Questions Time: 06 April 2011 Mins of Information, Communication & Culture: ASTRO no monopoly

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG

[ WANGSA MAJU ]

TARIKH : 6 APRIL 2011

SOALAN :

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan memandangkan bahawa Astro adalah anak syarikat kepada sebuah syarikat asing dan telah mengaut untung bersih sebanyak RM689 juta bagi tahun 2010 daripada 2.911 juta langganan (yang merangkumi langganan 1.7 juta dari kaum Melayu, 670,000 dari kaum Cina, 319,000 dari kaum India dan 222,000 dari kaum lain-lain).

a) adakah Kementerian bercadang untuk mengawal dan mengurangkan yuran bulanan yang terlalu tinggi dari Astro dan

b) adakah Kementerian bercadang untuk meluluskan peraturan baru untuk menyekat monopoli ke atas program-program popular seperti National Geographic, ESPN, Discovery, BBC, CNN dan lain-lain oleh ASTRO supaya program-program tersebut boleh dibuka untuk saluran TV prabayar lain serta menggalakkan persaingan.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) memandang berat isu yang dibangkitkan dan sentiasa memantau dan mengawalselia serta membuat kajian tahap persaingan di sektor penyiaran serta memastikan bahawa kadar yuran langganan bagi perkhidmatan yang disediakan berdasarkan kos penyediaan perkhidmatan.

Pada masa ini caj langganan minima perkhidmatan Astro berada di tahap kompetitif berbanding negara-negara serantau iaitu RM37.95 bagi pakej asis merangkumi 33 saluran pelbagai bahasa dan genre. Pakej asas ini pada asalnya ditawarkan dengan harga RM49.95 pada tahun 2004 dengan bilangan saluran yang kurang daripada pakej sekarang. Pihak Astro juga bercadang untuk memastikan sebarang saluran-saluran baru yang bakal dilancarkan tidak akan meningkatkan harga bagi langganan pakej asas ini iaitu RM37.95.

Mengenai monopoli kandungan saluran-saluran popular oleh Astro, pihak SKMM telah membuat tinjauan mengenai isu ini, selain telah mengadakan perbincangan dengan para penyiar dan pengedar atau penjual kandungan (content rights holder) dari luar Negara seperti HBO, Disney dan Discovery.

SKMM mendapati pemerolehan kandungan dan hak penyiaran adalah amat kompetitif dan bagi kandungan premium dari luar Negara ianya adalah mengikut syarat serta terma yang ditetapkan oleh pemilik kandungan tersebut dan juga harga yang ditawarkan oleh stesen penyiaran. Pihak penyiar bebas untuk berunding dengan pihak terbabit untuk mendapatkan hak penyiaran dan ianya tidak dimonopoli oleh mana-mana pihak termasuklah Astro.

Menurut tinjauan SKMM, walaupun Astro ada meminta beberapa penjual kandungan untuk melalukan, customization terhadap saluran-saluran tertentu, pihak penyiar lain masih boleh membeli saluran-saluran lain dan juga kandungan yang turut dibekalkan oleh penjual kandungan terbabit. Dalam hal ini, pihak SKMM akan terus memantau industri ini dan tidak akan teragak-agak untuk bertindak sekiranya terdapat amalan-amalan anti-persaingan.

 

 

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 652

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top