Minister of Finance did not answer why AIA can operate in Malaysia for years without local incorporation.
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Kewangan menyatakan mengapa sebelum 1hb Jun 2008 syarikat American International Assurance Co Ltd (AIA) boleh beroperasi selama bertahun-tahun di Malaysia tanpa melaksanakan perbadanan tempatan (locally incorporated), bagaimanakah AIA boleh diperbadankan tempatan pada 1hb Jun 2008 tanpa pemegang saham tempatan dan sama ada kerajaan bercadang untuk memberhentikan operasi perniagaannya sehingga AIA mempunyai rakan kongsi tempatan?
Jawapaan:
Tuan Yang Di Pertua,
1. Untuk Maklumat Yang Berhormat, semua syarikat insurans asing yagn beroperasi di Malaysia tertakluk kepada keperluan pemerbadanan tempatan (local incorporation). Bank Negara Malaysia tidak mengecualikan Syarikat American International Assurance Co Ltd (AIA) daripada keperluan tersebut.
2. Kerajaan sentiasa menggalakkan pembabitan dan pemilikan ekuiti tempatan yang lebih dalam sector insurans di Malaysia, selaras dengan usaha untuk membangunkan industry insurans tempatan. Walau bagaimanapun, polisi ekuiti tempatan tersebut hendeaklah dilaksanankan dengna mengambil kira faedah-faedah terhadap ekonomi Negara serta kestabilan sector kewangan. Pemberhentian operasi perniagaan syarikat AIA berasaskan factor ketiadaan rakan kongsi tempatan tidak akan mencapai faedah-faedah tersebut.
Note:
Minister of Finance did not answer the question at all. This is the type of government we have. The way the Minister of Finance answered the question was he was asleep or he doesn’t understand the questions.