan meningkat daripada 105,929 orang pada masa sekarang kepada 150,000 orang menjelang tahun 2015.

Tuan Yang Dipertua,

Pihak Kementerian dan PDRM adalah komited dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di mana sejumlah 55 inisiatif dibawah program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sedang dilaksanakan di kawasan-kawasan panas (hot spots) yang dikenalpasti di empat buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Antara inisiatif utama dalam mengurangkan kadar jenayah ini ialah:-

i) mewujudkan gelombang kehadiran polis (omnipresence) yang mana melibatkan rondaan anggota sukarelawan RELA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di kawasan-kawasan panas (hot spots);

ii) penempatan semula mengikut giliran anggota PGA seramai 8,140 orang yang sebelum ini bertugas di sempadan Semenanjung Malaysia ke kawasan-kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi;

iii) program pengawaman polis iaitu menggantikan 7,402 orang anggota polis beruniform yang selama ini menjalankan tugas pentadbiran di balai-balai polis untuk melaksanakan tugas-tugas kepolisan.

Hasil pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini sepanjang tahun 2010 (sehingga 31 Disember) telah berjaya mengurangkan kadar jenayah yang ketara iaitu seperti berikut :

i)       Pengurangan 15% jenayah indeks yang mana sasarannya ialah 5% sahaja;

ii)      Pengurangan 35% jenayah jalanan yang mana sasarannya ialah 20% sahaja.

Tuan Yang Dipertua

Sehubungan dengan tindakan bagi mengurangkan kadar jenayah di kawasan Wangsa Maju seperti yang ditimbulkan oleh Y.B Wangsa Maju, untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kawasan Wangsa Maju tidak dikategorikan sebagai kawasan panas (hot spot) dan pihak Kementerian tidak menafikan bahawa kadar jenayah di kawasan ini menunjukkan sedikit peningkatan pada tahun 2010. Bagaimanapun, pihak PDRM akan membuat kajian untuk mengkategorikan kawasan in sebagai kawasan panas (hot spot) yang baru di bawah inisiatif NKRA bagi mengurangkan kadar jenayah. Sehubungan dengan itu, semua tindakan yang berhubung kait dengan pengurangan kadar nisbah jumlah penduduk dengan anggota polis dan juga beberapa tindakan-tindakan lain berkaitan dengan inisiatif NKRA akan dilaksanakan. Sementara itu, buat masa kini untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan Wangsa Maju, tindakan-tindakan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

i) Menambah dua Balai Polis dan satu Pondok Polis yang baru iaitu Balai Polis Taman Melati, Balai Polis Taman Wangsa Link dan Pondok Polis Seksyen 5, Wangsa Maju.

ii) Melaksanakan penugasan Balai Polis Bergerak (24 jam) yang sentiasa berubah tempat setiap 8 jam

iii) Menjalankan operasi pencegahan jenayah.

iv) Sekatan jalan raya setiap malam di tempat-tempat sesuai.

v) Menjalankan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bersama Kesatuan Rukun Tetangga dan RELA sebulan sekali.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top