Questions Time, 03 December 2008

What actions have been taken on the ‘Royal Commission Recommendations On V K Lingam Tape Scandals’ so far?

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sehingga 17 Ogos 2008 apakah tindakan telah diambil oleh Pejabat Peguam Negara dan BPR terhadap ‘recommendations’ oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Mengenai Klip Video VK Lingam, yang telah dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 9 Mei 2008.

Jawapnan: (Dari YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)

Tuan Yang DIPertua

Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan agensi penguatkuasaan yang berkaitan iaitu Polis Di-Raja Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah untuk menjalankan siasatan ke atas hasil laporan Suruhanjaya Diraja mengenai video klip V. K. Lingam tersebut.  Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah mengambil tindakan dengan menjalankan siasatan lanjut terhadap beberapa individu seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya tersebut dari aspek kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Siasatan BPR tertumpu kepada dua perkara iaitu percutian Tun Eusoff Chin di New Zealand bersama V.K. Lingam dan perkara berhubung dengan perlatihan hakim-hakim.  Mengenai percutian Tun Eusoff Chin di New Zealand bersama V.K. Lingam, siasatan telah selesai dan kertas siasatan mengenai perkara ini telah doihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan keputusan.  Jabatan Peguam Negara sedang meneli kes ini.

Mengenai perkara berhubung dengan pelantikan hakim-hakim pula, siasatan oleh BPR telah juga selesai dan kertas siasatan sedang diteliti oleh Peguam Kanan Persekutuan BPR.

Sekian, terima kasih.

Note:

Saya harap Peguam Negara telah meneliti hasil siasatan BPR dan akan mengambil tindakan yang sewarjanya dengan secepat mungkin kerana isu ini adalah amat penting untuk imej badan kehakiman negara.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top