Questions Time: 10-03-2011 Sime Darby’s Forensic Report

Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab mengapa laporan forensik ke atas kerugian Sime Darby Bhd yang berjumlah melebihi RM2 billion yang telah disiapkan tetapi tidak dibentangkan di Parlimen seperti mana yang dijanjikan oleh Kerajaan di Parlimen bahawa Kerajaan akan membentangkan laporan tersebut apabila ia telah siap.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Beberapa tindakan tegas telah diambil oleh Sime Darby ke atas mereka yang terlibat dalam kes kerugian yang telah dialami oleh syarikat, khususnya tindakan guaman seperti berikut:

i.      Pada 23 Disember 2010 terhadap Dato’ Seri Ahmad Zubir Murshid, Dato’ Mohamad Shukri Baharom, Abdul Rahim  Ismail, Abdul Kadir Alias dan Mohd Zaki Othman berkenaan dengan Projek Qatar Petroleum, Projek Maersk Oil Qatar dan Projek Marine; dan

ii.        Pada 24 Disember 2010 terhadap Dato’ Seri Ahmad Zubir Murshid, Dato’ Mohamad Shukri Baharom dan Abdul Rahim Ismail antara lainnya berkenaan dengan Projek Bakun.

2.   Pada masa yang sama SPRM juga telah mengambil tindakan dengan mengemukakan kes saman jenayah yang berasingan terhadap tiga individu iaitu Zamri Mohd Iderus, Mazhazmi Jamaludin dan Mohd Zaki Othman, di atas pelbagai tuduhan rasuah yang berkaitan dengan beberapa projek di bahagian Tenaga dan Utiliti di Sime Darby. Kes-kes tersebut sedang melalui proses mahkamah pada ketika ini.

3.    Sehubungan dengan itu, Laporan Audit Forensik ke atas kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat di bawah Bahagian Tenaga dan Utiliti Sime Darby Bhd (Sime Darby) tidak dapat didedahkan pada masa ini memandangkan:

i.    tindakan guaman yang telah diambil oleh Sime Darby ke atas mereka yang bertanggungjawab masih pada status awal. Tindakan-tindakan guaman ini sudah pastinya akan “subjudice” kerana pendedahan laporan tersebut akan memberikan defenden-defenden peluang untuk mendapatkan bukti-bukti dan identiti individu-individu yang dinamakan dalam laporan tersebut serta di mana maklumat-maklumat telah diperolehi; dan

ii.    siasatan ke atas Sime Darby dan kakitangannya masih dijalankan oleh pihak-pihak berkuasa iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Pendedahan oleh Sime Darby akan hanya menjejas siasatan pihak berkuasa.

4.   Pendedahan laporan Audit Forensik tersebut jika dilakukan pada masa ini akan hanya memberi faedah kepada defenden-defenden sedangkan matlamat audit forensik serta tindakan guaman yang diambil adalah bagi tujuan menebus kerugian yang disebabkan oleh defenden-defenden.

5. Butir-butir terperinci berkenaan tindakan guaman dan maklumat terperinci mengenai kes sivil yang telah difailkan oleh Sime Darby boleh diperolehi melalui laman web Bursa Malaysia.

Note:

Sub judice, what a lame excuse!

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top